Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

PENJUALAN HARTANAH BUMI LOT KEPADA BUKAN BUMIPUTERA (PELEPASAN SYARAT KUOTA BUMIPUTERA)

Ms Liana Collection 20254 min read · estimate
Editorial illustration for PENJUALAN HARTANAH BUMI LOT KEPADA BUKAN BUMIPUTERA (PELEPASAN SYARAT KUOTA BUMIPUTERA)
RAHCo reading room

Umum kita ketahui, sekiranya sesuatu hartanah tersebut adalah bumi lot yang dimiliki oleh bumiputera, maka penjualannya juga harus kepada bumiputera. Adalah satu kesalahan undang-undang untuk hartanah tersebut dijual kepada bukan bumiputera. Silap haribulan sekiranya proses penjualan bumi lot tersebut diteruskan kepada bukan bumiputera, pejabat tanah pasti akan menolak permohonan pendaftaran hartanah tersebut ke atas nama pembeli baru bukan bumiputera yang akhirnya transaksi tersebut terpaksa dibatalkan dan ia adalah sia-sia.

Permasalahan yang kami hadapi, tidak dinyatakan status di dalam hakmilik atau geran sama ada sesuatu hartanah itu adalah bumi lot mahupun bukan. Apatah lagi di dalam principal perjanjian jual beli yang sememangnya jarang dinyatakan status bumi lot tersebut kerana principal perjanjian jual beli tersebut tetap merujuk kepada hakmilik atau geran sesuatu hartanah.

Kadang-kadang, hanya ada sekatan kepentingan yang termaktub di dalam hakmilik atau geran yang mana ia ada menyatakan perlu mendapatkan kebenaran pindahmilik dan menggadai daripada pejabat tanah sebelum transaksi di teruskan. Status ini tidak langsung merujuk berkenaan dengan hartanah tersebut adalah kategori bumi lot dan hanya boleh dimiliki oleh bumiputera sahaja. Agak jarang kami temui hakmilik atau geran yang menyatakan tepat dan terus berkenaan sesuatu hartanah tersebut adalah bumi lot.

Sekiranya begitu, maka mudahlah urusan kami untuk meneruskan transaksi. Nasihat sahaja klien untuk menjual hartanah tersebut ke bumiputera.

Kejadian berlaku kepada kami yang mana hakmilik atau geran tidak menyatakan langsung berkenaan dengan status hartanah tersebut adalah bumi lot. Kebetulan pihak pemaju baru sahaja mengeluarkan hakmilik individu atau geran hartanah tersebut akan tetapi pemilikan hartanah masih atas nama pihak pemaju.

Mujurlah begitu kerana sekiranya hakmilik individu atau geran itu masih atas nama pihak pemaju, sebagai rujukan keselamatan pihak kami akan mendapatkan pengesahan daripada pemaju berkenaan butiran-butiran hartanah tersebut. Maka, pengesahan pemaju telah kami terima dan mendapati status hartanah tersebut adalah termasuk dalam kategori bumi lot sedangkan pihak pembeli adalah bukan bumiputera.

Sekiranya pihak kami tidak mendapatkan pengesahan daripada pemaju, sudah tentu pihak kami juga tidak mengetahui status hartanah tersebut merupakan bumi lot.

Lantas pihak kami telah dirujukkan oleh pejabat tanah bagi membuat rayuan permohonan untuk pelepasan syarat kuota bumiputera secara bertulis dengan pihak Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS). Dengan itu, pihak kami telah mendapat maklum balas daripada pihak LPHS berkenaan prosedur yang perlu klien bukan bumiputera kami patuhi untuk meneruskan transaksi tersebut dengan jayanya tanpa halangan.

Dalam surat maklum balas LPHS tersebut kepada pihak kami, mereka telah mempertimbangkan dan meluluskan rayuan permohonan pelepasan syarat kuota bumiputera tersebut dengan dikenakan syarat bayaran balik potongan harga bumiputera sebanyak 7% daripada harga belian asal hartanah tersebut (belian daripada pemilik pertama dengan pemaju) kepada pentadbiran LPHS.

Segala butiran berkenaan bayaran telah ditentukan oleh pihak LPHS seperti yang telah termaktub di dalam surat maklum balas tersebut kepada pihak kami. Selesai sahaja pembayaran balik dibuat kepada LPHS, maka pihak LPHS akan mengeluarkan resit pengesahan pembayaran tersebut dan pihak klien boleh meneruskan transaksi sehingga selesai dan sempurna didaftarkan hartanah tersebut kepada nama pembeli bukan bumiputera tersebut.

Dalam hal ini, mujurlah pihak klien kami iaitu pembeli bukan bumiputera tersebut bersetuju untuk membuat pembayaran tersebut kepada LPHS. Andai kata mereka tidak bersetuju, maka tidaklah ralat kerana transaksi masih diperingkat awal. Cuba anda fikir sekiranya transaksi telah berada diperingkat pendaftaran di pejabat tanah dan kita hanya mengetahui perkara ini di akhir transaksi. Mahu kita sebagai peguam dipersalahkan oleh pihak klien dan ia akan mencemarkan kredibiliti kita sebagai peguam.

Oleh yang demikian, sekiranya kes seperti ini diterima maka sebagai pihak peguam perlu kita teliti dari segala sudut bagi mengelakkan risiko-risiko yang bakal dihadapi. Untuk makluman, pelepasan syarat kuota bumiputera ini bergantung kepada bidang kuasa kerajaan negeri. Maka, diskaun bumi juga agak berbeza mengikut negeri-negeri di Malaysia. Kalau klien bukan bumiputera kami dikenakan bayaran balik sebanyak 7% namun berbeza pula di negeri lain.

Ada juga permohonan pelepasan syarat kuota bumiputera dibuat di pejabat tanah dan mereka memerlukan pemohon membuat surat rasmi dengan menyatakan alasan-alasan yang kukuh untuk menjual hartanah tersebut dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti iklan penjualan hartanah seperti di surat khabar Bahasa Melayu dan Inggeris dan media lain sebanyak 3 kali sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari yang mana menunjukkan penjualan hartanah tersebut telah dibuka kepada bumiputera untuk membelinya namun tiada permintaan.

Penting untuk diingatkan adalah hartanah bumi lot yang telah dilucutkan statusnya tidak menjadikan hartanah tersebut bukan bumi lot selama-lamanya. Sekiranya pemilik bukan bumiputera hartanah tersebut ingin menjual kepada pemilik bukan bumiputera yang lain, mereka perlu membuat permohonan kebenaran untuk memindah milik dan menggadai hartanah tersebut di Pejabat Tanah atau di pihak berkuasa negeri yang berkenaan bagi mengelakkan risiko ketidakbolehdaftaran hartanah tersebut di pejabat tanah.

Semoga bermanfaat!

Mazliana Ahmad Jalaludin

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.