Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

PENJUAL DAN PEMBELI MENGGUNAKAN PEGUAM YANG SAMA

Ms Putri Koleksi 20253 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk PENJUAL DAN PEMBELI MENGGUNAKAN PEGUAM YANG SAMA
Ruang bacaan RAHCo

PENJUAL DAN PEMBELI MENGGUNAKAN PEGUAM YANG SAMA: BOLEH ATAU TIDAK?

Dalam urusan jual beli hartanah, peranan peguam adalah amat penting untuk memastikan segala proses dijalankan mengikut undang-undang. Namun, persoalan sering timbul sama ada penjual dan pembeli boleh menggunakan peguam yang sama untuk menguruskan transaksi tersebut.

Apakah Peranan Peguam dalam Transaksi Jual Beli Hartanah?

Peguam dalam urusan jual beli hartanah bertanggungjawab untuk:

  1. Menyediakan Dokumen:
  • Menyediakan perjanjian jual beli (Sale and Purchase Agreement, SPA).
  • Menyediakan Borang 14A untuk pemindahan hak milik.
  1. Melakukan Semakan:
  • Menyemak status hartanah, termasuk sekatan kepentingan atau bebanan.
  • Memastikan dokumen hak milik adalah sah dan tidak bercanggah dengan undang - undang.
  1. Menjalankan Urusan Pemindahan:
  • Menguruskan bayaran duti setem dan pemindahan hak milik di Pejabat Tanah.
  1. Mewakili Kepentingan Pelanggan:
  • Memberi nasihat undang-undang yang adil dan melindungi hak pelanggan.

Bolehkah Penjual dan Pembeli Menggunakan Peguam yang Sama?

Secara prinsipnya, tiada peruntukan undang -undang yang secara langsung melarang penjual dan pembeli daripada menggunakan peguam yang sama. Namun, terdapat beberapa aspek penting yang perlu dipertimbangkan:

1. Konflik Kepentingan

Peguam mempunyai tanggungjawab utama untuk melindungi kepentingan pelanggan mereka. Dalam situasi di mana penjual dan pembeli menggunakan peguam yang sama, terdapat risiko konflik kepentingan, contohnya:

  • Jika berlaku pertikaian mengenai terma dalam SPA, peguam mungkin menghadapi dilema dalam memilih pihak mana yang perlu didahulukan.
  • Sekiranya salah satu pihak mempunyai maklumat yang tidak ingin dikongsi dengan pihak lain, ini boleh menjejaskan kepercayaan antara pihak dan peguam.

2. Etika Guaman

Kod Etika Profesion Guaman Malaysia menggariskan bahawa peguam mesti mengelakkan situasi yang boleh menyebabkan konflik kepentingan. Walaupun peguam boleh mewakili kedua-dua pihak dengan syarat semua pihak bersetuju secara bertulis, mereka harus memastikan:

  • Kepentingan salah satu pihak tidak dikompromi.
  • Tiada konflik yang boleh menjejaskan integriti proses.

3. Persetujuan Bertulis

Jika penjual dan pembeli bersetuju untuk menggunakan peguam yang sama, persetujuan ini mesti direkodkan secara bertulis. Dokumen ini akan menyatakan bahawa:

  • Kedua-dua pihak memahami risiko yang terlibat.
  • Mereka bersetuju bahawa peguam akan bertindak secara adil tanpa berpihak.

Kelebihan Menggunakan Peguam yang Sama

  1. Kos yang Lebih Rendah: Menggunakan seorang peguam sahaja dapat menjimatkan kos guaman kerana yuran hanya dikenakan sekali terutamanya kepada Pihak Penjual.
  1. Proses yang Lebih Cepat: Peguam yang sama boleh menguruskan semua dokumen dengan lebih efisien tanpa perlu menunggu kerjasama antara peguam penjual dan pembeli yang lain.
  1. Komunikasi Lebih Mudah: Dengan seorang peguam, komunikasi antara kedua -dua pihak boleh dijalankan dengan lebih cepat dan teratur.

Kekurangan Menggunakan Peguam yang Sama

  1. Risiko Konflik Kepentingan: Sekiranya timbul sebarang pertikaian, peguam mungkin tidak dapat memberikan nasihat sepenuhnya kepada salah satu pihak tanpa memihak kepada pihak lain.
  1. Kurang Perlindungan: Pihak yang kurang berpengalaman dalam urusan jual beli mungkin tidak mendapat nasihat yang mencukupi kerana peguam perlu bertindak secara neutral.
  1. Ketidakselesaan: Salah satu pihak mungkin merasa tidak selesa untuk berkongsi maklumat sepenuhnya dengan peguam yang juga mewakili pihak lawan.

Alternatif yang Disarankan Untuk mengelakkan risiko dan memastikan kepentingan kedua -dua pihak dilindungi sepenuhnya, adalah disarankan agar:

  1. Penjual dan pembeli menggunakan peguam yang berbeza untuk mengelakkan konflik kepentingan.
  1. Kedua-dua pihak memastikan peguam mereka berpengalaman dalam urusan hartanah bagi menjamin proses yang lancar.

Walaupun penjual dan pembeli boleh menggunakan peguam yang sama dalam urusan jual beli hartanah, keputusan ini harus dibuat dengan berhati-hati. Kedua-dua pihak perlu memahami risiko yang terlibat dan memastikan persetujuan bertulis diperoleh. Dalam kebany akan kes, menggunakan peguam yang berbeza adalah pilihan terbaik untuk melindungi kepentingan semua pihak. Jika terdapat sebarang keraguan, dapatkan nasihat lanjut daripada peguam bertauliah sebelum membuat keputusan.

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.