KOS SEBENAR PELUPUSAN HARTANAH: ANALISIS PERBELANJAAN PENJUAL RUMAH DI MALAYSIA
Ramai pemilik hartanah beranggapan bahawa keuntungan jualan rumah adalah bersih b erdasarkan perbezaan harga beli dan harga jual. Hakikatnya, terdapat rantaian kos perundangan, cukai, dan kos operasi yang perlu dititikberatkan bagi memastikan anda tidak terbeban dengan aliran tunai yang negatif di akhir transaksi.
Berikut adalah perincian kos yang wajib anda sediakan:
1. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT)
Ini merupakan liabiliti paling signifikan. Di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 , cukai dikenakan ke atas keuntungan bersih hasil jualan rumah.
- Kadar Cukai: Bergantung kepada tempoh pegangan hartanah. Secara umum, pelupusan dalam tempoh 3 tahun pertama dikenakan kadar lebih tinggi (30%).
- Pengecualian bagi pelupusan lebih 5 t ahun: Individu layak memohon pengecualian cukai di bawah Bahagian 1 Jadual 5 Akta CKHT.
- Pengecualian Sekali Seumur Hidup: Individu layak memohon pengecualian cukai untuk satu unit kediaman peribadi sekali seumur hidup di bawah Seksyen 8 Akta CKHT.
2. Yuran Agensi Hartanah (Agency Fees)
Sekiranya anda melantik Perunding Hartanah (REA/REN) berdaftar, yuran perkhidmatan mereka dikawal selia oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus Harta (LPPEH).
- Kadar Maksimum: Biasanya 3.24% daripada harga jualan hartanah (termasuk Cukai
Perkhidmatan (SST) sebanyak 8%).
3. Yuran Guaman untuk Surat Kuasa (Discharge of Charge)
Walaupun pembeli yang menanggung yuran guaman untuk pindah milik (MOT), penjual tetap mempunyai kos guaman tersendiri, terutamanya jika rumah masih mempunyai baki pinjaman bank.
- Pelepasan Gadaian (Discharge of Charge): Peguam perlu menyediakan dokumen untuk melepaskan hak bank daripada geran rumah tersebut.
- Yuran Dokumentasi: Kos ini melibatkan penyediaan Perjanjian Jual Beli (SPA) bagi pihak penjual dan urusan pemfailan borang CKHT kepada LHDN.
4. Kos Penalti Pinjaman (Lock-in Period)
Semak semula kontrak pinjaman perumahan anda dengan institusi kewangan.
- Tempoh Terkunci: Kebanyakan bank mengenakan penalti jika rumah dijual dalam tempoh 3 hingga 5 tahun pertama selepas pengeluaran pinjaman.
- Kadar Penalti: Biasanya sekitar 2% hingga 3% daripada jumlah baki pinjaman asal.
5. Kos Penambahbaikan dan Kos Luar Jangka
Untuk memastikan rumah mempunyai nilai pasaran (market value) yang kompetitif:
- Baik Pulih: Kos mengecat semula, pembaikan sistem perpaipan, atau kerosakan struktur bagi menarik minat pembeli.
- Tunggakan Bil Penting: Semua tunggakan cukai pintu (assessment), cukai tanah (quit rent),
Indah Water (IWK), Fi Penyelengaraan ( Strata) dan bil utiliti mestilah diselesaikan sehingga tarikh penyerahan milikan kosong (vacant possession).
6. Kesimpulan
Secara ringkasnya, keputusan untuk menjual hartanah (pelupusan) memerlukan perancangan kewangan yang teliti, melangkaui perbezaan antara harga beli dan harga jualan. Pemilik hartanah wajib mengambil kira pelbagai kos transaksi dan liabiliti cukai yang akan memberi kesan langsung kepada keuntungan bersih.
Kos utama yang perlu dipertimbangkan termasuklah Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT/RPGT), yuran perkhidmatan agensi hartanah, yuran guaman untuk proses pelepasan gadaian (discharge of charge) , dan tunggakan-tunggakan bil berkaitan dengan hartanah yang ingin dijual.
Adalah amat disyorkan agar penjual mendapatkan nasihat profesional daripada peguam atau ejen hartanah berlesen seawal m ungkin. Ini bagi memastikan pengiraan kos adalah tepat dan transaksi jualan dapat dilaksanakan dengan lancar, tanpa sebarang isu aliran tunai atau kejutan kewangan di peringkat akhir.



