Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Wasiat & pusaka

HIKMAH LEBIHNYA BAHAGIAN LELAKI BERBANDING WANITA DALAM PEMBAHAGIAN FARAID

Sir Aiman Koleksi 20253 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk HIKMAH LEBIHNYA BAHAGIAN LELAKI BERBANDING WANITA DALAM PEMBAHAGIAN FARAID
Ruang bacaan RAHCo

Apabila kematian seseorang yang beragama islam, hartanya hendaklah dibahagikan kepada waris-waris yang ditinggalkannya mengikut hukum faraid. Hukum faraid adalah suatu ketetapan pembahagian harta pusaka yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran secara khususnya di dalam surah an-Nisa’. Allah S.W.T berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat ke 7;

لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوٰلِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوٰلِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا

Maksudnya: Bagi lelaki-lelaki itu ada bahagian daripada harta pusaka yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan kerabat, dan perempuan-perempuan ada bahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak daripada harta itu. Iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

Ayat di atas menjelaskan bahawa tiap-tiap orang itu mempunyai hak terhadap harta pusaka daripada kematian ibu bapa atau ahli keluarga mereka. Bahagian-bahagian tiap-tiap orang tersebut telahpun ditetapkan oleh Allah S.W.T. Dalam kes pembahagian antara anak lelaki dan anak perempuan yang menerima ‘asabah, pembahagiannya disebut di dalam ayat 11 surah yang sama;

يُوصِيكُمُ اللَّـهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنثَيَيْنِ

Maksudnya: Allah perintahkan ke atas kamu mengenai anak-anak kamu (pembahagian harta pusaka kepada mereka), iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.

Dalam ayat di atas, Allah S.W.T menjelaskan pembahagian harta pusaka kepada anak lelaki bersamaan dengan dua bahagian bagi yang perempuan. Menjadikan bahagian yang berhak diperolehi oleh anak lelaki dua kali ganda berbanding bahagian anak perempuan. Pada zaman jahilliyah, mereka hanya membahagikan harta pusaka kepada waris lelaki dan waris perempuan tidak menerima apa-apa daripada harta peninggalan ahli keluarga mereka. Ayat di atas membuktikan keadilan hukum islam kepada waris perempuan.

Maka persoalannya, mengapakah bahagian anak lelaki bersamaan dengan dua bahagian anak perempuan? Bukankah lebih adil jika diberikan secara sama rata antara mereka? Keadilan bukanlah memberikan sesuatu dengan sama, tetapi meletakkan sesuatu sesuai dengan hak dan keperluannya.

Seorang lelaki itu secara syarienya ditaklifkan untuk menanggung beberapa perkara. Antaranya adalah kewajipan menafkahi isterinya, anak-anaknya, saudara perempuannya. Nafkah berkaitan makanan, pakaian, perbelanjaan harian, dan tempat tinggal. Maka, keperluan lelaki terhadap harta itu lebih tinggi daripada perempuan kerana mereka diwajibkan untuk mengeluarkan nafkah. Seorang perempuan itu tidak ditaklifkan untuk memberi nafkah kepada sesiapa pun, Berbeza dengan lelaki, mereka perlu menanggung nafkah bagi ahli keluarga dan kaum kerabat.

Melihat kepada hikmah ini, kami berpendapat bahagian anak lelaki yang lebih daripada anak perempuan yang diterima adalah wajar dengan melihat tanggungjawab yang dibebankan ke atas seorang lelaki. Amaran kepada lelaki yang menerima sesuatu harta pusaka, bahawa mereka hendaklah bersifat amanah dalam menguruskan apa yang diterima olehnya. Setiap harta yang diterima dan dibelanjakan akan dipersoalkan di hadapan Allah S.W.T ketika hari akhirat.

Jauhilah daripada berlaku zalim kerana Nabi S.A.W tidak bersama golongan tersebut. Bahawa setiap hak yang dilunaskan dan diterima itu terselit tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Aiman Abd Aziz

Peguam Syarie

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk JUAL BELI RUMAH BILA PEMILIK MENINGGAL DUNIA: PANDUAN KOMPREHENSIF DARI PERSPEKTIF CONVEYANCING
Wasiat & pusaka

JUAL BELI RUMAH BILA PEMILIK MENINGGAL DUNIA: PANDUAN KOMPREHENSIF DARI PERSPEKTIF CONVEYANCING

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk BERSANGKA-SANGKA DALAM URUSAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
Wasiat & pusaka

BERSANGKA-SANGKA DALAM URUSAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk LEGAL GUIDE ON LETTER OF ADMINISTRATION AND GRANT OF PROBATE
Wasiat & pusaka

LEGAL GUIDE ON LETTER OF ADMINISTRATION AND GRANT OF PROBATE

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.