Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

RUMAH SIAP RENOVASI – UNTUNG ATAU RUGI?

Ms Liana Koleksi 20263 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk RUMAH SIAP RENOVASI – UNTUNG ATAU RUGI?
Ruang bacaan RAHCo

Dalam pasaran hartanah hari ini, rumah siap renovasi semakin mendapat perhatian pembeli, khususnya bagi rumah subsale. Konsep “beli dan terus masuk duduk” menjadi tarikan utama, terutama bagi mereka yang tidak mahu pening kepala menguruskan kontraktor, memilih material atau memantau kerja ubah suai. Namun begitu, persoalannya “adakah membeli rumah yang sudah siap direnovasi benar-benar satu keputusan yang menguntungkan, atau sebenarnya berisiko merugikan?”.

Dari sudut kelebihan, rumah siap renovasi menawarkan penjimatan masa dan tenaga. Pembeli tidak perlu mencari dan membuat perbandingan antara kontraktor-kontraktor yang bagus serta menunggu berbulan-bulan untuk kerja pengubahsuaian siap. Segalanya telah tersedia dari segi pemilihan material dan konsep kabinet dapur, plaster siling, kedudukan soket sehinggalah kemasan lantai dan cat dinding.

Bagi pembeli rumah pertama atau mereka yang ingin segera berpindah atau perlukan kediaman segera, situasi ini jelas memberi kelebihan dan sudah pasti menjadi pilihan.

Selain itu, pembelian rumah siap direnovasi ini, kos keseluruhanya lebih mudah dirancang kerana harga rumah sudah merangkumi kos ubah suai dan tiada caj tersembunyi, sekali gus mengelakkan perbelanjaan besar selepas pembelian dan pembeli juga dapat merancang kewangan dengan lebih berhemah bagi mengelakkan sebarang kerugian dan pembaziran.

Tambahan pula, sekiranya rumah yang telah siap direnovasi menepati citarasa pembeli dari sudut nilai seni dan tarikan konsep yang menarik dan praktikal, nilai pasaran sesebuah rumah tersebut mampu melonjak dengan harga yang lebih tinggi sekaligus menguntungkan pihak pembeli.

Namun begitu, terdapat juga beberapa risiko yang perlu dipertimbangkan. Kebiasaannya, harga rumah siap renovasi lebih tinggi kerana pemilik telah memasukkan kos ubah suai serta margin keuntungan dalam harga jualan. Dalam sesetengah keadaan, kualiti kerja renovasi mungkin tidak setanding dengan harga yang dibayar.

Ada renovasi yang hanya menitikberatkan aspek kosmetik iaitu kelihatan cantik di luar tetapi mempunyai isu tersembunyi seperti pendawaian lama, kebocoran atau kerja struktur yang tidak kemas serta penggunaan material yang murah dan tidak berkualiti. Tambahan pula, reka bentuk dan susun atur yang dipilih mungkin tidak menepati cita rasa pembeli kerana cita rasa setiap individu itu adalah berbeza sama sekali.

Ada juga risiko yang paling besar tetapi sering diabaikan iaitu apabila renovasi dibuat tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan struktur renovasi tersebut dibuat tanpa pelan yang diluluskan oleh pihak PBT. Maka sekiranya perkara ini berlaku, pihak pembeli berisiko untuk disaman oleh pihak PBT dan jika kelulusan masih gagal diperolehi pembeli terpaksa merobohkan binaan tersebut atau mereka akan menghadapi kesukaran untuk penjualan semula rumah tersebut.

Kesimpulannya, sama ada rumah siap renovasi itu untung atau rugi ianya tiada jawapan mutlak tetapi bergantung kepada keperluan dan kemampuan seseorang individu. Jika anda mementingkan kemudahan dan mahu terus menetap tanpa perlu memikirkan soal ubah suai, ia mungkin pilihan yang berbaloi. Namun, jika anda mempunyai masa, idea sendiri dan mahu mengawal kos secara terperinci, membeli rumah dalam keadaan asal mungkin lebih sesuai.

Apa jua pilihan, lakukan perbandingan harga dan pemeriksaan teliti serta dapatkan nasihat profesional sebelum membuat keputusan agar pelaburan hartanah anda benar-benar memberi pulangan yang memuaskan tanpa mengalami kerugian.

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.