Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Pertikaian

MACAM MANA NAK TUNTUT HUTANG TIDAK MELEBIHI RM5,000.00?

Ms Marsya Koleksi 20253 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk MACAM MANA NAK TUNTUT HUTANG TIDAK MELEBIHI RM5,000.00?
Ruang bacaan RAHCo

Pasti ada antara kita yang memberi pinjaman wang kepada sahabat, saudara-mara mahupun rakan sekerja yang nilainya tidak melebihi RM5,000.00. Dan apabila diminta, pelbagai alasan diberikan oleh penghutang. Jadi, adakah apa-apa tindakan yang boleh dikenakan terhadap individu seperti ini?

Pastinya ada! Anda boleh membuat tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil. Mahkamah Tuntutan Kecil adalah mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran dengan anda. Anda boleh merujuk kepada Aturan 93 Kaedah 2 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM2012) yang menyatakan seperti berikut:

  1. Aturan ini hendaklah terpakai kepada tuntutan yang amaun dalam pertikaian atau nilai hal perkara tuntutan tidak melebihi lima ribu ringgit.

Namun begitu, ada beberapa syarat yang anda perlu patuhi sebelum membuat tuntutan tersebut. Antaranya adalah;

Tuntutan hendaklah tidak melebihi RM5,000.00

Kedua-dua pihak tidak boleh diwakili oleh peguam

Tuntutan hanya boleh dibuat oleh individu dan/atau warganegara Malaysia

Tuntutan boleh dibuat oleh mana-mana individu. Tetapi, syarikat tidak dibenarkan untuk membuat tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil.

Cara-cara untuk membuat tuntutan boleh dirujuk dalam Aturan 93 Kaedah 3 KKM 2012. Namun secara ringkasnya adalah seperti yang dijelaskan di bawah;

Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang 198 (Borang boleh didapatkan di mana-mana Mahkamah Majistret)

Di dalam Borang tersebut, anda hendaklah mengisi semua butir-butir penting anda, orang yang mahu dituntut, fakta yang membuktikan tuntutan anda, jumlah yang mahu dituntut, dll.

Anda mestilah memberikan 4 salinan kepada Pendaftar Mahkamah berserta bayaran yang ditetapkan.

Setelah Pendaftar menandatangani dan menurunkan cop di Borang 198, anda akan diberi satu salinan dan satu salinan lagi haruslah diberikan kepada orang yang dituntut (Defendan).

Dalam masa yang sama, Pendaftar akan memberi tarikh untuk pendengaran kes.

Seterusnya, mengikut Aturan 93 Kaedah 5 (2) KKM 2012, satu salinan Borang 198 tersebut hendaklah disampaikan kepada Defendan melalui penyampaian kendiri atau melalui pos berdaftar ke alamat terakhir Defendan.

Defendan yang menerima Borang 198 dan ingin memasukkan pembelaan boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang 199 dalam masa 14 hari. Pembelaan tersebut hendaklah difailkan ke Mahkamah sebelum tempoh 14 hari itu tamat.

Sekiranya Defendan mempunyai pembelaan, penyampaian kepada Plaintif haruslah dilakukan.

Setelah semua pemfailan selesai, pihak-pihak hendaklah bersedia untuk hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.

Penghakiman dah dapat, tapi orang yang berhutang tu buat tak tahu je. Apa saya boleh buat?

Jangan risau! Teruslah ke Mahkamah Majistret itu semula dan minta untuk failkan kes anda menggunakan Borang 208 (boleh didapati secara percuma). Anda hanya perlu mengikut langkah yang sama di mana Borang 208 ini juga perlu disampaikan kepada Defendan untuk memastikan kehadiran mereka pada tarikh yang ditetapkan.

Di Mahkamah pula nanti, Majistret mempunyai sekurang-kurangnya tiga cara untuk berurusan dengan Defendan. Antaranya adalah seperti berikut;

  1. Defendan diberikan masa tambahan untuk menjelaskan jumlah penghakiman atau Mahkamah membenarkan bayaran dibuat secara ansurans;
  1. memerintahkan pengeluaran writ penyitaan dan jualan. Bailiff Mahkamah akan menilai harga barangan defendan, menyita dan kemudiannya proses lelong. Hasil daripada lelongan yang dilakukan akan digunakan untuk menyelesaikan hutang tertunggak; dan
  1. Perintah untuk dipenjarakan. Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mana-mana Defendan yang gagal untuk hadir ke Mahkamah.

Maka, itulah serba sedikit perkongsian tentang apa yang anda boleh lakukan bagi menuntut hutang tidak melebihi RM5,000.00. Selain tuntutan hutang, tuntutan bagi bayaran sewa tertunggak, perkhidmatan yang tidak dibayar dan lain-lain yang jumlahnya tidak melebihi RM5,000 juga boleh dibuat di Mahkamah Tuntutan Kecil. Jadi, tuntutlah hak anda!

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk DEBT RECOVERY IN MALAYSIA: LEGAL GUIDE FOR CLAIMS EXCEEDING RM5,000
Pertikaian

DEBT RECOVERY IN MALAYSIA: LEGAL GUIDE FOR CLAIMS EXCEEDING RM5,000

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk ANDA DIFITNAH DI SOSIAL MEDIA? APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?
Pertikaian

ANDA DIFITNAH DI SOSIAL MEDIA? APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk RECOVERY OF OUTSTANDING MAINTENANCE CHARGES BY THE JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)
Pertikaian

RECOVERY OF OUTSTANDING MAINTENANCE CHARGES BY THE JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.