Antara langkah penting yang perlu anda lakukan sebagai penjawat awam sebelum memulakan proses permohonan pinjaman LPPSA untuk beli rumah telah siap adalah menyediakan dokumen wajib. Jika ia tidak disediakan maka LPPSA tidak akan memproses permohonan anda.
Apakah dokumen yang LPPSA perlukan untuk membolehkan mereka memproses permohonon pembiayaan LPPSA anda?
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan;
1. Salinan Perjanjian Jual Beli (SPA)/ Draf SPA/ Sale Proformal Tawaran Untuk
Membeli (OTP).
Ini boleh disediakan oleh peguam yang anda lantik dalam urusan transaksi pembelian rumah anda.
- Salinan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Nota: Sekiranya pembelian rumah siap dari pemaju/ kontraktor.
- Surat Perintah Mahkamah/ Pejabat Tanah yang membenarkan pemegang amanah menjual harta si mati.
Nota: Sekiranya 'Pemilik Hartanah' telah meninggal dunia.
- Salinan penyata baki hutang penjual yang mash berkuat kuasa semasa permohonan dikemukakan.
Nota: Sekiranya hartanah yang dibeli masih mempunyai baki pembiayaan dengan institusi pembiayaan.
- Salinan surat perintah mahkamah yang melantik Pelikudasi bagi pemaju perumahan yang diisytiharkan bankrap berserta Notice Of Appointment And Situation Of Office Or Liquidator (Form 70) dan Notice Of Change In Situation Of Office Of Liquidator (Form 73).
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada Pelikudasi yang dilantik oleh mahkamah.
ATAU
Notice Of Resolution (Form 11) berserta Notice Of Appointment And Situation Of Office Of Liquidator (Form 72).
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada pemaju perumahan yang digulungkan melalui Annual General Meeting (AGM).
- Salian Kontrak atau Memorandum Jualan daripada Mahkamah atau Pejabat Tanah atau Surat Pengesahan daripada Pentadbir Tana yang mengesahkan pemohon/ pemohon bersama berjaya dalam lelongan.
Nota: Ini adalah sekiranya pembelian ini melibatkan hartanah ini dibeli secara lelong.
ANDA PERLU BANTUAN BAGI PROSES LPPSA?
Jika anda ingin memohon pinjaman LPPSA dan memerlukan bantuan serta peguam dalam penyediaan dokumen di atas, peguam ASCO Law sedia membantu. Tekan link ini untuk menghubungi peguam kami.



