Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Wills & estate

PEMBAHAGIAN FARAID: INI SENARAI SEMAK YANG WARIS PATUT TAHU

Collection 20244 min read · estimate
Editorial illustration for PEMBAHAGIAN FARAID: INI SENARAI SEMAK YANG WARIS PATUT TAHU
RAHCo reading room

Pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid adalah satu aspek penting dalam undang-undang Islam. Faraid merujuk kepada peraturan yang menentukan bagaimana harta si mati dibahagikan kepada waris-warisnya yang sah. Sangat penting bagi waris-waris untuk memahami proses ini agar pembahagian harta dapat dilakukan secara adil serta mengikut syariat. Berikut adalah senarai semak yang waris patut tahu dalam urusan pembahagian harta pusaka mengikut faraid.

PEMBAHAGIAN FARAID: MENGENAL PASTI HARTA PUSAKA

Langkah yang pertama ialah mengenal pasti semua harta yang ditinggalkan si mati.

Ini termasuklah harta tak alih (rumah,tanah,bangunan), harta alih (kenderaan, barang kemas, wang tunai), akaun bank dan simpanan, saham dan pelaburan, insurans serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bagi kes tiada penamaan. Sangat mustahak untuk memastikan semua harta berkenaan didokumentasikan secara kemas dan lengkap.

PEMBAHAGIAN FARAID: KENAL PASTI WARIS LAYAK

Langkah pertama dalam pembahagian faraid ialah mengenal pasti siapa waris-waris yang layak menerima harta pusaka. Dalam undang-undang Islam, waris terbahagi kepada dua kategori utama iaitu:

Waris Asabah – Waris ini terdiri daripada ahli keluarga lelaki seperti anak lelaki, bapa, saudara lelaki dan sebagainya. Mereka mempunyai hak utama dalam mana-mana pembahagian harta pusaka.

Waris Zawil Arham – Ini merujuk kepada ahli keluarga wanita seperti anak perempuan, ibu, saudara perempuan dan sebagainya. Mereka juga berhak menerima bahagian pusaka, tetapi kadar bahagiannya mungkin berbeza berbanding waris lelaki.

Sangat penting untuk memastikan semua waris dikenal pasti secara tepat. Ini kerana kesilapan dalam mengenal pasti waris boleh menyebabkan pembahagian yang tidak adil.

PEMBAHAGIAN FARAID: DAPATKAN SIJIL FARAID

Sijil faraid adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan Mahkamah Syariah mengandungi pembahagian harta mengikut hukum faraid. Sijil ini diperlukan untuk proses pembahagian harta pusaka secara sah di sisi undang-undang.

Untuk mendapatkan sijil faraid, waris perlu memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah dengan menyenaraikan semua waris yang layak.

PEMBAHAGIAN FARAID: KIRA BAHAGIAN FARAID

Pembahagian harta mengikut faraid ditentukan berdasarkan bahagian yang telah ditetapkan dalam al-Quran. Bahagian setiap waris bergantung kepada kedudukan mereka dalam keluarga. Contoh pembahagian adalah seperti berikut:

Anak lelaki mendapat dua bahagian daripada setiap satu bahagian anak perempuan.

Ibu mendapat satu per enam daripada harta jika si mati mempunyai anak dan satu pertiga jika tiada anak

Suami mendapat separuh jika tiada anak dan satu perempat jika ada anak

Isteri mendapat satu perempat jika tiada anak dan satu per enam jika ada anak

Perincian bahagian ini adalah penting untuk memastikan setiap waris menerima haknya mengikut syariat.

PEMBAHAGIAN FARAID: HARTA SEPENCARIAN DAN WASIAT

Selain faraid, wujud juga konsep harta sepencarian dan wasiat yang boleh mempengaruhi pembahagian harta pusaka. Harta sepencarian merujuk kepada harta yang diperoleh secara bersama oleh suami-isteri sepanjang tempoh perkahwinan.

Jika isteri menuntut harta sepencarian, mahkamah akan menentukan bahagian yang layak diterima sebelum pembahagian faraid dilakukan. Wasiat pula adalah arahan yang ditinggalkan olej si mati mengenai pembahagian harta. Namun, wasiat hanya sah untuk satu pertiga daripada harta pusaka. Wasiat juga tidak boleh mengurangkan hak waris-waris yang layak menerima harta mengikut faraid.

PEMBAHAGIAN FARAID: HUTANG DAN TANGGUNGJAWAB LAIN

Sebelum harta pusaka boleh dibahagikan kepada waris, penting untuk menyelesaikan semua hutang dan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh si mati.

Dalam Islam, hutang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta faraid. Ini termasuklah hutang kepada individu atau institusi, zakat yang belum dibayar dan wasiat yang perlu ditunaikan serta kos pengurusan jenazah.

PEMBAHAGIAN FARAID: MELANTIK PENTADBIR PUSAKA

Sebelum harta pusaka boleh dibahagikan kepada waris, seorang pentadbir pusaka perlu dilantik. Pilihlah seorang pentadbir harta pusaka yang amanah dan cekap. Tugas pentadbir termasuklah mengurus proses pembahagian harta, berurusan dengan pihak berkuasa berkaitan dan memastikan setiap waris menerima bahagian masing-masing.

PEMBAHAGIAN FARAID: BERBINCANG DENGAN WARIS LAIN

Pembahagian harta pusaka boleh menjadi isu sensitif dalam keluarga. Justeru, sangat penting untuk berkomunikasi dengan waris-waris lain serta mencapai kesepakatan mengenai pembahagian harta. Jika berlaku perselisihan, waris boleh mendapatkan bantuan daripada Mahkamah Syariah atau penasihat undang-undang atau peguam untuk menyelesaikan isu terbabit.

Untuk khidmat peguam, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat berkenaan dari firma Rosenida, Azlina, Hafidz & co. di sini.

Perlu difahami bahawa pembahagian faraid adalah satu proses yang rumit. Namun, sangat penting untuk memastikan harta pusaka dibahagikan secara adil mengikut hukum syarak. Dengan mengenal pasti waris-waris yang layak, mendapatkan sijil faraid, memahami bahagian masing-masing serta menyelesaikan hutang si mati, waris dapat menjalankan tanggungjawab mereka secara betul. Dalam pada itu, komunikasi yang baik antara waris juga dapat membantu mengelakkan perselisihan, sekali gus memastikan pembahagian harta pusaka dapat dilakukan secara harmoni.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for JUAL BELI RUMAH BILA PEMILIK MENINGGAL DUNIA: PANDUAN KOMPREHENSIF DARI PERSPEKTIF CONVEYANCING
Wills & estate

JUAL BELI RUMAH BILA PEMILIK MENINGGAL DUNIA: PANDUAN KOMPREHENSIF DARI PERSPEKTIF CONVEYANCING

Read article
Editorial illustration for HIKMAH LEBIHNYA BAHAGIAN LELAKI BERBANDING WANITA DALAM PEMBAHAGIAN FARAID
Wills & estate

HIKMAH LEBIHNYA BAHAGIAN LELAKI BERBANDING WANITA DALAM PEMBAHAGIAN FARAID

Read article
Editorial illustration for BERSANGKA-SANGKA DALAM URUSAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
Wills & estate

BERSANGKA-SANGKA DALAM URUSAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.