Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

SURAT KUASA MENTADBIR: HAK, LIABILITI DAN TANGGUNGJAWAB

Collection 20245 min read · estimate
Editorial illustration for SURAT KUASA MENTADBIR: HAK, LIABILITI DAN TANGGUNGJAWAB
RAHCo reading room

Kandungan

Surat Kuasa Mentadbir?

Apakah Hak, Liabliti Dan Tanggungjawab Pemegang Surat Kuasa Mentadbir?

Hak

Liabiliti

Tanggungjawab

Mengapa Perlu Patuhi Hak, Liabiliti dan Tanggungjawab?

Bagaimana Pemegang Surat Kuasa Mentadbir Patut Laksanakan?

Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration) adalah dokumen yang sah laku di sisi undang-undang. Ia memberi kuasa kepada seseorang untuk mentadbir harta pusaka si mati. Fokus tulisan ini ialah untuk memperincikan apakah hak, liabiliti dan tanggungjawab pemegang Surat Kuasa Mentadbir.

Bagaimanapun, sementara memperincikan hal-hal berkenaan seterusnya, mari kita fahami lebih mendalam mengenai Surat Kuasa Mentadbir itu sendiri.

SURAT KUASA MENTADBIR?

Seperti disebutkan di atas, Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka ini menepati keperluan undang-undang bagi membolehkan pentadbiran harta pusaka si mati dibuat secara teratur serta sah di sisi undang-undang.

Surat ini perlu apabila seseorang meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang wasiat. Ia memberikan kuasa sah kepada seseorang yang layak, biasanya waris terdekat, untuk mentadbir harta berkenaan. Tanpa Surat Kuasa Mentadbir, tiada sesiapa mempunyai kuasa sah untuk mengurus harta pusaka terbabit.

Secara mudah faham, surat ini membolehkan harta pusaka diuruskan secara tersusun bagi mengelak pertikaian dan perebutan pusaka sesama waris, juga kemungkinan penyelewengan harta peninggalan si mati. Untuk kali ini, kita tidak akan memperincikan pihak-pihak yang berkuasa mengeluarkan Surat Kuasa Tadbir seperti Mahkamah Tinggi dan Amanah Raya Berhad.

Kita juga tidak akan memperincikan beberapa fakta lain bersabit Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka seperti undang-undang serta akta berkaitan, cara permohonan surat kuasa mentadbir dan sebagainya. Anda dapat baca mengenai hal-hal berkenaan di sini. Sebaliknya, untuk artikel ini, kita akan lebih fokus kepada hak, liabliti dan tanggungjawab pemegang Surat Kuasa Mentadbir.

APAKAH HAK, LIABLITI DAN TANGGUNGJAWAB PEMEGANG SURAT KUASA MENTADBIR?

Mari kita perincikan satu persatu mengenai hak, liabiliti dan tanggungjawab pemegang Surat Kuasa Mentadbir.

Hak

Hak pemegang Surat Kuasa Mentadbir termasuklah menguruskan harta pusaka, menjual aset, membayar hutang dan mengagihkan baki harta mengikut undang-undang kepada waris si mati.

Liabiliti

Antara liabiliti pemegang Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka termasuklah mematuhi semua keperluan undang-undang, menjaga kepentingan setiap waris secara adil dan tidak menyalahgunakan kuasa berkenaan untuk kepentingan sendiri. Perlu diingat, lazimnya pentadbir harta pusaka perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian pada mana-mana bahagian harta pusaka yang disebabkan oleh kecuaiannya, jika berlaku.

Tanggungjawab

Antara tanggungjawab utama pemegang Surat Kuasa Mentadbir ialah mentadbir harta si mati secara telus dan jujur demi kepentingan semua waris.

Pentadbir bertanggungjawab menyenaraikan semua aset dan liabiliti bersabit harta si mati, membayar apa juga cukai berkaitan dan mengagihkan baki harta terbabit kepada waris yang sah mengikut ketetapan undang-undang. Kegagalan menunaikan tanggungjawab ini boleh menjuruskan pemegang Surat Kuasa Mentadbir kepada tindakan undang-undang.

Perlu diingatkan juga bahawa, pentadbir harta pusaka mesti melunaskan apa juga liabiliti bersabit harta si mati, termasuklah hutang atau apa juga komitmen kewangan bersabit harta si mati. Setelah semua pembayaran berkenaan dilunaskan dan ketika itu masih berbaki harta si mati, barulah si pentadbir boleh membahagi-bahagikan harta berkenaan kepada waris si mati.

