Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Family & Syariah

HARTA SEPENCARIAN : APA HAK ISTERI SELEPAS SUAMI MENINGGAL?

Collection 20243 min read · estimate
Editorial illustration for HARTA SEPENCARIAN : APA HAK ISTERI SELEPAS SUAMI MENINGGAL?
RAHCo reading room

Harta sepencarian adalah satu konsep penting dalam undang-undang keluarga Islam dan adat Melayu, terutamanya apabila berlaku kematian suami.Bagi seorang isteri yang kehilangan suami, sangat penting untuk memahami hak-haknya terhadap harta sepencarian.

Artikel ini akan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian dan bagaimana seorang isteri boleh menuntut haknya selepas suami meninggal dunia.

APA ITU HARTA SEPENCARIAN?

Harta sepencarian merujuk kepada harta yang diperolehi secara bersama oleh suami dan isteri sepanjang tempoh perkahwinan. Harta ini boleh terdiri daripada pelbagai jenis aset seperti rumah, kenderaan, tanah, simpanan wang dan perniagaan.

Harta yang diperolehi sebelum perkahwinan atau menerusi warisan peribadi biasanya tidak termasuk dalam harta sepencarian. Di Malaysia, undang-undang syariah mengiktiraf hak isteri untuk menuntut harta sepencarian selepas perceraian atau kematian suami.

Tuntutan harta sepencarian adalah proses membabitka seorang isteri menuntut bahagiannya daripada harta yang diperolehi bersama sepanjang tempoh perkahwinan.

HARTA SEPENCARIAN: HAK ISTERI

Selepas kematian suami, seorang isteri mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian sebelum harta berkenaan dibahagikan kepada pewaris lain sebagai harta pusaka. Ini kerana harta sepencarian diiktiraf sebagai hak isteri yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka dilakukan mengikut hukum faraid.

Hak isteri terhadap harta sepencarian biasanya bergantung kepada sumbangan isteri sepanjang tempoh perkahwinan. Sumbangan ini boleh bersifat kewangan seperti menyumbang kepada pembelian rumah atau perniagaan.

Ia juga boleh berupa sumbangan bukan kewangan seperti menjaga rumah tangga dan keluarga. Dalam banyak kes, mahkamah syariah mengambil kira kedua-dua jenis sumbangan ini dalam menentukan bahagian harta sepencarian yang layak diterima isteri.

HARTA SEPENCARIAN: PROSES TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN

Untuk menuntut harta sepencarian, isteri perlu memfailkan tuntutan di mahkamah syariah. Sebelum itu, pihak isteri perlu mengenal pasti harta sepencarian dan senaraikan semua harta yang diperoleh ketika tempoh perkahwinan.

Untuk ini, isteri perlu mengumpul bukti berkaitan, termasuklah sijil perkahwinan, geran tanah, penyata bank dan bukti sumbangan kepada pemerolehan harta terbabit. Jika perlu, isteri boleh mendapatkan nasihat perundangan dari peguam atau penasihat syariah berpengalaman.

Untuk khidmat peguam, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat berkenaan dari firma Rosenida, Azlina, Hafidz & co. di sini.

Apabila semua perkara di atas telah disediakan, isteri boleh mula membuat tuntutan sama ada di Mahkamah Syariah (bagi orang Islam) atau Mahkamah Sivil (bagi bukan Islam). Bagi orang Islam, berikut adalah langkah umum dalam sesuatu proses tuntutan.

Permohonan Tuntutan - Isteri perlu memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah dengan menyertakan butiran mengenai harta yang dituntut dan bukti sumbangan terhadap pemerolehan harta terbabit.

Perbicaraan - Mahkamah Syariah akan mengadakan perbicaraan untuk menilai tuntutan isteri. Dalam perbicaraan ini, mahkamah akan menilai sumbangan isteri, termasuk sumbangan kewangan dan bukan kewangan serta mempertimbangkan bukti yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang terbabit.

Keputusan Mahkamah - Setelah menilai semua bukti, Mahkamah Syariah akan membuat keputusan mengenai jumlah harta sepencarian yang layak diterima isteri. Harta ini akan diberikan kepada isteri sebelum harta pusaka dibahagikan kepada pewaris lain mengikut faraid.

HARTA SEPENCARIAN: CABARAN DAN HALANGAN

Walaupun isteri mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian, proses tuntutan ini tidak semestinya mudah. Antara cabaran utama dan lazim ialah perselisihan dengan ahli keluarga suami yang mungkin tidak bersetuju terhadap tuntutan isteri.

Selain itu, proses perbicaraan di Mahkamah Syariah boleh mengambil masa lama, terutamanya jika terdapat pertikaian mengenai sumbangan isteri atau nilai harta yang dituntut. Bagi mengatasi cabaran ini, isteri disarankan mendapatkan nasihat dan bantuan daripada peguam berpengalaman.

Dalam konteks ini, peguam dapat membantu isteri memahami hak-haknya serta memastikan proses tuntutan berjalan lancar serta adil. Untuk khidmat peguam, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat berkenaan dari firma Rosenida, Azlina, Hafidz & co. di sini.

Daripada itu, dapatlah difahami bahawa harta sepencarian adalah hak isteri yang diiktiraf undang-undang syariah di negara ini. Selepas kematian suami, isteri mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian berdasarkan sumbangannya sepanjang perkahwinan. Menerusi persediaan yang betul dan lengkap, isteri dapat memastikan haknya terpelihara serta memperoleh bahagian yang adil daripada harta sepencarian.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for ADAKAH DUIT RAYA AIDILFITRI NAFKAH YANG WAJIB DIBERI OLEH SUAMI?
Family & Syariah

ADAKAH DUIT RAYA AIDILFITRI NAFKAH YANG WAJIB DIBERI OLEH SUAMI?

Read article
Editorial illustration for TUNANG BATALKAN PERJANJIAN UNTUK BERKAHWIN? BOLEHKAH AMBIL TINDAKAN SIVIL?
Family & Syariah

TUNANG BATALKAN PERJANJIAN UNTUK BERKAHWIN? BOLEHKAH AMBIL TINDAKAN SIVIL?

Read article
Editorial illustration for APAKAH HAK-HAK SELEPAS PERCERAIAN YANG BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH?
Family & Syariah

APAKAH HAK-HAK SELEPAS PERCERAIAN YANG BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.