Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

REFINANCE RUMAH: BAGAIMANA CARA REFINANCE PINJAMAN LPPSA

Collection 20246 min read · estimate
Editorial illustration for REFINANCE RUMAH: BAGAIMANA CARA REFINANCE PINJAMAN LPPSA
RAHCo reading room

Pinjaman perumahan adalah komitmen kewangan jangka panjang yang lazim bagi kebanyakan rakyat negara ini. Satu daripada pilihan yang sering dipertimbangkan untuk menguruskan pinjaman ini secara lebih berkesan ialah dengan cara refinance atau pembiayaan semula.

Dalam hal ini, bagi penjawat awam yang membuat pinjaman perumahan menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), proses refinance mungkin agak berbeza berbanding pinjaman bank konvensional. Artikel ini akan membincangkan langkah-langkah dan beberapa aspek utama yang harus menjadi antara pertimbangan penting dalam melakukan refinance pinjaman LPPSA.

REFINANCE RUMAH: APAKAH ITU REFINANCE LPPSA?

Pertama-tama, ini kena faham terlebih dahulu - apa itu refinance atau pembiayaan semula? Dalam bahasa mudah faham, refinance atau pembiayaan semula adalah merujuk kepada proses mendapatkan pinjaman baharu untuk menggantikan pinjaman sedia ada.

Ini bertujuan mendapatkan terma dan syarat pinjaman yang lebih menguntungkan, seperti kadar faedah yang lebih rendah, tempoh pembayaran yang lebih panjang atau kedua-duanya sekali. Bagi pinjaman LPPSA, refinance biasanya dilakukan dengan menukar pinjaman sedia ada itu kepada pinjaman bank konvensional. Untuk lebih memahami LPPSA, anda dapat baca di sini. [APAKAH ITU SKIM PEMBIAYAAN LPPSA DAN APA PILIHAN ANDA]

REFINANCE RUMAH: BOLEHKAH REFINANCE PINJAMAN LPPSA KEPADA PINJAMAN BANK?

Ini mungkin antara persoalan yang bermain di fikiran anda. Refinance merupakan pembiayaan semula pinjaman. Ia melibatkan pembayaran pinjaman sedia ada dengan menggantikannya dengan pinjaman yang baharu dengan terma dan syarat yang berlainan.

Ia seperti meminjam wang sekali lagi dari bank (yang sedia ada atau yang baharu) di bawah perjanjian yang baharu bagi melangsaikan hutang pinjaman perumahan anda yang sedia ada. Jika anda ingin membuat refinance pinjaman LPPSA kepada pinjaman bank, anda juga boleh berbuat demikian. Tetapi, mungkin ada yang tertanya, bukankah LPPSA mempunyai banyak kelebihan? Maka, mengapa mahu buat refinance?

REFINANCE RUMAH: MENGAPA REFINANCE PINJAMAN LPPSA?

Lazimnya ada banyak sebab mengapa seseorang membuat refinance pinjaman LPPSA. Berikut sebahagian daripadanya.

Kadar faedah lebih rendah: Bank-bank mungkin menawarkan kadar faedah yang lebih kompetitif berbanding LPPSA.

Fleksibiliti: Pinjaman bank biasanya menawarkan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti dalam penstrukturan semula pinjaman.

Peluang untuk pengeluaran tunai: Sesetengah bank membenarkan pengeluaran tunai semasa refinance untuk tujuan-tujuan tertentu.

Sebab lain orang membuat refinance LPPSA ialah ia seolah-olah seseorang membuat pinjaman LPPSA yang kedua. Ini adalah teknik yang tidak diketahui ramai. Bagi memohon pembiayaan kedua, LPPSA menetapkan baki hutang pinjaman LPPSA yang pertama harus selesai sepenuhnya.

Kelayakan pembiayaan kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50 peratus daripada daripada gaji. Justeru, anda perlu semak baki pinjaman LPPSA untuk tahu ini. Untuk semakan LPPSA, anda boleh rujuk LPPSA online.

