Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

RUMAH SUBSALE: PROSES YANG RAMAI TAK JANGKA

Sir Haikal Koleksi 20262 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk RUMAH SUBSALE: PROSES YANG RAMAI TAK JANGKA
Ruang bacaan RAHCo

(SIR HAIKAL)

Pembelian rumah subsale sering dianggap lebih mudah kerana hartanah telah siap dan boleh diduduki, namun realitinya urus niaga ini melibatkan proses perundangan yang kompleks dan sering menimbulkan isu yang tidak dijangka. Tanpa kefahaman yang jelas, pembeli berisiko menghadapi kelewatan, kos tambahan dan masalah undang-undang yang berpanjangan.

Antara isu utama ialah apabila pemilik berdaftar telah meninggal dunia. Dalam keadaan ini, waris perlu mendapatkan Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir, dan dalam kes tertentu Perintah Jualan Mahkamah, sebelum rumah boleh dijual. Proses ini boleh mengambil masa yang panjang, terutamanya jika melibatkan ramai waris atau pertikaian keluarga. Terdapat kes di mana urus niaga tergendala lebih setahun kerana masih belum selesai urusan probet/pentadbiran harta pusaka si Mati, menyebabkan pembeli menanggung kos tambahan.

Bagi hartanah yang masih belum mempunyai geran individu atau strata, proses perfection of transfer dan perfection of charge perlu disempurnakan sebelum hak milik dan cagaran dapat didaftarkan. Kelewatan sering berlaku akibat isu pemaju, caj pentadbiran yang tinggi atau kelulusan pihak berkuasa yang mengambil masa, sekali gus menjejaskan pengeluaran pinjaman bank.

Isu pindah milik turut menjadi cabaran, khususnya perbezaan antara pindah milik terus (direct transfer) dan pindah milik berganda (double transfer). Walaupun pindah milik terus boleh menjimatkan kos dan masa, ia tidak terpakai dalam semua keadaan. Sekiranya pindah milik berganda diperlukan, pembeli perlu bersedia dengan kos duti setem dan tempoh pendaftaran yang lebih panjang.

Pindahmilik melalui Perfection, Direct Transfer, atau Double Transfer adalah tertakluk kepada persetujuan dan kebenaran Pemaju.

Hartanah pegangan pajakan pula lazimnya tertakluk kepada sekatan kepentingan dan memerlukan kelulusan pihak berkuasa negeri sebelum pindah milik boleh disempurnakan. Proses mendapatkan kebenaran ini boleh mengambil masa beberapa bulan dan berpotensi menangguhkan keseluruhan urus niaga.

Dari sudut fizikal, rumah subsale biasanya dijual atas dasar “as is where is”, dan sebarang kerosakan atau ubah suai tanpa kelulusan menjadi tanggungjawab pembeli selepas pindah milik. Masalah seperti kebocoran, pendawaian lama atau pengubahsuaian tidak diluluskan sering hanya dikesan selepas proses subsale selesai. Jadi, pembeli perlu semak dengan teliti dahulu rumah tersebut sebelum membuat sebarang tindakan atau menandatangani sebarang dokumen dan meneruskan dengan proses subsale tersebut.

Secara keseluruhan, pembelian rumah subsale memerlukan penelitian yang rapi kerana ia melibatkan risiko undang-undang, kewangan dan praktikal yang tidak boleh dipandang ringan. Sebagai pembeli, pembeli haruslah berfikiran panjang dan menyeluruh terhadap pembelian suatu asset. Pembeli perlu bijak dan semak keadaan rumah serta tanah hartanah tersebut untuk mengelakkan isu-isu yang mungkin berbangkit di kemudian hari. Dengan mendapatkan nasihat guaman lebih awal dan memahami proses yang terlibat, pembeli dapat mengurangkan risiko serta memastikan urus niaga berjalan dengan lebih lancar.

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.