Khidmat Guaman untuk Keperluan Anda.
Hartanah, perniagaan, keluarga atau pertikaian? Pilih bidang yang berkaitan atau hubungi pasukan kami untuk mendapatkan penjelasan.
Korporat & Komersial
Undang-undang korporat dan komersial merangkumi urusan syarikat, perniagaan, kontrak dan transaksi komersial.
Lihat servis →Pemindahmilikan dan Urusan Hartanah
Merangkumi khidmat guaman berkaitan transaksi, pindah milik, pembiayaan dan urusan hartanah yang lain.
Lihat servis →Syariah dan Pentadbiran Pusaka
Perkahwinan dan perceraian orang Islam.
Lihat servis →Litigasi & Perkhidmatan Guaman
Penyelesaian pertikaian dan perlindungan hak anda.
Lihat servis →Memilih peguam yang sesuai di Malaysia.
Mulakan dengan urusan anda, lokasi dan soalan yang ingin dibincangkan.
Macam mana nak pilih peguam terbaik di Kajang atau Kemaman?
Pilih peguam dalam bidang yang berkaitan dengan urusan anda. Semak pendaftaran profesional semasa, siapa yang akan mengendalikan fail, skop kerja, cara komunikasi dan yuran sebelum melantik. Peguam “terbaik” bergantung pada keperluan anda; kedudukan carian sahaja bukan bukti kesesuaian.
Di mana boleh saya cari peguam RAHCo berdekatan?
Pilih cawangan yang disahkan di bawah. Semak alamat dan Google Maps, kemudian sahkan ketersediaan konsultasi bagi bidang guaman anda dengan pasukan cawangan.
Bagaimana merancang yuran guaman mengikut bajet saya?
Minta sebut harga bertulis yang menerangkan skop kerja, yuran profesional, cukai, disbursement dan kos tambahan. Yuran bergantung pada urusan serta skop kerja; sahkan dengan pasukan. Kalkulator hartanah memberi anggaran awal, bukan sebut harga.
Tidak perlu semua jawapan untuk bermula.
Perbincangan boleh membantu anda menentukan langkah seterusnya. Mulakan dengan perkara yang penting untuk anda.
