Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

TIPS BIDA RUMAH LELONG SECARA ONLINE DI SISTEM E-LELONG

Ms Ezzati Collection 20254 min read · estimate
Editorial illustration for TIPS BIDA RUMAH LELONG SECARA ONLINE DI SISTEM E-LELONG
RAHCo reading room

Pembelian rumah lelong bagi tujuan pelaburan atau lain-lain sudah semestinya memerlukan cara bidaan yang betul dan tepat bagi mengelakkan sebarang permasalahan dikemudian hari yang kemungkinan boleh merugikan pembida.

Antara tips yang boleh digunapakai sebelum membuat sebarang bidaan adalah dengan menyemak had kelayakan pembiayaan terlebih dahulu jika pembida berniat untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan untuk pembelian rumah lelong. Ini adalah bagi memastikan pembida mempunyai sumber kewangan yang cukup setelah berjaya membida sesuatu rumah lelong bagi membiayai pembelian rumah lelong tersebut mengikut had kelayakan pinjaman dan harga rumah lelong yang ingin dimiliki.

Keduanya, pembida boleh memulakan pencarian unit rumah lelong di sistem E-Lelong dengan membuat tapisan unit rumah yang memenuhi citarasa pembida seperti negeri terletaknya rumah lelong tersebut, anggaran harga rizab dan lain-lain kriteria yang diinginkan sesuai dengan had kelayakan pinjaman yang telah disemak sebelum ini.

Setelah membuat pilihan, pembida boleh memuat turun Perisytiharan Jualan secara terus dari listing di sistem tersebut dan membuat satu salinan Perisytiharan Jualan tersebut untuk rujukan. Setelah selesai, pembida boleh membuat lawatan tapak ke alamat yang dinyatakan di dalam Perisytiharan Jualan untuk memastikan keadaan rumah yang sebenar sebelum membuat bidaan.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memastikan pembida membida rumah yang betul dan tepat serta mengelakkan kerugian yang tidak diingini seperti keadaan rumah yang sangat teruk dan memerlukan kos membaikpulih yang besar.

Ketiganya, pembida dinasihati untuk membuat carian hartanah bagi rumah lelong tersebut di pejabat tanah bagi mengetahui status terkini rumah lelong tersebut seperti di dalam rekod pejabat tanah di mana pembida boleh mengetahui sekiranya rumah lelong tersebut terdapat sebarang tanggungan, bebanan atau sekatan. Dengan mengetahui status terkini hartanah tersebut, pembida boleh menilai dan menganggar prosedur-prosedur yang akan terlibat dalam urusan pembelian rumah lelong ini.

Tips yang keempat pula ialah pembida hendaklah mengambil maklum akan tarikh dan masa sesi lelongan seperti yang telah dinyatakan di dalam Perisytiharan Jualan. Ini adalah untuk mengelakkan pembida terlepas peluang bidaan setelah membuat keputusan untuk membeli rumah lelong yang telah dipilih. Pada tarikh dan sesi lelongan berlangsung, adalah dinasihati kepada pembida supaya log masuk ke dalam Sistem E-Lelong 30 minit lebih awal sebelum sesi lelongan berlangsung.

Seterusnya, pembida juga hendaklah memastikan dan mendapatkan maklumat yang betul berkenaan kenaikan kadar bidaan. Ini adalah kerana kenaikan kadar bidaan adalah berlainan bagi setiap rumah lelong bergantung kepada nilai rizab rumah tersebut. Pembida boleh mendapatkan maklumat mengenai kenaikan kadar bidaan yang tepat dengan menghubungi Pusat Operasi e-Lelong di talian 09-570 7063.

Tips yang keenam adalah berkenaan dengan penyediaan sepuluh (10%) persen deposit secara bank draf di mana deposit secara bank draf ke atas nama plaintif yang dinyatakan di dalam Perisytiharan Jualan sebanyak 10% daripada nilai rizab rumah lelong hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum sesi lelongan bermula.

Antara maklumat yang perlu dinyatakan di halaman belakang helaian bank draf tersebut ialah nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat terkini, nombor ID Hartanah dan nombor Kes Pelaksanaan. Setelah maklumat lengkap diisikan oleh pembida, bank draf tersebut boleh diserahkan terus secara serahan tangan kepada mana-mana Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia atau melalui Pos Laju kepada Pusat Operasi E-Lelong Kuantan.

Sekiranya penyerahan bank draf dilakukan secara Pos Laju, pembida hendaklah menyertakan bersama-sama sampul prabayar ke alamat pembida sendiri untuk pemulangan deposit sekiranya pembida tidak berjaya dalam sesi lelongan.

Selain itu, pembida juga perlu mengambil tahu tempoh masa sesi lelongan di mana setiap sesi lelongan akan berlangsung selama 60 minit. Pembida perlu ambil maklum bahawa sesi lelongan akan ditamatkan jika tiada bidaan dibuat di dalam sesi lelongan selama 30 minit, dan ketika sesi bidaan berlangsung, pembida terakhir akan diisytiharkan sebagai pemenang sekiranya tiada bidaan dari pembida lain dalam masa 2 minit 30 saat selepas bidaannya dibuat.

Seterusnya amat penting bagi pembida untuk membida mengikut kemampuan dan kelayakan kewangan pembida sendiri. Hal ini bagi mengelakkan masalah kewangan untuk menampung pembelian rumah lelong dan mengelakkan pembida daripada perlu membayar lebihan wang beza sekiranya had kelayakan pembiayaan dari institusi kewangan tidak mampu menampung nilai bidaan tersebut.

Akhir sekali, sekiranya pembida menang bidaan bagi unit tersebut, suatu Memorandum Jualan yang mempunyai maklumat diri pembida sebagai pembida yang berjaya akan diberikan dan ditandatangani oleh Pendaftar Pusat Operasi E-Lelong.

Pembida hendaklah membawa Memorandum Jualan tersebut bersama dokumen peribadi pembida ke institusi kewangan pilihan pembida sewaktu membuat semakan kelayakan pinjaman yang terdahulu untuk membuat permohonan pembiayaan secepat mungkin dan juga melantik peguam yang berpengalaman dalam urusan pindah milik rumah lelong untuk mewakili pembida kerana pembida hanya mempunyai tempoh 120 hari sahaja untuk menyelesaikan baki wang beza sepenuhnya bagi rumah lelong tersebut.

Sekiranya pembida gagal membuat pembayaran tersebut, wang deposit pembida tidak akan dipulangkan.

Konklusinya, adalah dinasihati buat para pembida untuk membida secara bijak dan tepat bagi mengelakkan sebarang kerugian atau permasalahan yang tidak diingini berlaku di masa akan datang.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.