Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

KOS POT YANG RAMAI TAK TAHU

Sir Haikal Koleksi 20262 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk KOS POT YANG RAMAI TAK TAHU
Ruang bacaan RAHCo

(SIR HAIKAL)

Di Malaysia, ramai pembeli hartanah beranggapan bahawa urusan undang-undang telah selesai sepenuhnya sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) ditandatangani. Walau bagaimanapun, bagi hartanah yang dibeli tanpa hak milik individu atau strata yang telah dikeluarkan, terdapat satu kos tambahan yang sering terlepas pandang, iaitu kos penyempurnaan pindah milik atau perfection of transfer (POT).

Sebagai contoh, pembeli yang membeli unit kondominium baharu daripada pemaju lazimnya hanya menerima pemilikan melalui SPA kerana hak milik strata masih belum dikeluarkan. Walaupun pembeli telah menduduki unit tersebut dan membayar sepenuhnya harga belian, nama pembeli belum lagi didaftarkan sebagai pemilik berdaftar di Pejabat Tanah kerana kondominium tersebut didirikan atas tanah Pemaju.

Apabila hakmilik strata dikeluarkan beberapa tahun kemudian, pembeli perlu menandatangani Borang 14A (Memorandum of Transfer) bagi memindahkan hak milik tersebut secara rasmi daripada Pemaju ke atas namanya. Proses inilah yang dikenali sebagai penyempurnaan pindah milik atau POT

Ramai pembeli menyangka bahawa proses ini adalah automatik atau telah termasuk dalam yuran guaman yang dibayar semasa pembelian awal. Ada sesetengah Pemaju menwarkan pakej dimana segala yuran guaman ditanggung oleh Pemaju. Namun hakikatnya, penyempurnaan pindah milik melibatkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli.

Kos ini merangkumi yuran guaman bagi penyediaan dan pendaftaran Borang 14A, duti setem tertakluk kepada nilai hartanah dan bayaran pendaftaran Pejabat Tanah, caj pentadbiran pemaju seperti bayaran kebenaran pindah milik, serta caj caj berlainan yang mungkin tidak sedia maklum semasa pembelian hartanah tersebut. Pembeli juga perlu menjelaskan tunggakan cukai tanah, cukai taksiran atau caj penyelenggaraan sebelum pindah milik dapat didaftarkan.

Kos kepada pembeli juga akan meningkat sekiranya Pemaju tersebut telah digulung atau digulungkan. Hal ini kerana urusan Pemaju tersebut akan diambil alih oleh Jabatan Insolvensi Malaysia ataupun Pelikuidasi. Pelikuidasi merupakan syarikat yang dilantik oleh Mahkamah untuk mengambil alih segala urusan Pemaju yang telah digulungkan. Mereka akan mengenakan caj dan fi tersendiri bagi menampung kos dan kerja yang dilakukan.

Sebagai contoh, seorang pembeli yang membeli sebuah apartmen pada tahun 2018 mungkin hanya dimaklumkan pada tahun 2025 bahawa hak milik strata telah dikeluarkan dan penyempurnaan pindah milik perlu dilakukan namun Pemaju sudah dalam likuidasi atau digulungkan. Pada ketika itu, pembeli mungkin perlu menyediakan sejumlah wang beberapa ribu ringgit untuk menampung semua kos berkaitan, yang sebelum ini tidak diperuntukkan dalam perancangan kewangan mereka. Jadi Pembeli harus peka semasa pembelian hartanah yang didirikan atas hakmilik induk dimana tanah tersebut belum lagi dipecahmilik.

Oleh yang demikian, pembeli hartanah dinasihatkan supaya mendapatkan penjelasan awal daripada peguam semasa peringkat pembelian dan mengambil kira kos penyempurnaan pindah milik sebagai sebahagian daripada tanggungan masa hadapan. Kesedaran awal dapat membantu pembeli mengelakkan kejutan kewangan serta memastikan hak milik hartanah dapat didaftarkan dengan sempurna dan sah di sisi undang-undang.

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.