Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

MENGAPA PERLU LANTIK PEGUAM UNTUK URUSAN BELI HARTANAH

Ms Ezzati Collection 20254 min read · estimate
Editorial illustration for MENGAPA PERLU LANTIK PEGUAM UNTUK URUSAN BELI HARTANAH
RAHCo reading room

Lantikan peguam hartanah bagi urusan jual beli hartanah adalah penting kerana peguam bertindak sebagai pemudah cara yang akan memberi khidmat nasihat guaman berkenaan hartanah yang terlibat secara professional menurut undang-undang yang telah ditetapkan.

Peguam hartanah juga akan bertindak memastikan kelancaran urusan jual beli dari awal proses sehingga selesai dengan mengikut amalan guaman yang teratur serta sah di sisi undang-undang dengan memastikan urusan yang terlibat bebas daripada risiko yang tidak diingini berlaku.

Selain itu, peguam hartanah juga berperanan dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pihak yang terlibat seperti penjual dan pembeli menurut terma-terma yang telah dipersetujui di dalam Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani. Peguam hartanah akan membantu memberikan panduan yang jelas kepada pembeli dan penjual mengenai prosedur yang terlibat mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Kelancaran proses jual beli juga bergantung kepada penyediaan dokumen yang lengkap dan sah oleh peguam hartanah. Dengan professionalisma dan pengetahuan khusus peguam hartanah dalam ilmu guaman hartanah boleh memastikan tiada kepincangan yang berlaku sepanjang urusan berlangsung dan semua langkah diambil dengan tepat.

Fungsi peguam hartanah juga melibatkan semakan mengenai sejarah hakmilik hartanah bagi memastikan tiada sebarang halangan yang menyebabkan urusan jual beli tidak boleh dilaksanakan. Ini secara langsung boleh membantu para pembeli mengurangkan risiko penipuan dalam transaksi jual beli yang sudah semestinya melibatkan jumlah wang yang besar.

Antara tugas utama peguam hartanah dalam setiap urusan jual beli hartanah adalah menyemak sejarah dan status terkini hartanah yang terlibat bagi memastikan penjual adalah tuan punya berdaftar hartanah, memastikan status hartanah sekiranya terdapat sebarang sekatan seperti kebenaran pindahmilik dan gadaian, atau terdapatnya kaveat didaftarkan keatas hartanah dan lain-lain. Semakan ini bertujuan untuk memastikan para pembeli mengetahui serta lebih mengenali status hartanah yang ingin dibeli serta melindungi pembeli daripada sebarang risiko penipuan.

Selain itu, peguam hartanah juga bertindak sebagai perangka terma-terma perjanjian jual beli yang adil dan memastikan kepentingan pihak pembeli serta penjual terjaga. Peguam hartanah akan meneliti setiap satu terma dan syarat di dalam Perjanjian Jual Beli dan menasihati pihak-pihak mengenai hak dan tanggungjawab yang telah ditetapkan menurut perjanjian tersebut jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti penarikan diri oleh mana-mana pihak yang terlibat.

Tambahan pula, peguam hartanah juga bertindak melaksanakan proses pemindahan hakmilik dari penjual kepada pembeli di dalam geran dengan melakukan pendaftaran di pejabat tanah yang terlibat.

Peguam hartanah akan memastikan semua dokumen dan prosedur yang terlibat dengan transaksi dilaksanakan dengan sempurna seperti dokumen yang melibatkan pelepasan gadaian dengan bank penjual, permohonan kebenaran pindahmilik dan gadaian hartanah, pendaftaran kaveat ke atas hartanah bagi menjaga kepentingan pembeli serta bank pembeli, serta pendaftaran gadaian kepada bank pembeli sekiranya pembeli mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan.

Seterusnya, peguam hartanah juga memastikan segala urusan percukaian yang terlibat dalam urusan jual beli telah dipatuhi. Para pembeli dan penjual perlu ambil maklum bahawa transaksi jual beli hartanah bukan hanya sekadar melibatkan pembayaran harga jual beli dan penukaran nama di dalam geran, malah urusan jual beli hartanah juga melibatkan pihak seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengenai pembayaran duti setem serta cukai keuntungan harta tanah (CKHT).

Dengan nasihat guaman yang professional, peguam akan menasihati pihak-pihak mengenai pembayaran-pembayaran yang terlibat bagi mengelakkan sebarang permasalahan di masa depan dengan pihak berkuasa.

Transaksi jual beli sudah semestinya melibatkan pelbagai pihak seperti pembeli, penjual, bank penjual, bank pembeli, pejabat tanah, lembaga hasil dalam negeri, majlis daerah, pihak berkuasa negeri dan sebagainya. Dengan lantikan peguam hartanah, pembeli dan penjual tidak perlu berurusan dengan pihak-pihak tersebut kerana peguam hartanah yang akan bertindak dan berurusan bagi pihak pembeli dan penjual. Dengan itu, urusan jual beli akan lebih mudah dengan bantuan yang telah disediakan oleh peguam hartanah ini.

Antara tugas terakhir peguam hartanah dalam urusan jual beli adalah memastikan penyerahan kunci dilaksanakan kepada pembeli dalam keadaan yang lancar. Peguam hartanah akan memastikan semua bayaran utiliti melibatkan hartanah telah ditimbang tara antara kedua-dua pihak dan memastikan tiada tanggungan lain ke atas hartanah.

Konklusinya, lantikan peguam hartanah adalah penting dalam urusan jual beli hartanah kerana professionalisma dan ilmu mengenai undang-undang hartanah yang dimiliki oleh peguam hartanah sudah semestinya akan membantu kelancaran proses pembelian dan penjualan hartanah oleh penjual dan pembeli.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.