Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

PERKARA WAJIB SEMAK SEBELUM TANDATANGAN SPA BAGI PENJUAL DAN PEMBELI

Collection 20267 min read · estimate
Editorial illustration for PERKARA WAJIB SEMAK SEBELUM TANDATANGAN SPA BAGI PENJUAL DAN PEMBELI
RAHCo reading room

Dalam keterujaan kita untuk membeli dan menjual rumah, adalah amat penting bagi kedua-dua pihak, Penjual dan Pembeli untuk memastikan hak-hak kita terpelihara. Jadi, dalam artikel ini kami akan kupaskan sedikit sebanyak mengenai perkara-perkara yang perlu kita semak sebelum kita memulakan langkah jual beli yang pertama iaitu menandatangani Perjanjian Jual Beli atau lebih dikenali sebagai SPA/SNP (Sale and Purchase Agreement).

Sebelum itu, kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan Perjanjian Jual Beli. Perjanjian Jual Beli merupakan satu dokumen undang-undang yang akan menyenaraikan hak kita sebagai Penjual dan juga Pembeli. Adalah penting untuk kita tahu dan faham apa yang telah dinyatakan dalam perjanjian ini kerana setelah perjanjian ini ditandatangani oleh kedua-dua pihak, kedua-dua pihak ini akan terikat dengan terma-terma yang dinyatakan dalam perjanjian ini. Perjanjian ini juga dibuat berdasarkan Akta Kontrak dan Kanun Tanah Negara.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu kita semak sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli.

Pihak yang Terlibat

Ini merupakan perkara pertama yang akan ditulis dalam Perjanjian Jual Beli. Bagi kes yang menggunakan ejen hartanah sebagai orang Tengah, ia merupakan satu kebiasaan bagi penjual dan pembeli untuk tidak mengenali satu sama lain. Tetapi, dinasihatkan agar kedua-dua pihak untuk sekurang-kurangnya mengetahui nama pihak yang terlibat supaya tiada salah faham berlaku. Kita juga perlu tahu berapakah bilangan penjual atau pembeli yang terlibat.

Ini adalah penting, terutamanya jika hartanah tersebut mempunyai lebih daripada seorang penama. Jika salah seorang penama tiada dalam Perjanjian Jual Beli, transaksi ini tidak akan boleh diteruskan.

Status Hartanah

Status hartanah juga adalah penting supaya kita tahu apa jenis hartanah yang kita ingin beli. Adakah tanah ini pegangan selama-lamanya atau pajakan? Jika pajakan selama berapa tahun? Ia juga penting untuk kita ketahui adakah hartanah yang dibeli ini merupakan geran individu atau geran strata atau Master Title. Jika hartanah yang dibeli adalah Master Title, akan ada kos tambahan kepada pembeli apabila geran strata keluar, untuk memastikan pembeli boleh melakukan Perfection of Transfer.

Tak lupa juga, sebelum pembeli membuat Keputusan untuk membeli sesebuah hartanah, adalah penting untuk pembeli mengetahu jika hartanah tersebut mempunyai sekatan atau bebanan. Ini adalah kerana, kewujudan sekatan dan bebanan ini boleh menyebabkan tempoh proses ini selesai mengambil masa yang lama bergantung kepada jenis sekatan yang ada.

Harga Bayaran dan Cara Bayaran

Ini adalah perkara yang paling wajib dan tak boleh dilepas pandang oleh Pembeli. Kalau dah nama Jual Beli, mesti ada bayaran. Jadi, sebelum tandatangan kita perlu semak dan pastikan harga yang dimasukkan dalam Perjanjian Jual Beli adalah sama seperti yang dibincangkan. Kita juga perlu pastikan cara bayaran yang jelas dinyatakan dalam perjanjian supaya kita bersedia untuk membuat bayaran untuk mengelakkan kita dedenda.