REFINANCE RUMAH: LANGKAH-LANGKAH REFINANCE PINJAMAN LPPSA

Berikut ialah antara langkah yang perlu diikuti bagi membuat refinance pinjaman LPPSA.

  1. Semak kelayakan:

Pastikan anda telah membayar pinjaman LPPSA untuk sekurang-kurangnya dua tahun.

Semak baki LPPSA semasa dan tempoh baki.

  1. Dapatkan kelulusan LPPSA:

Mohon kebenaran bertulis daripada LPPSA untuk melakukan refinance.

Sediakan surat rasmi menyatakan hasrat untuk refinance dan sebab-sebabnya.

  1. Cari dan bandingkan tawaran bank:

Hubungi beberapa bank untuk mendapatkan pakej refinance.

Bandingkan kadar faedah, tempoh pinjaman dan yuran berkaitan.

4. Sediakan dokumen yang diperlukan

Slip gaji terkini

Salinan kad pengenalan

Salinan geran harta

Penyata pinjaman LPPSA terkini

  1. Mohon pinjaman baharu:

Pilih bank yang menawarkan pakej terbaik.

Lengkapkan borang permohonan dan sertakan semua dokumen yang diperlukan.

6. Penilaian harta

Bank akan menjalankan penilaian semula harta anda.

Ini penting untuk menentukan nilai semasa dan jumlah pinjaman yang boleh ditawarkan.

  1. Kelulusan pinjaman:

Setelah diluluskan, bank akan mengeluarkan surat tawaran.

Baca dengan teliti dan fahami semua terma dan syarat sebelum menandatangani.

8. Proses guaman

Lantik peguam untuk menguruskan pemindahan hakmilik dan dokumentasi berkaitan.

Peguam akan menguruskan pelepasan gadaian dari LPPSA dan pendaftaran gadaian baharu kepada bank.

  1. Penyelesaian pinjaman LPPSA:

Bank baharu akan menyelesaikan baki pinjaman LPPSA.

Pastikan anda mendapat pengesahan pelepasan gadaian dari LPPSA.

REFINANCE RUMAH: PERTIMBANGAN PENTING

Sebelum memutuskan untuk melakukan refinance pinjaman LPPSA, pertimbangkan faktor-faktor berikut:

Kos refinance: Ambil kira yuran guaman, duti setem dan yuran pemprosesan bank.

Tempoh pinjaman: Refinance untuk tempoh yang lebih panjang mungkin mengurangkan bayaran bulanan tetapi meningkatkan jumlah faedah yang perlu dibayar.

Penalti prabayaran: Periksa sama ada LPPSA mengenakan sebarang penalti untuk penyelesaian awal.

Kelayakan kredit: Pastikan rekod kredit anda baik untuk mendapatkan tawaran yang kompetitif dari bank.

SELAIN ITU, AMBIL TAHU MENGENAI BEBERAPA PERKARA BERIKUT SEBELUM MEMBUAT REFINANCE LPPSA. TEMPOH TERKUNCI (LOCK-IN PERIOD)

Anda juga perlu tahu mengenai beberapa perkara teknikal. Ini termasuklah apa yang dikenali sebagai "tempoh terkunci (lock-in period)" bagi refinance atau pembiayaan semula pinjaman. Biasanya ada tempoh terkunci yang ditetapkan pihak bank bagi menghalang penjualan rumah terlalu awal sebelum faedah dan prinsipal habis dibayar. Kebiasaannya tempoh berkenaan adalah di antara tiga (3) tahun dan lima (5) tahun.

KOS PEMBIAYAAN SEMULA

Ini juga penting untuk diperhatikan. Anda perlu menyediakan sejumlah wang untuk perkara berkaitan. Ini termasuklah yuran pemprosesan bank, bayaran guaman, duti setem, bayaran pelepasan, MRTA yang baharu dan yuran perjanjian jual beli (SPA).