Bacaan tambahan mengenai Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka dapat dilihat di sini.

SURAT KUASA MENTADBIR: MENGAPA PERLU PATUHI HAK, LIABILITI DAN TANGGUNGJAWAB?

Pemegang Surat Kuasa Mentadbir perlu mematuhi hak, liabiliti dan tanggungjawab yang ditetapkan kerana beberapa sebab penting dan utama.

Pertama, ini adalah keperluan undang-undang bagi memastikan pentadbiran harta pusaka diuruskan secara telus dan adil. Kegagalan mematuhi keperluan ini boleh mengundang tindakan undang-undang seperti denda atau penjara.

Kedua, mematuhi hak, liabiliti dan tanggungjawab adalah melindungi kepentingan waris si mati. Ini supaya waris menerima bahagian harta pusaka secara betul dan adil. Pematuhan ini juga mengelak salah laku seperti penggelapan atau penyelewengan harta oleh pemegang Surat Kuasa Mentadbir.

Ketiga, pematuhan ini menjamin amanah dan integriti oleh pemegang Surat Kuasa Mentadbir. Pemegang amanah ini diberi kuasa penuh mentadbir harta; justeru mereka perlu mengamalkan akauntabiliti dan ketelusan dalam menguruskan harta si mati. Sebarang ketidakpatuhan atau penyelewengan bukan sahaja mencemarkan reputasi dan kredibiliti mereka sendiri, malah berdepan tindakan undang-undang.

Keempat, mematuhi peraturan juga penting bagi mengelakkan pemegang Surat Kuasa Mentadbir menanggung kerugian akibat kecuaian atau salah laku.

Daripada itu dapatlah difahami bahawa pematuhan terhadap hak, liabiliti dan tanggungjawab pemegang Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka ini amat penting dan kritikal. Ini bagi memastikan pentadbiran harta pusaka dilaksanakan secara betul dan sah di sisi undang-undang serta demi menjaga kepentingan semua pihak terbabit, terutama pewaris harta.

BAGAIMANA PEMEGANG SURAT KUASA MENTADBIR PATUT LAKSANAKAN?

Untuk mematuhi hak, liabiliti dan tanggungjawab, pemegang Surat Kuasa Mentadbir perlu mengambil beberapa langkah penting.

Pertama, pentadbir harta pusaka mesti fahami sepenuhnya skop kuasa dan had bidang kuasa di bawah Surat Kuasa Mentadbir itu. Pastikan pentadbir mematuhi semua syarat dan keperluan undang-undang.

Kedua, senaraikan semua aset dan liabiliti si mati secara teliti, lengkap dan sempurna. Lakukan penilaian harta secara profesional, Paling penting untuk pentadbir atau pihak yang dilantik mewujudkan rekod tersusun bagi semua butiran harta secara jelas. Semua rekod harta berkenaan mungkin perlu disemak atau diaudit semula, kemudian.

Ketiga, segera langsaikan hutang dan cukai si mati. Elakkan kelewatan atau tunggakan. Ini boleh mendatangkan penalti. Kesannya kerugian kepada si waris.

Keempat, pentadbir perlu asingkan akaun peribadi daripada akaun pentadbiran harta pusaka. Ini antara perkara paling penting. Jangan sesekali campuradukkan kedua-dua akaun berkenaan. Rekodkan semua transaksi bersabit harta si mati secara teliti dan pastikan tiada campur-baur dana peribadi dan harta pusaka, berlaku.

Kelima, maklumkan secara berkala kepada semua waris mengenai status terkini setiap langkah dan urusan pentadbiran harta si mati. Kongsikan dengan waris semua butiran aset atau liabiliti serta agihan harta secara telus.

Keenam, dapatkan nasihat profesional daripada peguam atau akauntan jika ragu-ragu berhubung prosedur atau sebarang isu perundangan. Elakkan membuat keputusan penting secara bersendirian atau mendapatkan nasihat daripada mereka yang tiada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini.

Ketujuh, lengkapkan semua dokumentasi secara sempurna sebelum mengagihkan baki harta kepada semua waris. Simpan semua rekod untuk rujukan masa depan.

Jika semua langkah di atas dibuat secara cermat dan tersusun, pemegang Surat Kuasa Mentadbir dapat menjamin pematuhan sepenuhnya terhadap hak, liabiliti dan tanggungjawab sebagaimana ditetapkan undang-undang.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.