Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

VALUATION REPORT: KENAPA NILAI BANK TAK SAMA DENGAN HARGA PASARAN?

Koleksi 20263 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk VALUATION REPORT: KENAPA NILAI BANK TAK SAMA DENGAN HARGA PASARAN?
Ruang bacaan RAHCo

Harga Bank vs Harga Pasaran vs Harga Jualan

Dalam urusan jual beli hartanah, pembeli perlu fahami bahawa nilai valuation report bank tak semestinya sama dengan harga pasaran (market value) dan harga jual yang dipersetujui. Jadi, anda perlu fahami beza antara harga penilaian bank (bank valuation), harga pasaran (market value) dan Harga Jualan/SPA (Sale & Purchase Agreement).

Harga Jualan ialah harga yang dipersetujui secara kontrak antara penjual dan pembeli, dan dinyatakan secara bertulis dalam Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement (SPA)).

Manakala,

Harga Bank/Nilai Bank ditentukan oleh penilai bertauliah (registered valuer) yang dilantik oleh bank untuk tujuan pinjaman/pembiayaan. Nilai dalam valuation report (laporan penilaian) yang disediakan oleh jurunilai adalah berdasarkan faktor seperti transaksi hartanah (comparable sales), lokasi & permintaan pasaran, keadaan fizikal hartanah, sekatan kepentingan, status pegangan (leasehold/freehold) dan lain-lain. Tujuan utama laporan ini dibuat ialah untuk menentukan nilai pasaran semasa hartanah dan bagi membantu pihak bank untuk menetapkan jumlah pinjaman/pembiayaan yang akan diluluskan.

Sebaliknya,

Harga Pasaran (Market Value) mengambil kira harga yang lebih tinggi yang sanggup dibayar oleh pembeli dan yang sanggup diterima oleh penjual dalam pasaran terbuka dan kompetitif.

Penilaian Hartanah

Ramai sangka banker atau ejen hartanah boleh kawal harga valuation. Sebenarnya tidak. Valuation hanya boleh dibuat oleh registered valuer yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH/BOVAEP).

Adalah menjadi perkara biasa bagi bank untuk meminta penilaian hartanah semasa proses permohonan pinjaman perumahan. Ini kerana hartanah tersebut akan digunakan sebagai security bagi pinjaman/pembiayaan yang dipohon. Dengan kata lain, sekiranya peminjam gagal membuat bayaran balik pinjaman, pihak pemberi pinjaman perlu memastikan bahawa hartanah tersebut boleh dijual pada harga yang membolehkan mereka memperoleh semula baki pinjaman yang tertunggak.

Oleh itu, penilaian bank memberi gambaran kepada pihak bank tentang jumlah maksimum pembiayaan yang boleh ditawarkan kepada pembeli bagi pinjaman perumahan tersebut.

Walau bagaimanapun, penilaian bank lazimnya bersifat konservatif. Ini kerana tujuan penilaian bank bukanlah untuk menentukan harga pasaran yang adil, tetapi sekadar memastikan pihak bank mampu menutup risiko dan mendapatkan semula baki pinjaman sekiranya berlaku kegagalan bayaran oleh bank.

Kenapa Nilai Bank Berbeza Dengan Harga Jualan (Harga SPA)?

Perbezaan ini berlaku kerana Harga SPA dipengaruhi oleh faktor peribadi (contoh: beli dari ahli keluarga, jualan segera/terdesak atau below market value. Nilai bank lebih objektif dan berdasarkan data pasaran. Bank tidak terikat dengan persetujuan komersial antara penjual dan pembeli. Akibatnya, pembeli mungkin hanya mendapat pinjaman berdasarkan nilai yang lebih rendah, walaupun harga SPA lebih tinggi.

Duti Setem

Salah satu implikasi yang sering timbul apabila terdapat perbezaan nilai ialah pengiraan duti setem untuk surat cara pindahmilik.

Di bawah Akta Setem 1949, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengenakan duti setem berdasarkan nilai yang lebih tinggi antara: Harga SPA (consideration), atau Nilai pasaran hartanah (ditentukan melalui penilaian, lazimnya merujuk kepada JPPH).

Ada dua (2) senario:

Harga Jualan Lebih Rendah Dari Harga Pasaran

Contoh:

Harga SPA: RM500,000

Nilai pasaran yg dinilai JPPH (LHDN): RM600,000

Duti setem akan dikira atas RM600,000. Bukan RM500,000

Ini biasa berlaku dalam Jual beli bawah harga pasaran (Below Market Value) atau Jual beli antara ahli keluarga.

Harga Jualan Lebih Tinggi Dari Harga Pasaran

Contoh:

Harga SPA: RM700,000

Nilai pasaran: RM650,000

Duti setem dikira atas RM700,000(sebab consideration (harga balasan) lebih tinggi)

Kesimpulannya, sebelum anda nak beli/jual hartanah, pastikan anda fahami beza harga pasaran (market value) dan harga penilaian (bank valuation).

Anda sebagai pembeli boleh buat pre-valuation melalui jurunilai bertauliah sebelum tandatangan SPA. Tahu siap-siap berapa bank akan nilai. Ejen hartanah yang berpengalaman biasanya tahu range valuation, jadi boleh minta pandangan awal. Dengan cara ini, anda sebagai pembeli akan mengetahui nilai sebenar hartanah tersebut, boleh berunding pada harga yang lebih munasabah, serta mengurangkan risiko membayar harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar hartanah berkenaan.

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.