Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

MENGAPAKAH HIBAH HARTANAH ADALAH PERANCANGAN HARTA YANG PALING PENTING?

Ms Dinie Collection 20253 min read · estimate
Editorial illustration for MENGAPAKAH HIBAH HARTANAH ADALAH PERANCANGAN HARTA YANG PALING PENTING?
RAHCo reading room

Ada di kalangan kita semua pernah mendengar perkataan ‘Hibah” kan?. Sebenarnya apakah itu Hibah? Kenapa kita perlu hibah? Kenapa pentingnya hibah pada masa kini? Apakah kelebihan hibah? Siapakah yang perlu hibah? Kepada siapakah hibah ini dibuat? Bilakah kita perlu hibah? Apakah syarat-syaratnya? Semua persoalan di atas menjadi tanda tanya kepada kita tentang “HIBAH”.

HIBAH adalah satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat semasa hidup atas dasar atau sebagai tanda kasih sayang. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu untuk menjadikan sesuatu hibah itu adalah sah.

Antara syaratnya yang pertama adalah Pemberi Hibah itu hendaklah berakal, aqil dan pemilik sah barang yang hendak dihibahkan, kedua adalah penerima hibah iaitu kepada sesiapa sahaja dan kepada yang belum cukup umur hendaklah ada wali atau pemegang amanah yang boleh menerima hibah bagi pihaknya, ketiga adalah harta/barang yang hendak dihibahkan adalah halal, bernilai di sisi syarak, milik mutlak /sempurna pemberi hibah, boleh diserahmilik, wujud pada masa hibah, keempat adalah ijab dan qabul (qabd) iaitu penerimaan dan penyerahan harta/barang yang dihibahkan.

Kelebihan dan Kepentingan hibah:-

Pemberian harta secara hibah boleh memupuk perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Pemberi hibah dan penerima hibah.

Kadar pemberian hibah tidak ditetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan dan nilai yang hendak dihibahkan, ini kerana harta yang hendak dihibahkan merupakan milik pemberi hibah.

Pemberi Hibah boleh memberikan atau membahagikan harta kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki dan boleh tentukan siapa yang layak sama ada ia merupakan waris atau bukan waris

Pemilikan harta hibah yang sah akan berlaku dalam jangka masa yang sangat singkat kerana jumlah dan penerima hibah telah ditetapkan.

Dapat memberikan hak kepada individu yang tidak menerima harta pusaka faraid. Sebagai contoh, jika seseorang itu hanya mempunyai anak angkat sahaja dan anak angkat adalah bukan waris dan tidak layak untuk menerima harta pusaka. Maka, jika adanya hibah, ank angkat tersebut dapat mendapat harta dari penerima hibah tersebut.

Pelaksanaan hibah boleh dilakukan serta merta di mana pemberi hibah boleh menukarkan nama kepada penerima hibah semasa hidup beliau dan kelebihannya tidak akan ada isu yang timbul dan waris-waris yang lain tidak juga akan pertikaikan.

Antara golongan yang penting untuk menghibahkan hartanah adalah seperti berikuit:-

Pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama ( 2 nama SNP/Joint Loan).

Pasangan yang mempunyai anak perempuan Sahaja.

Pasangan yang mempunyai anak angkat

Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata selepas sekian lama

Golongan yang berpoligami

Pasangan yang masih mempunyai ibu dah ayah

Golongan yang sekian lama membujang

Golongan yang mempunyai anak lelaki dan Perempuan

Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan

Individu yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Haji

Ahli perniagaan pindahmilik/pertukaran nama yang telah berlaku.

Namun, dalam situasi sekarang di mana keperluan harta semakin mendesak dan kepercayaan semakin terhakis, maka adalah wajar sesuatu pemberian harta secara hibah tidak disusuli dengan pertukaran nama pada dokumen hakmilik (geran). Pertukaran nama atau pindah milik boleh dilakukan selepas kematian pemberi hibah semasa pembahagian harta pusaka dilakukan.

Walau bagaimanapun dokumen hibah perlu dibuat secara jelas atau bertulis supaya tidak berlaku sebarang pertikaian selepas kematian pemberi hibah serta mengikut hukum syarak. Selain itu, yang paling penting ialah, hibah yang sah tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah. Maksudnya hibah yang sah tidak boleh dituntut oleh orang lain termasuklah waris-waris. Hibah juga tidak termasuk di dalam faraid kerana hibah dikira sudah bertukar hak milik kepada penerima selepas menepati syarat-syarat yang ditetapkan hukum syarak.

Sebagai kesimpulannya, instrumen hibah mempunyai keistimewaannya dan kepentingannya yang tersendiri sebagai instrumen perancangan harta semasa hidup berbeza dengan instrumen-intrumen lain dan lebih-lebih lagi dalam suasana kehidupan hari ini. Hibah juga boleh dianggap sebagai pelengkap kepada sistem pengagihan harta dalam Islam.

Ms Dinie

Peguam Syarie RAHCO

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.