LAPORAN CCRIS ATAU CTOS

Laporan ini menunjukkan tahap "kesihatan kewangan" semasa anda. Ini termasuklah senarai pinjaman bank semasa, aset dan liabiliti dan kes kebankrapan atau senarai hitam, jika ada. Kelulusan pinjaman oleh pihak bank banyak bergantung pada laporan CCRIS seseorang peminjam.

Ternyata refinance pinjaman LPPSA mampu menjadi strategi berkesan untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih baik. Bagaimanapun, ia memerlukan perancangan teliti dan pertimbangan menyeluruh terhadap kos dan manfaat jangka panjang.

Sangat penting untuk membuat perbandingan menyeluruh dan mendapatkan nasihat profesional sebelum membuat keputusan. Dengan pendekatan yang bijak, refinance LPPSA boleh membantu anda menjimatkan wang dan mencapai matlamat kewangan anda dengan lebih cepat.

APAKAH ITU SKIM PEMBIAYAAN LPPSA DAN APA PILIHAN ANDA

Anda dikehendaki untuk memilih di antara dua jenis Skim Pembiayaan semasa membuat permohonan di atas talian Pembiayaan LPPSA iaitu sewaktu anda di halaman untuk mengisi maklumat awal pembiayaan anda.

Oleh hal demikian, cara pengurusan pinjaman anda tertakluk kepada jenis skim pembiayaan yang anda pilih. Skim pembiayaan kerajaan sediakan adalah terbahagi kepada dua iaitu:-

SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (SPPSA) – KONVENSIONAL

Jika anda memilih untuk menggunakan jenis skim konvensional ini anda diwajibkan untuk mengambil insurans. Dari segi kadar faedah pembiayaan SPPSA, kadar ditetapkan sebanyak 4% setahun atas amaun pembiayaan anda yang diluluskan. Perkiraan kadar faedah dibuat atas baki pokok pembiayaan setiap bulan.

Kadar faedah jika peminjam SPPSA yang meninggalkan perkhidmatan masih dikekalkan pada kadar 4% tetapi dengan syarat peminjam hendaklah membayar pembiayaan secara sekaligus dalam tempoh 30 hari daripada tarikh meninggalkan perkhidmatan. Sekiranya gagal, kadar faedah akan dikenakan sebanyak 7% setahun atas baki pokok.

SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM SECARA ISLAM (SPPSAI) – ISLAMIK

SPPSAi pula merupakan skim pinjaman secara Islam yang mengikut Prinsip ‘Al- Bai Bithaman Ajil’ bermaksud jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan hartanah yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran balik harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan dan dengan bayaran secara ansuran.

Bagi kadar keuntungan pembiayaan SPPSAi, kadar ditetapkan sebanyak 7% setahun. Pengiraan dibuat atas baki pokok pembiayaan setiap bulan. Peminjam akan terus menikmati kadar keuntungan 4% setahun melalui Prinsip Muqasah dalam setiap ansuran bayaran balik pembiayaan selagi peminjam berkhidmat dengan Kerajaan dan tidak melakukan kemungkiran.

Walau bagaimanapun Prinsip Muqasah tidak boleh dinikmati oleh peminjam yang meninggalkan perkhidmatan. Tambahan pula, bagi perlindungan terhadap pinjaman, peminjam SPPSAi diwajibkan mengambil takaful. Oleh hal demikian, pemilihan skim pembiayaan ini bergantung kepada anda sendiri sama ada anda memilih untuk konvensional atau secara Islam.

Kedua-dua skim ini mempunyai perbezaan yang besar berdasarkan kepada metodologi dokumentasi perundangan yang perlu dilaksanakan oleh peguam yang anda lantik untuk melaksanakan dokumentasi pembiayaan LPPSA.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.