Urusan Syariah & Pentadbiran Pusaka.
Perkahwinan dan perceraian orang Islam. Permohonan faraid serta pentadbiran pusaka. Pengesahan hibah dan wasiat orang Islam. Perancangan dan perwarisan harta orang Islam melalui perjanjian hibah dan wasiat.

Ini yang sedang anda fikirkan?
Pilih soalan, baca artikel berkaitan dan sediakan pertanyaan anda untuk pasukan kami.
Harta sepencarian buat anda pening?
Mulakan dengan senarai aset yang ingin dibincangkan dan dokumen yang sudah ada. Tanya pasukan Syariah tentang maklumat yang berkaitan dengan situasi anda sebelum mengatur konsultasi. Artikel asal di bawah menyediakan bacaan umum lanjut.
Masalah rumah tangga, nak mula dari mana?
Sediakan ringkasan perkara yang membimbangkan anda dan soalan yang ingin ditanya. Bidang Syariah RAHCo merangkumi urusan perkahwinan dan perceraian orang Islam. Hubungi pasukan untuk menyemak peguam yang berkaitan, ketersediaan konsultasi dan persediaan yang diperlukan.
Ada soalan tentang nafkah anak atau isteri?
Terangkan perkara yang ingin difahami dan dokumen yang tersedia. Tanya rekod yang perlu disediakan serta cara yuran diterangkan. Baca bahan asal berkaitan, kemudian bincangkan situasi khusus anda dengan peguam.
Nak urus harta pusaka atau faraid, mula di mana?
Sediakan senarai awal aset, dokumen dan soalan yang anda ketahui. Pasukan pentadbiran pusaka boleh menerangkan maklumat yang diperlukan untuk pertanyaan anda. Gunakan artikel berkaitan sebagai permulaan dan sahkan langkah seterusnya dengan pasukan.
Perkahwinan
Permohonan Poligami
Memberikan khidmat nasihat, penyediaan dokumen dan mengendalikan permohonan kebenaran berpoligami di Mahkamah Syariah mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Pendaftaran dan Pengesahan Nikah
Mengendalikan urusan pendaftaran perkahwinan, permohonan pengesahan nikah serta permohonan berkaitan perkahwinan yang dilangsungkan tanpa kebenaran atau tidak didaftarkan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Permohonan Wali Hakim
Penyediaan dokumen dan mengendalikan permohonan wali hakim di Mahkamah Syariah bagi tujuan pernikahan.
Tuntutan Ganti Rugi Pertunangan
Mengendalikan tuntutan ganti rugi akibat pembatalan pertunangan, termasuk tuntutan berkaitan pemulangan pemberian dan perbelanjaan yang telah dibuat bagi tujuan perkahwinan.
Pengesahan Nasab Anak
Mengendalikan permohonan pengesahan nasab anak di Mahkamah Syariah bagi menentukan hubungan nasab anak dengan bapa mengikut hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Perceraian
Urusan Perceraian
Mengendalikan prosiding perceraian termasuk permohonan perceraian secara persetujuan, fasakh, cerai taklik, khuluk, li’an, faraq pernikahan serta pengesahan lafaz cerai di luar Mahkamah.
Pengesahan Rujuk
Mengendalikan permohonan pengesahan rujuk serta urusan pendaftaran rujuk selepas perceraian.
Tuntutan Nusyuz
Mengendalikan prosiding berkaitan tuntutan dan pengesahan nusyuz di Mahkamah Syariah.
Tuntutan Selepas Perceraian
Tuntutan Mut'ah
Mengendalikan tuntutan mut'ah (bayaran saguhati) bagi pihak isteri yang diceraikan, termasuk penyediaan dokumen dan representasi di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan hak mut'ah yang sewajarnya.
Tuntutan Nafkah Iddah
Mengendalikan tuntutan nafkah iddah bagi memastikan hak bekas isteri terhadap nafkah sepanjang tempoh iddah dilindungi mengikut hukum syarak dan undang-undang.
Tuntutan Nafkah & Tunggakan Nafkah Isteri
Mengendalikan tuntutan nafkah isteri, termasuk tuntutan nafkah semasa perkahwinan dan tunggakan nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami.
Tuntutan Nafkah & Tunggakan Nafkah Anak
Mengendalikan tuntutan nafkah anak, termasuk permohonan nafkah dan tuntutan tunggakan nafkah yang tidak ditunaikan oleh bapa
Hadhanah / Hak Penjagaan Anak
Mengendalikan tuntutan hak penjagaan anak, termasuk permohonan hak penjagaan, hak lawatan dan akses serta perkara berkaitan kebajikan dan kepentingan terbaik anak.
Tuntutan Harta Sepencarian
Mengendalikan tuntutan pembahagian harta sepencarian selepas perceraian, termasuk penentuan hak dan bahagian pihak-pihak berdasarkan sumbangan langsung dan tidak langsung terhadap pemerolehan harta sepanjang perkahwinan.
Perancangan Harta Orang Islam
Perjanjian Hibah dan Pengesahan Hibah
Menyediakan dokumen perjanjian hibah serta permohonan pengesahan hibah di Mahkamah Syariah.
Perjanjian Wasiat dan Pengesahan Wasiat
Menyediakan dokumen wasiat serta pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah.
Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam
Permohonan Sijil Faraid
Mengendalikan permohonan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah bagi menentukan hak serta bahagian setiap waris yang berhak menerima pusaka.
Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka
Mengendalikan urusan berkaitan pentadbiran dan pembahagian harta pusaka, termasuk penyediaan dokumen muafakat dan permohonan pusaka di pihak berkuasa yang berkaitan.
Litigasi Dan Penguatkuasaan Syariah
Kesalahan Jenayah Syariah
Memberikan khidmat guaman dan representasi bagi kes-kes berkaitan kesalahan jenayah Syariah di Mahkamah Syariah mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Penguatkuasaan Perintah Mahkamah Syariah
Mengendalikan permohonan penguatkuasaan perintah Mahkamah Syariah, termasuk tindakan terhadap pihak yang gagal mematuhi perintah nafkah dan perintah-perintah lain yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah.
Permohonan Pengkomitan
Mengendalikan prosiding pengkomitan terhadap pihak yang ingkar atau gagal mematuhi perintah Mahkamah Syariah, tertakluk kepada syarat dan prosedur undang-undang yang berkuat kuasa.
Khidmat Nasihat Perundangan Syariah
Khidmat Nasihat dan Konsultasi Syariah
Memberikan khidmat nasihat, konsultasi dan panduan perundangan berkaitan undang-undang keluarga Islam, perancangan harta, pewarisan Islam serta perkara-perkara lain dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Perlukan Bantuan? Kami Sedia Membantu.
Bincangkan pertanyaan anda dengan pasukan kami dan aturkan konsultasi yang bersesuaian.
