Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Disputes

ANDA DIFITNAH DI SOSIAL MEDIA? APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?

Ms Naddy Collection 20254 min read · estimate
Editorial illustration for ANDA DIFITNAH DI SOSIAL MEDIA? APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?
RAHCo reading room

Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan WhatsApp sering digunakan oleh rata-rata rakyat Malaysia untuk berhubung, mengemaskini status, berkongsi ilmu pengetahuan dan sebagainya. Namun, ada juga segelintir individu yang menyalahguna media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan telah memfitnah individu lain.

Fitnah secara penulisan di media sosial ini dikenali sebagai Libel. Fitnah Libel berlaku apabila terdapat sesuatu kenyataan dalam bentuk penulisan yang mempunyai tuduhan palsu terhadap orang yang difitnah dan ianya ditularkan atau disebarkan kepada orang lain.

Terdapat tiga syarat-syarat penting yang anda perlu penuhi sebelum anda memulakan tindakan fitnah terhadap orang yang telah mengeluarkan kenyataan yang tidak benar berkenaan anda: -

Kenyataan yang dirujuk mengandungi kenyataan yang tidak benar atau tuduhan palsu.

Syarat ini gagal dipenuhi sekiranya kenyataan yang dikeluarkan tersebut adalah fakta dan benar walaupun ianya memalukan atau mengaibkan anda.

Kenyataan yang tidak benar itu hendaklah merujuk kepada anda.

Sekiranya kenyataan tersebut dapat dibuktikan secara jelas merujuk kepada orang lain selain anda ataupun kenyataan tersebut dikeluarkan secara umum dan tidak menyebut nama anda atau merujuk kepada anda, maka elemen ini tidak dipenuhi walaupun anda terkesan dengan kenyataan tersebut.

Kenyataan yang tidak benar tersebut telah disebarkan kepada mana-mana pihak ketiga. Sekiranya kenyataan yang tidak benar yang merujuk kepada anda tersebut hanya ditujukan kepada anda dan tidak disebarkan kepada pihak ketiga, anda telah gagal untuk memenuhi elemen ini.

Sebelum itu, anda diingatkan untuk membuat tangkapan skrin (screenshot) kenyataan fitnah yang ditujukan kepada anda di media sosial tersebut, jumlah pengikut orang yang memfitnah anda, “like” dan “share” serta komen-komen pembaca yang berbentuk negatif (sekiranya ada) di posting tersebut sebagai bukti bahawa terdapat kenyataan yang memburukkan anda.

Anda hendaklah memastikan bahawa kesemua dokumen sokongan yang berkaitan dengan kenyataan fitnah tersebut dicetak dan dibawa bersama sewaktu sesi perjumpaan dengan peguam anda bagi memudahkan peguam anda untuk membuat penilaian dan membuat anggaran berkenaan jumlah serta jenis kerugian yang boleh dituntut di Mahkamah.

Secara kebiasaannya, langkah pertama untuk memulakan tindakan saman sivil adalah dengan memberikan Notis Tuntutan kepada orang yang telah memfitnah anda di media sosial dan menuntut mereka untuk: -

Membuat permohonan maaf secara terbuka;

Memadam dan/atau menarik balik kenyataan berunsur fitnah tersebut; dan,

Membayar ganti rugi terhadap reputasi anda dalam tempoh yang diberikan.

Sekiranya orang yang memfitnah anda masih gagal dan/atau enggan memenuhi tuntutan anda di dalam Notis Tuntutan tersebut, anda boleh teruskan dengan tindakan undang-undang terhadap individu tersebut di Mahkamah Sivil yang berbidang kuasa.

Selepas anda memfailkan tindakan saman, sekiranya Defendan melantik peguam dan memasukkan kehadiran di dalam tindakan tersebut, pihak-pihak akan melalui satu proses perbicaraan dan proses ini kebiasaanya memakan masa yang agak panjang. Jika peguam anda berjaya membuktikan kesemua elemen saman fitnah di atas dapat dipenuhi dan Defendan gagal untuk memberikan sebarang pembelaan yang munasabah, maka suatu penghakiman yang berpihak kepada anda akan diberikan oleh Mahkamah.

Jika kes anda berjaya, Mahkamah akan mengambil kira beberapa faktor di bawah dalam menentukan jumlah ganti rugi atau kuantum pampasan yang akan dibayar oleh Defendan kepada anda: -

Kelakuan anda

Sama ada anda benar-benar terkesan dengan fitnah yang disebarkan

Kedudukan dan reputasi anda dalam masyarakat

Kesan sesuatu fitnah terhadap seorang ahli politik atau selebriti adalah jauh lebih besar daripada orang awam kerana beliau lebih dikenali berbanding orang awam dan nilai pampasannya adalah lebih tinggi berbanding orang awam

Tahap keseriusan fitnah

Lebih serius sesuatu fitnah itu maka lebih besarlah pampasan yang boleh diperolehi melalui Mahkamah

Keluasan penyebaran fitnah

Mahkamah akan memberikan pampasan yang lebih tinggi sekiranya kenyataan fitnah tersebut tular secara meluas berbanding dengan fitnah yang tidak disebarkan dengan meluas

Permohonan maaf atau penarikan balik kenyataan

Sekiranya orang yang yang memfitnah anda membuat permohonan maaf atau menarik balik kenyataan fitnah yang telah disebarkan, ia menjadi faktor untuk Mahkamah mengurangkan nilai pampasan anda kerana ia memberi indikasi bahawa orang yang memfitnah anda itu kesal dengan perbuatannya

Kelakuan orang yang memfitnah

Sekiranya Mahkamah mendapati orang yang memfitnah itu tidak menunjukkan sebarang keinsafan atau kekesalan, nilai ganti rugi yang perlu dibayar mungkin akan menjadi tinggi

Tujuan ganti rugi atau pampasan yang diberikan oleh Mahkamah di dalam sesuatu kes saman fitnah adalah sebagai sagu hati di atas kesusahan dan/atau kesengsaraan yang dialami oleh anda disebabkan fitnah tersebut.

Kes saman fitnah adalah suatu kes yang rumit, tidak mudah dan pastinya kos guaman yang anda perlu keluarkan adalah tinggi bergantung kepada kes dan peguam. Jadi, pilihlah peguam yang tepat untuk mengendalikan kes anda.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for DEBT RECOVERY IN MALAYSIA: LEGAL GUIDE FOR CLAIMS EXCEEDING RM5,000
Disputes

DEBT RECOVERY IN MALAYSIA: LEGAL GUIDE FOR CLAIMS EXCEEDING RM5,000

Read article
Editorial illustration for RECOVERY OF OUTSTANDING MAINTENANCE CHARGES BY THE JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)
Disputes

RECOVERY OF OUTSTANDING MAINTENANCE CHARGES BY THE JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)

Read article
Editorial illustration for MACAM MANA NAK TUNTUT HUTANG TIDAK MELEBIHI RM5,000.00?
Disputes

MACAM MANA NAK TUNTUT HUTANG TIDAK MELEBIHI RM5,000.00?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.