Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

PERFECTION OF TRANSFER (POT): APA YANG ANDA PERLU TAHU?

Sir Shahrul Collection 20253 min read · estimate
Editorial illustration for PERFECTION OF TRANSFER (POT): APA YANG ANDA PERLU TAHU?
RAHCo reading room

Dalam transaksi hartanah di Malaysia, Perfection of Transfer (POT) merujuk kepada proses rasmi pemindahan hak milik kepada pembeli setelah hak milik individu atau strata dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Proses ini sangat penting kerana ia memastikan pembeli menjadi pemilik sah yang didaftarkan dalam dokumen hak milik. Sekiranya proses ini tidak diselesaikan, pembeli mungkin menghadapi pelbagai kesulitan seperti kesukaran menjual hartanah, mendapatkan pinjaman perumahan atau menyertai badan pengurusan hartanah berstrata.

Hal Ini kerana hak milik hartanah tersebut masih terletak atas nama pemaju dan bukan pembeli yang sebenar. Selain itu, dari segi perundangan, hanya pemilik yang berdaftar mempunyai hak penuh terhadap hartanah berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965.

Proses POT boleh mengambil masa beberapa bulan bergantung kepada kelengkapan dokumen dan kecekapan pihak yang terlibat. Setelah hak milik individu atau strata dikeluarkan, pemaju akan memberitahu pembeli atau peguam mereka tentang keperluan untuk menyempurnakan proses ini. Pembeli perlu melantik peguam untuk menyediakan Memorandum of Transfer (MOT) yang kemudiannya akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu pemaju dan pembeli. MOT ini adalah dokumen penting yang mengesahkan pemindahan hak milik secara rasmi daripada pemaju kepada pembeli.

Setelah ditandatangani, MOT perlu dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dinilai duti setem, yang dikenakan berdasarkan nilai hartanah tersebut. Proses penilaian ini bertujuan memastikan bahawa jumlah duti setem yang dibayar adalah mengikut kadar yang ditetapkan dalam Akta Setem 1949. Selepas pembayaran duti setem dilakukan, MOT akan didaftarkan di Pejabat Tanah, dan nama pembeli akan dikemas kini dalam dokumen hak milik, menjadikannya pemilik sah secara rasmi. Tanpa pendaftaran ini, hak pemilikan pembeli tidak diiktiraf secara sah oleh pihak berkuasa..

Oleh itu, proses bagi POT boleh diringkaskan seperti di bawah:

Pemberitahuan Hak Milik

Setelah hak milik individu atau strata dikeluarkan, pemaju akan memaklumkan kepada pembeli atau peguam mereka mengenai keperluan untuk melengkapkan proses POT.

Pelantikan Peguam

Pembeli perlu melantik peguam untuk menyediakan MOT yang kemudian akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak (pemaju dan pembeli).

Penilaian dan Bayaran Duti Setem

MOT akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dinilai duti setem, yang dikenakan berdasarkan nilai hartanah.

Pendaftaran di Pejabat Tanah

Setelah duti setem dibayar, MOT akan didaftarkan di Pejabat Tanah, dan nama pembeli akan dikemas kini sebagai pemilik sah dalam dokumen hak milik.

Selain daripada proses pemindahan hak milik, pembeli juga perlu memahami dokumen dan kos yang terlibat dalam POT. Antara dokumen yang diperlukan termasuk salinan kad pengenalan, perjanjian jual beli, salinan hak milik individu atau strata, serta resit pembayaran cukai tanah dan cukai taksiran terkini.

Kos untuk menyempurnakan POT pula merangkumi yuran guaman yang ditentukan mengikut nilai hartanah seperti yang dinyatakan dalam Solicitors’ Remuneration Order 2023 (SRO). Selain itu, duti setem dikenakan mengikut nilai hartanah berdasarkan kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tambahan pula, terdapat juga yuran pendaftaran dan pelbagai kos tambahan seperti bayaran carian tanah, kos pemprosesan dan bayaran kepada Pejabat Tanah.

Kos-kos ini penting untuk dipertimbangkan oleh pembeli kerana sebarang kelewatan dalam menyelesaikan pembayaran boleh menyebabkan kelewatan dalam pemindahan hak milik secara rasmi.

Sebagai contoh, terdapat situasi di mana seorang pembeli menangguhkan proses POT selepas hak milik strata dikeluarkan. Seorang individu Bernama Ali membeli sebuah kondominium pada tahun 2018, tetapi setelah hak milik strata dikeluarkan pada tahun 2022, dia enggan menyempurnakan POT kerana tidak mahu menanggung kos tambahan.

Akibatnya, apabila dia ingin menjual hartanah itu pada tahun 2025, pembeli baru menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman perumahan kerana hak milik masih belum dipindahkan atas namanya. Selain itu, jika pembelian hartanah dibiayai melalui pinjaman bank, pembeli juga perlu menyelesaikan Perfection of Charge, yang memastikan bank mempunyai kepentingan sah ke atas hartanah tersebut sehingga pinjaman dilunaskan sepenuhnya.

Tuntasnya, POT merupakan satu proses penting yang memastikan pemilikan sah hartanah didaftarkan atas nama pembeli. Ia bukan sahaja memberi perlindungan dari segi undang-undang tetapi juga mengelakkan pelbagai isu dan komplikasi di masa hadapan. Oleh itu, pemilik hartanah perlu memastikan proses ini dilengkapkan dengan segera selepas hak milik individu atau strata dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.