Default Clause

Apa itu default clause? Default clause ini adalah klausa yang akan memberitahu Penjual dan Pembeli apabila ada pihak yang melanggar perjanjian. Ini kerana, apabila kita telah menandatangani perjanjian jual beli, kita akan terikat dengan perjanjian ini. Jadi, jika ada pihak yang langar perjanjian ini, pihak yang melanggar perlu membayar penalti kepada pihak lagi satu. Klausa ini bergantung kepada perjanjian masing-masing Cuma secara kebiasaannya, 10% daripada harga jual beli akan diambil sebagai jumlah penalti yang perlu dibayar kepada pihak lagi satu.

Tempoh Penyelesaian

Ini adalah tempoh yang ditetapkan yang perlu dituruti oleh pihak yang terlibat dalam perjanjian ini. Bagi penjual rumah subsale, kebiasaannya tempohnya adalah 90 hari bekerja selepas penyempurnaan Borang Pindahmilik atau Borang 14A dan 30 hari bekerja sebagai tempoh tambahan (extended completion date).

Kadar Faedah Lewat Bayar (Late Payment Interest)

Kedua-dua pihak perlu mengambil tahu berapakah kadar yang perlu dibayar jika ada kelambatan dari mana-mana pihak. Kebiasaannya adalah sebanyak 8% per annum tetapi nilainya boleh berubah mengikut perjanjian yang ditandatangani.

Penyerahan Kunci

Klausa ini menggariskan tempoh yang perlu bagi penjual membuat penyerahan kunci kepada pembeli. Jika terdapat apa-apa kelambatan dari pihak penjual, maka penjual perlu dicaj mengikut bilangan hari penjual gagal menyerahkan kunci. Kebiasannya dalam masa 5 hari selepas penjual mendapat bayaran daripada pihak peguam, penjual perlu menyerahkan kunci kepada pembeli.

Bayaran lain yang perlu ditanggung

Bayaran-bayaran seperti cukai tanah, cukai pintu, bil elektrik, bil air, maintenance fee dan sebagainya perlu dijelaskan oleh penjual sehinggalah pendaftaran nama pembeli telah Berjaya dibuat. Selepas nama pembeli Berjaya didaftarkan, pembeli pula akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan bayaran-bayaran tersebut.

Bil Guaman dan Duti Setem

Dalam perjanjian jual beli juga akan dinyatakan bahawa setiap pihak perlu membayar bil guaman masing-masing dan duti setem perlu ditanggung oleh pembeli sendiri. Pembeli juga perlu tahu hak mereka jika mereka layak mendapatkan pengecualian duti setem.

Special Condition

Jika terdapat sebarang perkara yang telah dipersetujui di luar perjanjian, kebiasaannya pihak peguam akan memasukkan klausa tambahan di bahagian Special Condition. Ini adalah penting supaya kita dapat memastikan persetujuan tersebut masih terpakai setelah kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian ini.

Cukai Keuntungan Harta Tanah

Apabila terdapatnya transaksi jual beli, penjual akan mendapat keuntungan daripada hasil jualan tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab penjual untuk membayar cukai keuntungan harta tanah tersebut kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri. Namun, terdapat beberapa situasi di mana penjual diberi pengecualian daripada membayar cukai tersebut. Jadi, pjika penjual ingin mendapatkan pengecualian, penjual perlu memastikan segala syarat dipenuhi.

Antara pengecualian yang biasa diguna pakai oleh penjual adalah apabila tempoh milikan hartanah tersebut adalah lebih daripada 5 tahun dan juga di bawah Seksyen 8 iaitu pelupusan rumah kediaman yang mana hanya boleh digunakan sekali seumur hidup Sahaja.

Tanah Rizab Melayu / Bumi Lot

Sebelum membeli mana-mana hartanah, jangan lupa semak samada hartanah tersebut berstatus bumi lot atau rizab melayu. Ini kerana tanah tersebut hanya boleh dibeli oleh orang Melayu dan individu yang berstatus bumiputera sahaja.

Jadi, itulah sedikit sebanyak perkara yang wajib disemak oleh penjual dan pembeli sebelum kita menandatangani perjanjian jual beli. Jadi, perkara seterusnya yang akan kita bincangkan ialah kesilapan biasa pembeli.

