Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

LPPSA TIDAK SEMESTI MUDAH: INI TIP PENTING MENANGANI ISU DAN MASALAH LAZIM LPPSA

Koleksi 20244 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk LPPSA TIDAK SEMESTI MUDAH: INI TIP PENTING MENANGANI ISU DAN MASALAH LAZIM LPPSA
Ruang bacaan RAHCo

Kandungan

LPPSA: Mari lebih kenal

LPPSA: Antara masalah dan isu lazim

Tempoh menunggu

Lebihan permohonan pada satu-satu masa

Pendedahan maklumat

LPPSA: Tips Mengatasi Masalah dan Isu Lazim

Persediaan kewangan

Persediaan dokumen

Pastikan penuhi syarat kelayakan

Fahami tanggungjawab bayar balik

Memohon pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) lazimnya mudah dan tidak perlu berdepan dengan terlalu banyak masalah. Ini terutama jika urusan itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak peguam. Namun, LPPSA tidak semestinya mudah pada sebarang masa, sebarang kes dan sebarang keadaan.

Masalah dan isu lazim LPPSA seperti kelewatan proses kelulusan, lebihan jumlah permohonan LPPSA pada satu-satu masa, ketidakpatuhan syarat pinjaman dan cabaran ekonomi semasa, lazimnya tidak timbul secara serta-merta. Sebaliknya, jika ada beberapa faktor tertentu yang boleh menyumbang kepada berlakunya masalah dan isu lazim LPPSA ini, pemohon tidak dapat tidak perlu menangani secara cermat dan sabar.

Artikel ini bukan sahaja bertujuan mendedahkan fakta bahawa LPPSA mungkin tidak semestinya mudah pada semua masa dan keadaan serta menghidangkan solusi tertentu untuk diambil. Mari kita teruskan. Percayalah, bacaan ini menarik kerana ia menjanjikan info berguna untuk anda, terutama kakitangan kerajaan sama ada untuk pemohon sedia ada atau pemohon baharu.

LPPSA: MARI LEBIH KENAL

Sebagaimana kita sedia tahu bahawa LPPSA adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Badan ini menyediakan kemudahan pinjaman perumahan berfaedah rendah untuk penjawat awam di Malaysia. Walaupun prosedur permohonan diketahui tidak terlalu rumit, terutama jika diserahkan sepenuhnya kepada pihak peguam, sesetengah pemohon pinjaman LPPSA mungkin berdepan dengan beberapa masalah dan isu lazim sepanjang proses permohonan dan pembayaran balik.

Dan, jika anda memang bercadang menyerahkan urusan membabitkan permohonan pinjaman LPPSA ini kepada peguam, anda boleh hubungi peguam berpengalaman yang berdaftar dengan LPPSA di sini. Anda juga boleh baca mengenai khidmat peguam berpengalaman dalam pinjaman perumahan LPPSA ini di sini dan di sini.

LPPSA: ANTARA MASALAH DAN ISU LAZIM

Tempoh Menunggu

Antara masalah dan isu lazim LPPSA adalah tempoh masa memproses permohonan yang mungkin mengambil masa agak lama. Bagi pemohon yang mempunyai had masa tertentu, terutama bagi rumah yang ditawarkan pada jangka masa singkat, kelewatan ini boleh menyebabkan peluang untuk mendapatkan rumah impian, terlepas. Lebihan permohonan pada satu-satu masa

Selain itu, sesetengah pemohon turut berhadapan isu lebihan permohonan berbanding pinjaman yang boleh diluluskan oleh LPPSA pada satu-satu masa. Ini menyebabkan sesetengah pemohon perlu menunggu giliran atau mencari sumber pembiayaan alternatif, jika mahu, termasuklah menerusi bank komersil sedia ada.

Pendedahan Maklumat

Selain itu, sesetengah pemohon menghadapi masalah LPPSA dalam mendapatkan maklumat dan pendedahan yang mencukupi mengenai syarat kelayakan, proses permohonan dan terma-terma pinjaman yang ditetapkan lembaga ini. Kekurangan pendedahan ini boleh menyebabkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan pemohon LPPSA.

LPPSA: TIPS MENGATASI MASALAH DAN ISU LAZIM

Beberapa masalah dan isu seperti di atas mungkin merenyahkan bagi sesetengah pemohon pinjaman perumahan LPPSA. Pun begitu, ada beberapa tips yang boleh diamalkan pemohon bagi mengatasi masalah dan isu lazim LPPSA ini secara lebih berhemah dan lebih berkesan.

Persediaan Kewangan

Pertama, pemohon perlu membuat persediaan awal sebelum memohon pinjaman LPPSA. Perancangan kewangan yang rapi perlu dilakukan untuk memastikan kemampuan membuat bayaran balik bulanan mengikut jadual yang ditetapkan.

Persediaan Dokumen

Pemohon juga sepatutnya mengumpul semua dokumen perlu seperti penyata gaji, penyata bank dan lain-lain. Ini supaya permohonan dapat diproses secara lancar tanpa menyebabkan pemohon LPPSA perlu menunggu lama yang merimaskan.

Pastikan Penuhi Syarat Kelayakan

Pemohon juga sepatutnya mematuhi sepenuhnya syarat dan prosedur permohonan yang telah ditetapkan LPPSA. Anda dapat baca lanjut mengenai panduan permohonan di laman web LPPSA di sini. Kegagalan memenuhi syarat boleh menyebabkan permohonan ditolak atau dilewatkan proses pertimbangan kelulusan.

Fahami Tanggungjawab Bayar Balik

Ini sangat penting. Pemohon perlu memahami sepenuhnya keperluan dan tanggungjawab sebagai peminjam LPPSA. Ini termasuklah tanggungjawab membuat pembayaran balik bulanan tepat pada masa atau mengikut jadual yang sudah ditetapkan. Dengan mengamalkan tips dan panduan di atas, pemohon pinjaman perumahan ini dapat mengatasi pelbagai masalah dan isu lazim LPPSA yang mungkin dihadapi.

Menerusi pendekatan proaktif, disiplin kewangan serta pemahaman yang jelas, niat memiliki rumah impian menerusi kemudahan pembiayaan LPPSA, dapat dicapai secara lebih mudah dan cepat. Jika anda tidak mahu rasa terbeban atau anda memang tidak mempunyai banyak masa untuk ini, anda boleh serahkan urusan permohonan pinjaman ini kepada peguam.

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.