Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

PROSES PINDAHMILIK RUMAH SUBSALE

Koleksi 20263 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk PROSES PINDAHMILIK RUMAH SUBSALE
Ruang bacaan RAHCo

PROSES PINDAHMILIK RUMAH SUBSALE

Pembelian rumah subsale merujuk kepada urus niaga jual beli rumah yang telah dimiliki oleh seseorang dan dijual semula kepada pembeli baharu. Proses pindah milik rumah subsale merupakan satu prosedur yang penting bagi memastikan hak milik hartanah berpindah secara sah daripada Penjual kepada Pembeli mengikut undang-undang yang ditetapkan. Proses ini melibatkan beberapa pihak seperti Penjual, Pembeli, Peguam, Bank, P ejabat Tanah dan juga Pemaju (dalam kes -kes tertentu).

Langkah pertama dalam proses pindah milik rumah subsale ialah persetujuan syarat dan terma jual beli di antara Penjual dan Pembeli. Pada peringkat ini, kedua-dua pihak akan bersetuju terhadap harga rumah (termasuk amaun Deposit dan Baki Harga Jualan) serta terma dan syarat yang dipersetujui. Seterusnya, satu Perjanjian Jual Beli ( Sale and Purchase Agreement ) akan disediakan oleh peguam dimana SPA atau SNP ini merupakan dokumen rasmi yang mengikat penjual dan pembeli dari segi undang-undang.

Selepas SPA dita ndatangani, pembeli perlu menjelaskan bayaran pendahuluan (atau wang deposit), kebiasaannya sebanyak 10 peratus daripada harga rumah (bergantung dengan persetujuan pihak-pihak dan Offer/Agreement to Purchase). Jika pembeli membuat pembelian melalui pinjaman bank, permohonan pinjaman perumahan perlu diluluskan oleh pihak bank. Pihak bank kemudiannya akan melantik peguam untuk menguruskan dokumentasi pinjaman dan memastikan cagaran ke atas hartanah dibuat dengan betul.

Sekiranya rumah yang dijual/dibel i tertakluk kepada Syarat – Syarat Yang Perlu Dipenuhi (Condition Precedent), Penjual atau Pembeli haruslah memenuhi syarat ini terlebih dahulu sebelum proses Jual Beli dapat diteruskan. Sekiranya rumah adalah kategori Rumah Kos Rendah, Kos Sederhana Renda h atau Rumah Kawalan, maka Pembeli harus mendapatkan Surat Kelulusan Kebenaran Pindahmilik daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sekiranya rumah adalah tertakluk kepada Sekatan Kepentingan seperti contohnya, pada Geran dinyatakan “Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindah milik, dipajak atau digadai melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri” maka Penjual harus membuat permohonan untuk mendapatkan Surat Kelulusan Kebenaran Pindahmilik dan sekiranya Pembeli membuat pembiayaan melalui pinjaman Ban k, maka Pembeli harus mendapatkan Surat Kelulusan Kebenaran Menggadai.

Langkah seterusnya ialah proses penyelesaian baki harga rumah. Peguam pembeli akan berurusan dengan peguam penjual untuk memastikan hutang tertunggak seperti baki pinjaman penjual, cuka i pintu, cukai tanah dan bil utiliti diselesaikan sepenuhnya. Setelah semua bayaran diselesaikan, dokumen pindah milik iaitu Borang 14A akan dikemukakan ke Pejabat Tanah bagi tujuan pendaftaran hak milik baharu.

Akhir sekali, setelah pindah milik didaftark an dan nama pembeli direkodkan sebagai pemilik baharu, rumah tersebut secara rasmi menjadi milik pembeli. Kunci rumah akan diserahkan dan pembeli boleh mula menduduki atau menggunakan hartanah tersebut. Proses ini menandakan selesainya urusan pindah milik rumah subsale secara sah.

Kesimpulannya, proses pindah milik rumah subsale memerlukan ketelitian dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Penglibatan peguam yang berpengalaman amat penting bagi memastikan setiap prosedur dipatuhi dan hak pembeli s erta penjual dilindungi. Dengan pengurusan yang sistematik, proses pindah milik rumah subsale dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.