Litigasi & Perkhidmatan Guaman
Penyelesaian pertikaian dan perlindungan hak anda. Kami menyediakan khidmat nasihat, penyediaan dokumen dan perwakilan guaman bagi membantu individu serta syarikat menangani pelbagai isu undang-undang, tuntutan dan pertikaian.

Ini yang sedang anda fikirkan?
Pilih soalan, baca artikel berkaitan dan sediakan pertanyaan anda untuk pasukan kami.
Orang tak bayar hutang, apa perlu saya sediakan?
Susun perjanjian, rekod bayaran, komunikasi dan tarikh penting yang anda simpan. Berikan ringkasan kepada pasukan litigasi supaya pasukan boleh menerangkan maklumat tambahan yang perlu disemak. Artikel di bawah ialah bacaan umum, bukan penilaian tuntutan anda.
Kena fitnah di media sosial, nak bincang dengan siapa?
Catat perkara yang diterbitkan, tempat ia muncul dan tarikh berkaitan. Hubungi pasukan litigasi untuk membincangkan kebimbangan anda dan maklumat yang diperlukan sebelum situasi anda dinilai.
Litigasi Sivil & Pertikaian
Khidmat guaman bagi mengendalikan tuntutan dan pertikaian melalui proses mahkamah.
Litigasi Sivil
Pengendalian tuntutan dan tindakan sivil di mahkamah.
Pertikaian Kontrak
Tindakan berkaitan pelanggaran terma dan kewajipan dalam kontrak.
Pertikaian Tanah & Hartanah
Pertikaian berkaitan pemilikan, hak milik dan kepentingan hartanah.
Fitnah (Defamation)
Tindakan undang-undang berkaitan kenyataan yang menjejaskan reputasi seseorang atau syarikat.
Permohonan Injunksi
Permohonan perintah mahkamah untuk menghalang atau mengarahkan sesuatu tindakan.
Tuntutan Hutang & Penguatkuasaan Penghakiman
Membantu individu dan syarikat mendapatkan semula wang yang terhutang serta menguatkuasakan perintah mahkamah.
Tuntutan Hutang (Debt Recovery)
Tuntutan bagi hutang tertunggak, bayaran perkhidmatan, sewa dan bayaran kontrak.
Saman Penghutang Penghakiman (Judgment Debtor Summons)
Prosiding untuk mendapatkan maklumat dan menentukan kemampuan penghutang membayar hutang penghakiman.
Prosiding Garnisi (Garnishee Proceedings)
Permohonan untuk mendapatkan wang penghutang yang dipegang oleh pihak ketiga, seperti bank.
Writ Penyitaan dan Penjualan (Writ of Seizure and Sale)
Penguatkuasaan penghakiman melalui penyitaan dan penjualan harta penghutang.
Writ Pemilikan (Writ of Possession)
Tindakan mendapatkan semula milikan hartanah berdasarkan perintah mahkamah.
Hartanah & Perintah Mahkamah
Khidmat berkaitan permohonan, penguatkuasaan dan pertikaian yang melibatkan hartanah.
Perintah Jualan (Order for Sale)
Permohonan perintah mahkamah untuk penjualan hartanah.
Pengurusan Hartanah (Property Management)
Nasihat dan tindakan undang-undang berkaitan isu pengurusan hartanah termasuk pengurusan hakmilik strata.
Pentadbiran Harta Pusaka & Wasiat
Membantu keluarga dan waris dalam urusan pentadbiran harta pusaka serta dokumen berkaitan.
Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration)
Permohonan untuk mendapatkan kuasa mentadbir harta pusaka si mati.
Probet (Probate)
Permohonan pengesahan wasiat dan pelantikan wasi oleh mahkamah.
Perintah Pembahagian (Distribution Order)
Permohonan perintah berkaitan pembahagian harta pusaka.
Wasiat (Will and Testament)
Penyediaan dan nasihat berkaitan wasiat bagi bukan Islam.
Kebankrapan & Insolvensi
Khidmat nasihat dan tindakan undang-undang berkaitan isu kebankrapan serta hutang.
Prosiding Kebankrapan (Bankruptcy)
Tindakan dan permohonan berkaitan kebankrapan individu.
Penggulungan Syarikat (Winding-Up)
Prosiding penggulungan syarikat berkaitan ketidakupayaan membayar hutang.
Perjanjian & Dokumentasi Korporat
Membantu syarikat dan individu menyediakan serta menyemak dokumen perjanjian bagi melindungi kepentingan mereka.
Perjanjian Korporat (Corporate Agreements)
Penyediaan dan semakan perjanjian antara syarikat.
Perjanjian Usahasama (Joint Venture Agreements)
Penyediaan dan semakan perjanjian usahasama.
Semakan & Pindaan Perjanjian
Semakan, pindaan dan penambahbaikan terma perjanjian bagi melindungi hak dan kepentingan pihak yang diwakili.
Urusan Keluarga Bukan Islam
Khidmat guaman bagi membantu individu bukan Islam dalam urusan keluarga melalui proses perundangan yang berkaitan.
Perceraian Bukan Islam
Nasihat guaman dan pengendalian prosiding perceraian, termasuk perkara berkaitan hak dan tanggungjawab pihak-pihak.
Pengangkatan Anak
Nasihat dan bantuan guaman berkaitan urusan serta permohonan pengangkatan anak mengikut prosedur undang-undang yang berkuat kuasa.
Penyelesaian Pertikaian
Kami turut membantu mencari penyelesaian yang sesuai melalui rundingan dan perbincangan antara pihak-pihak.
Rundingan & Penyelesaian
Membantu pihak-pihak mencapai penyelesaian secara baik.
Mediasi
Penyelesaian pertikaian dengan bantuan pihak ketiga yang bebas.
Perjanjian Penyelesaian
Penyediaan dan semakan perjanjian bagi merekodkan terma penyelesaian yang dipersetujui
Perlukan Bantuan? Kami Sedia Membantu.
Bincangkan pertanyaan anda dengan pasukan kami dan aturkan konsultasi yang bersesuaian.