Kesilapan Biasa Pembeli

Tandatangan perjanjian jual beli sebelum mendapat kelulusan pinjaman

Bagi pembeli yang ingin membeli hartanah dengan menggunakan pinjaman, secara undang-undang adalah tidak menjadi kesalahan untuk kita menandatangani perjanjian jual beli sebelum mendapat kelulusan pinjaman. Namun, terdapat risiko bahawa pinjaman kita mungkin belum lulus. Jadi, bergantung kepada klausa dalam perjanjian jual beli kita, jika klausanya membenarkan pembatalan perjanjian ini jika pinjaman tidak lulus makai a tidak akan menjadi masalah.

Apa yang dirisaukan adalah apabila tiada klausa yang membenarkan pembatalan, pembeli masih perlu meneruskan pembelian hartanah tersebut. Pembatalan juga akan menyebabkan pembeli perlu membayar penalti kepada penjual sebagai pampasan ganti rugi kepada penjual. Jadi, seeloknya pembeli perlu menandatangani perjanjian jual beli setelah mendapatkan kelulusan pinjaman untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Tidak baca dan faham perjanjian jual beli

Ini merupakan perkara asaslah. Menjadi satu kewajipan kepada mana-mana individu yang ingin menandatangani apa jenis perjanjian untuk semak, baca dan faham apakah yang dinyatakan dalam perjanjian yang ingin ditandatangani itu. Ini kerana, sebaik sahaja kedua-dua pihak telah menyempurnakan perjanjian tersebut, kedua-dua pihak akan terikat dengan perjanjian itu dan perlu mengikut apa yang telah ditetapkan. Sebarang pelanggaran dari mana-mana pihak akan menyebabkan pihak yang melanggar perjanjian ini untuk membayar penalty kepada pihak satu lagi.

Tidak memaham default clause.

Default clause merupakan klausa yang paling ditakuti oleh penjual dan pembeli. Ini adalah kerana kesilapan daripada mana-mana pihak yang menyebabkan klausa ini terpakai akan menyebabkan kerugian wang ringgit.

Tips Elak Masalah di Kemudian Hari

Lantik peguam sendiri

Tidak dinafikan bahawa melantik peguam sendiri berbanding menggunakan peguam yang sama bagi penjual dan pembeli mahupun pemaju akan melibatkan kos tambahan. Namun, adalah penting untuk mempunyai peguam kita sendiri yang dapat membantu kita jika terdapat masalah yang timbul sepanjang proses ini berlaku. Peguam akan berfungsi sebagai perunding jika ada perkara yang berbangkit. Peguam juga merupakan pemegang amanah bagi penjual dan pembeli bagi mengelakkan risiko ditipu dan duit dibawa lari. Peguam juga boleh memberi nasihat awal jika terdapat risiko yang mungkin akan timbul di kemudian hari.

Baca dan fahami klausa dalam perjanjian jual beli

Seperti yang telah dijelaskan pada awal artikel ini, ia amatlah penting bagi kedua-dua pihak untuk faham klausa dalam perjanjian supaya kita tahu perkara yang perlu kita lakukan dan elakkan, terutamanya klausa pembatalan, penalti dan hak kita sebagai penjual dan pembeli.

Rekod setiap transaksi dan perbualan

Seperti peribahasa ‘sediakan payung sebelum hujan’, adalah penting untuk kita bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku. Ini adalah untuk kita menyelamatkan diri apabila terdapat isu yang timbul. Dengan adanya rekod atau “screenshot” bagi setiap transaksi dan perbualan, ia boleh menjadi bukti pada waktu yang diperlukan.

Lantik penilai sendiri bagi mendapatkan nilai rumah sebenar

Perkara ini adalah penting bagi penjual yang ingin memastikan rumah yang dijual adalah mengikut harga pasaran yang sebenar dan dapat mengelakkan daripada menjual rumah dengan harga yang rendah.

Kesimpulannya, menjual dan membeli rumah merupakan perkara yang besar jadi sebagai penjual dan pembeli kita perlu mengambil kira banyak perkara untuk memastikan kita tidak melakukan kesilapan yang melibatkan kerugian dari segi wang ringgit serta tenaga kita. Jadilah penjual dan pembeli yang bijak dan berilmu untuk mengelakkan kita ditipu.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.