Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Wills & estate

HUKUM FARAID ADIL: INI PENJELASAN AGAMA

Collection 20244 min read · estimate
Editorial illustration for HUKUM FARAID ADIL: INI PENJELASAN AGAMA
RAHCo reading room

Kandungan

Hukum Faraid Adil: Mari Kita Lebih Kenal

Hukum Faraid Melebihkan Lelaki dan Mendiskriminasi Wanita?

Hukum Faraid: Penjelasan Islam

Hukum Faraid: Penjelasan Ulama

Hukum Faraid: Perincian Fakta dan Teknikal

Hukum Faraid: Hikmah di Sebalik Syariah

Ada andaian tidak berasas konon hukum faraid dalam Islam tidak adil. Benarkah andaian ini? Kita sengaja sebut ia sebagai "andaian" kerana konon faraid dalam Islam itu tidak adil adalah tidak lebih satu andaian dan tidak ada asas kukuh. Asas yang kuat ialah faraid itu adil. Mari kita hujahkan.

HUKUM FARAID ADIL: MARI KITA LEBIH KENAL

Hukum faraid adalah undang-undang Islam yang mengatur pembahagian harta pusaka secara adil dan saksama. Berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, hukum ini memastikan hak setiap waris dipenuhi mengikut hubungan kekeluargaan dan tanggungjawab masing-masing.

Waris yang berhak termasuklah suami atau isteri, ibu bapa, anak-anak dan saudara mara. Keadilan dalam faraid dilihat melalui pembahagian harta yang teliti. Contohnya, anak lelaki menerima bahagian harta pusaka pada jumlah yang lebih banyak berbanding anak perempuan.

Ini kerana tanggungjawab kewangan anak lelaki lebih besar. Bagaimanapun, ini tidak bermaksud anak perempuan diabaikan; bahagian mereka tetap terjamin. Memahami dan mengamalkan hukum faraid sangat penting untuk mengelak pertelingkahan atau perbalahan serta menjaga hubungan kekeluargaan.

HUKUM FARAID MELEBIHKAN LELAKI DAN MENDISKRIMINASI WANITA?

Hukum faraid dikatakan konon melebihkan lelaki dan mendiskriminasi wanita? Adakah ini benar dan berfakta? Mari teruskan pembacaan. Info di bawah sangat penting untuk anda lebih faham duduk-perkara keadilan fiqh Islam bersabit hukum faraid. Tanggapan hukum faraid sering melebihkan lelaki dan mendiskriminasi wanita dilihat dengan lebih mendalam dan lebih jelas.

Dalam Islam, pembahagian harta pusaka adalah berasaskan tanggungjawab dan peranan dalam keluarga. Anak lelaki menerima bahagian lebih besar kerana mereka memikul tanggungjawab kewangan yang lebih berat, termasuklah menjaga ibubapa dan adik-beradik perempuan.

Sebaliknya, anak perempuan menerima bahagian lebih kecil kerana mereka tidak mempunyai tanggungjawab yang sama. Namun, ini tidak bermakna anak perempuan diabaikan. Malah, Islam turut menetapkan hak wanita menerusi mahar dan nafkah yang menjamin kesejahteraan hidup mereka.

Selain itu, perlu diketahui bahawa hukum faraid sangat memastikan keadilan dengan mengutamakan pembayaran hutang si mati sebelum harta dibahagikan. Ini memastikan hak semua pihak, termasuk wanita, terpelihara.

Justeru, hukum faraid bukanlah sejenis diskriminasi. Ia satu sistem pembahagian yang sangat adil serta seimbang berdasarkan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam keluarga. Lebih banyak hujah mengenai keadilan hukum faraid dapat dibaca di sini.

HUKUM FARAID: HIKMAH DI SEBALIK SYARIAH

Hukum faraid sebagai sistem pembahagian harta pusaka dalam Islam sering menjadi topik perbincangan hangat dalam masyarakat. Ramai mempersoalkan kebijaksanaannya, terutamanya berkaitan pembahagian yang kelihatan tidak sama rata di antara lelaki dan wanita. Namun, seperti aspek-aspek lain dalam syariah, hukum faraid mempunyai hikmah yang mendalam yang perlu kita fahami.

Pertama, kita perlu melihat hukum faraid dalam konteks sistem ekonomi Islam yang lebih luas. Ia bukan sekadar peraturan pembahagian harta, tetapi sebahagian daripada rangkaian tanggungjawab kewangan yang saling berkaitan. Seperti dinyatakan di atas, lelaki dalam Islam diberi tanggungjaba dan kewajipan utama untuk menyara keluarga, membayar mas kahwin dan menanggung perbelanjaan rumahtangga. Bahagian yang lebih besar dalam faraid adalah bertujuan membolehkan lelaki menunaikan tanggungjawab ini dengan lebih baik.

Kedua, hukum faraid menjamin hak wanita untuk mewarisi harta. Ini suatu hak yang tidak wujud dalam kebanyakan masyarakat pra-Islam. Walaupun bahagian wanita mungkin lebih kecil dalam pembahagian faraid, harta berkenaan adalah milik mereka sepenuhnya. Mereka tidak diwajibkan membelanjakannya untuk keluarga.

Ketiga, sistem faraid ini juga menggalakkan pengagihan kekayaan dalam masyarakat. Dengan membahagikan harta kepada lebih ramai waris, termasuk wanita, ia mencegah penumpuan kekayaan pada segelintir individu. Ini membantu mewujudkan keseimbangan ekonomi dalam masyarakat.

Keempat, hukum faraid mengajar kita mengenai nilai-nilai penting seperti kebertanggungjawaban, kasih sayang keluarga dan pengurusan harta pusaka secara lebih bijak. Malah, ini mengingatkan kita bahawa harta duniawi adalah sementara dan perlu diurus secara amanah. Untuk memahami kaedah pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid, antaranya anda dapat baca di sini.

Dan, satu aspek penting yang tidak patut dikesampingkan ialah fleksibiliti dalam sistem faraid. Walaupun Islam menetapkan nisbah pembahagian harta pusaka, agama langit ini membenarkan pemberian harta pusaka menerusi wasiat, malah memberi ruang kepada pemilik harta mengagihkan hartanya mengikut budi bicara sendiri.

Ini bermaksud, hukum faraid bukanlah "satu set peraturan rigid" yang perlu dipatuhi sembrono tanpa wujud fleksibiliti langsung. Sebaliknya, ia satu sistem dan hukum yang sangat teliti serta menjamin keadilan dan kesejahteraan masyarakat.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for JUAL BELI RUMAH BILA PEMILIK MENINGGAL DUNIA: PANDUAN KOMPREHENSIF DARI PERSPEKTIF CONVEYANCING
Wills & estate

JUAL BELI RUMAH BILA PEMILIK MENINGGAL DUNIA: PANDUAN KOMPREHENSIF DARI PERSPEKTIF CONVEYANCING

Read article
Editorial illustration for HIKMAH LEBIHNYA BAHAGIAN LELAKI BERBANDING WANITA DALAM PEMBAHAGIAN FARAID
Wills & estate

HIKMAH LEBIHNYA BAHAGIAN LELAKI BERBANDING WANITA DALAM PEMBAHAGIAN FARAID

Read article
Editorial illustration for BERSANGKA-SANGKA DALAM URUSAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
Wills & estate

BERSANGKA-SANGKA DALAM URUSAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.