Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Family & Syariah

TUNANG BATALKAN PERJANJIAN UNTUK BERKAHWIN? BOLEHKAH AMBIL TINDAKAN SIVIL?

Ms Naddy Collection 20254 min read · estimate
Editorial illustration for TUNANG BATALKAN PERJANJIAN UNTUK BERKAHWIN? BOLEHKAH AMBIL TINDAKAN SIVIL?
RAHCo reading room

Majlis perkahwinan dah nak dekat tetapi tunang anda batalkan niat untuk kahwini anda tanpa sebab yang munasabah. Bagaimana dengan persiapan perkahwinan yang anda dah buat? Bagaimana pula dengan maruah diri dan keluarga anda tatkala dimalukan sewaktu menjelang majlis perkahwinan?

Di Malaysia, perjanjian untuk berkahwin adalah dianggap sebagai perjanjian yang mengikat pihak-pihak dan sekiranya terdapat pihak yang tidak menepati janji, maka pihak yang terkilan boleh membuat tuntutan ganti rugi di Mahkamah. Namun, terdapat perbezaan berkenaan tuntutan pelanggaran perjanjian untuk berkahwin yang dibuat oleh seorang Muslim dan bukan Muslim.

Pelanggaran perjanjian perkahwinan oleh Bukan Muslim

Jika anda dan pasangan anda bukan beragama Islam, YA anda boleh mengambil tindakan saman sivil terhadap pasangan anda yang telah berjanji untuk mengahwini anda dan mengingkari janji tersebut kerana ia tergolong di dalam kemungkiran kontrak yang diperuntukkan di dalam Akta Kontrak 1950. Namun, untuk menjadikan perjanjian tersebut sah dan berkuat kuasa, selain memenuhi kesemua elemen kontrak, terdapat beberapa elemen lain yang harus dipenuhi semasa perjanjian tersebut dibuat iaitu:-

Kedua pihak masih bujang;

Kedua pihak mestilah berumur 18 tahun ke atas; dan,

Kedua pihak tidak dalam hubungan yang dilarang (pakcik dan anak saudara, dan sbg.).

Berdasarkan elemen-elemen di atas, sekiranya seorang bukan Muslim yang telah berkahwin berjanji untuk mengahwini anda, perjanjian tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan kerana ia sesuatu yang tidak bermoral dan bertentangan dengan polisi awam. Namun, anda boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memungkiri janji sekiranya anda tidak tahu berkenaan status perkahwinan individu tersebut. Sebagai contoh, di dalam kes Mary Joseph Arokiasamy v. G. S.

Sundram [1938] 1 MLJ 4, Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif untuk menuntut ganti rugi pelanggaran perjanjian untuk berkahwin oleh Defendan kerana Plaintif tidak sedar tentang status perkahwinan Defendan dan Plaintif telah diberitahu bahawa Defendan merupakan seorang duda.

Nilai ganti rugi bagi pelanggaran pertunangan ini adalah tidak tetap kerana ianya berdasarkan budi bicara Mahkamah dan juga kelakuan pihak-pihak. Sekiranya tunang anda memungkiri janji untuk berkahwin dengan anda, anda sebagai pihak yang terkilan berhak untuk mendapatkan kembali semua perbelanjaan yang ditanggung dalam penyediaan perkahwinan seperti wang deposit untuk tempat perkahwinan, kos pakaian pengantin, kos cincin perkahwinan dan lain-lain.

Namun, tuntutan ini mestilah dibuktikan dengan invois, resit atau dokumen sokongan yang berkaitan. Mahkamah Sivil juga boleh memberikan ganti rugi untuk penghinaan dan aib yang ditanggung oleh anda akibat pertunangan yang diputuskan oleh tunang anda.

Seandainya anda telah diperdaya dengan janji-janji manis seorang lelaki sehinggakan anda mengorbankan maruah anda tetapi lelaki tersebut enggan menunaikan janjinya untuk mengahwini anda, anda juga boleh menuntut ganti rugi kemungkiran perjanjian walaupun anda belum secara rasminya bertunang dengan lelaki tersebut.

Di dalam kes Mahkamah Tinggi Nagamah a/p Subramaniam lwn Ponnusamy a/l Rajoo [2008] 6 MLJ 152, Hakim Mohd Azman Husin membenarkan tuntutan Plaintif dan mendapati bahawa Defendan berjanji untuk berkahwin dengan Plaintif yang mudah terpedaya dengan janji manis tersebut sehingga sanggup menyerahkan tubuhnya kepada Defendan dan ia tidak akan berlaku sekiranya Defendan tidak membuat janji tersebut.

Tindakan Defendan melarikan diri daripada Plaintif selepas Plaintif meminta Defendan mengahwininya menunjukkan wujudnya janji untuk berkahwin dengan Plaintif. Akibat kemungkiran tersebut, Plaintif mengalami kerugian, kesusahan malu dan hilang maruah diri.

Perlanggaran perjanjian perkahwinan oleh seorang Muslim

Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa :

“Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.”

Secara literalnya peruntukan undang-undang ini membenarkan pihak yang terkilan akibat kemungkiran perjanjian pertunangan itu menuntut seperti berikut:

Menuntut semula apa-apa barangan pemberian pertunangan daripada pihak yang mungkir janji sama ada dalam bentuk asalnya atau harga barangan tersebut jika ia telah rosak atau hilang; dan,

Menuntut apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pihak yang terkilan seperti perbelanjaan bagi persiapan perkahwinan setelah berlangsung ikatan perjanjian pertunangan di antara kedua-dua pihak.

Untuk membuat tuntutan Ganti Rugi Pertunangan di Mahkamah Syariah, anda juga perlu membuktikan tuntutan anda dengan mengemukakan resit, invois atau dokumen lain yang berkaitan bagi menyokong tuntutan anda.

Walaubagaimanapun, di Mahkamah Syariah, tuntutan ganti rugi pertunangan yang anda boleh lakukan adalah terhad kepada pemulangan semula barangan pertunangan dan perbelanjaan persediaan perkahwinan sahaja seperti yang dinyatakan di atas. Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes tuntutan hak pemulihan yang difailkan akibat kesan daripada pembatalan pertunangan.

Sekiranya anda ingin memfailkan tindakan untuk menuntut hak pemulihan akibat daripada kesan pembatalan pertunangan yang melibatkan maruah, kekecewaan, tekanan jiwa, penderitaan, penghinaan dan sebagainya, anda boleh memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sivil yang berbidangkuasa. Nilai ganti rugi bagi hak pemulihan ini adalah tidak tetap kerana ia adalah berdasarkan budi bicara Mahkamah Sivil.

Tiada siapa yang inginkan mahligai yang bakal dibina berkecai sekelip mata tanpa sebab munasabah. Jadi, jangan berdiam diri. Dapatkan semula hak anda dan pertahankan maruah anda!

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for ADAKAH DUIT RAYA AIDILFITRI NAFKAH YANG WAJIB DIBERI OLEH SUAMI?
Family & Syariah

ADAKAH DUIT RAYA AIDILFITRI NAFKAH YANG WAJIB DIBERI OLEH SUAMI?

Read article
Editorial illustration for APAKAH HAK-HAK SELEPAS PERCERAIAN YANG BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH?
Family & Syariah

APAKAH HAK-HAK SELEPAS PERCERAIAN YANG BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH?

Read article
Editorial illustration for HARTA SEPENCARIAN : APA HAK ISTERI SELEPAS SUAMI MENINGGAL?
Family & Syariah

HARTA SEPENCARIAN : APA HAK ISTERI SELEPAS SUAMI MENINGGAL?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.