Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Family & Syariah

APAKAH HAK-HAK SELEPAS PERCERAIAN YANG BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH?

Ms Dinie Collection 20254 min read · estimate
Editorial illustration for APAKAH HAK-HAK SELEPAS PERCERAIAN YANG BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH?
RAHCo reading room

Pada masa kini, realiti kehidupan yang kita boleh lihat adalah hampir setiap hari terdapat banyak kes perceraian telah berlaku di Malaysia. Menurut statistik dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berdasarkan statistik permohonan Tribunal Perkahwinan sejak 2013 hingga Mei 2019, hampir 28 ribu kes cerai yang telah dicatatkan dengan pelbagai isu dan punca.

Namun, masih lagi wanita-wanita di luar sana tidak tahu akan hak-hak mereka selepas perceraian. Hakikatnya, terdapat banyak hak isteri yang telah diceraikan yang mereka perlu tahu untuk dituntut di Mahkamah Syariah.

Pada kali ini, saya akan memberikan keterangan/kefahaman secara ringkas apakah hak-hak isteri yang boleh dituntut kepada bekas suami di Mahkamah Syariah. Ini kerana Allah S.W.T telah memberi panduan tentang hak-hak wanita selepas diceraikan oleh suami. Bukan sahaja semasa dalam perkahwinan sahaja suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak, namun selepas perceraian masih ada lagi tanggungjawab suami dalam melaksanakan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

PERKARA YANG BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan ke atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah. Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ialah:

NAFKAH IDDAH

Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama mana di dalam tempoh iddah:- i. Menyediakan makanan yang sepatutnya.ii. Menyediakan pakaian yang sepatutnya.iii. Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.iv. Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya.

MUTA’AH

Mut’ah adalah suatu pemberian harta yang sunat ke atas suami untuk membayar kepada isterinya yang telah diceraikan pada masa hidup dengan talak, bergantung kepada beberapa syarat. Kadar mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut.

HARTA SEPENCARIAN

Harta sepencarian adalah harta yang diperolehi semasa dalam masa perkahwinan oleh suami isteri dan hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.

HADANAH/HAK JAGAAN ANAK

Hadanah atau hak jagaan anak bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan, dalam proses perceraian atau selepas perceraian. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.Tuntutan hak jagaan anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

NAFKAH ANAK

Nafkah anak ialah nafkah yang wajib ke atas seseorang bapa kepada anak tersebut bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain. Nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya. Seorang bapa wajib menanggung nafkah anaknya. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali.

TUNGGAKAN NAFKAH ISTERI

Tunggakan nafkah ialah jika suami semasa dalam tempoh perkahwinan tidak memberikan atau menunaikan nafkah terhadap isterinya, maka ianya adalah manjadi hutang ke atas suami dan wajib membayar kepada isteri tersebut. Tunggakan ini boleh dituntut di mana-mana Mahkamah Syariah.

TUNGGAKAN NAFKAH ANAK

Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.

Sebagai kesimpulannya, tuntutlah hak-hak anda di atas landasan yang telah ditetapkan oleh syarak kerana dengan adanya hak-hak ini akan kembalikan keadilan anda selepas diceraikan oleh suami. Pada tajuk akan datang, saya akan merungkaikan satu persatu dengan lebih lanjut dan terperinci tentang setiap hak-hak di atas ini.

Semoga dengan perkongsian saya pada kali ini dapat memberikan pencerahan dan bermanfaat kepada pihak-pihak yang terlibat amnya dan kepada wanita-wanita khususnya dalam memastikan hak-hak anda dapat dituntut di Mahkamah Syariah.

Jika terdapat kemusykilan, pertanyaan ataupun memerlukan khidmat guaman syarie kami, kami sedia membantu dan bolehlah hubungi terus di talian 03-897419127 @ 017-3553501

Disediakan oleh,

MS NURDINIE BINTI KAMAL

Peguam Syarie

(Syarie Counsel),

TETUAN ROSENIDA, AZLINA, HAFIDZ & CO

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for ADAKAH DUIT RAYA AIDILFITRI NAFKAH YANG WAJIB DIBERI OLEH SUAMI?
Family & Syariah

ADAKAH DUIT RAYA AIDILFITRI NAFKAH YANG WAJIB DIBERI OLEH SUAMI?

Read article
Editorial illustration for TUNANG BATALKAN PERJANJIAN UNTUK BERKAHWIN? BOLEHKAH AMBIL TINDAKAN SIVIL?
Family & Syariah

TUNANG BATALKAN PERJANJIAN UNTUK BERKAHWIN? BOLEHKAH AMBIL TINDAKAN SIVIL?

Read article
Editorial illustration for HARTA SEPENCARIAN : APA HAK ISTERI SELEPAS SUAMI MENINGGAL?
Family & Syariah

HARTA SEPENCARIAN : APA HAK ISTERI SELEPAS SUAMI MENINGGAL?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.