Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

KESILAPAN BIASA PEMBELI RUMAH SUBSALE

Koleksi 20263 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk KESILAPAN BIASA PEMBELI RUMAH SUBSALE
Ruang bacaan RAHCo

Kesilapan Utama Pembeli Rumah Subsale (Dan Cara Elakkannya) Pembelian rumah subsale atau secara khususnya, rumah yang telah dimiliki oleh seseorang dan dijual semula kepada pembeli baharu , semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia kerana harganya yang lazimnya lebih rendah berbanding rumah baharu serta lokasinya yang matang dengan kemudahan sedia ada. Membeli rumah subsale sering dianggap lebih selamat kerana rumah sudah siap dan boleh dilihat secara fizikal.

Namun begitu, tanpa pengetahuan dan perancangan yang rapi, pembelian rumah subsale boleh menjadi satu beban kewangan jangka panjang. Terdapat beberapa kesilapan utama yang sering dilakukan oleh pembeli rumah subsale yang wajar dielakkan.

Antara kesilapan paling ketara ialah tidak membuat pemeriksaan fizikal rumah secara menyeluruh. Ramai pembeli terlalu tertumpu kepada harga yang menarik sehingga men gabaikan keadaan sebenar rumah, dan ada juga yang beranggapan bahawa keadaan rumah subsale adalah sama seperti membeli rumah terus dari Pemaju. Ramai pembeli beranggapan bahawa apabila membeli rumah subsale, mereka mempunyai Defect Warranty Period, namun dalam reality rumah subsale adalah dijual pada kadar “as is where is basis ” .

Masalah seperti kebocoran bumbung, pendawaian elektrik usang, sistem paip rosak atau keretakan struktur mungkin tidak kelihatan secara kasar tetapi boleh melibatkan kos pembaikan yang tinggi. Kegagalan mendapatkan khidmat pemeriksa bangunan profesional menyebabkan pembeli menanggung risiko yang sepatutnya boleh dielakkan.

Selain itu, pembeli sering terlepas pandang aspek undang -undang hartanah . Rumah subsale mungkin mempunyai isu seperti status pegangan pajakan yang hampir tamat, sekatan kepentingan, geran individu belum dikeluarkan, atau pemilik asal mempunyai tunggakan pinjaman. Tanpa semakan teliti oleh peguam hartanah, pembeli boleh terperangkap dalam urusan yang rumit dan memakan masa, malah berpotensi menyebabkan kerugian kewangan.

Kesilapan seterusnya ialah tidak mengira kos sebenar pembelian . Ramai pembeli hanya menilai kemampuan berdasarkan bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan. Hakikatnya, pembelian rumah subsale melibatkan pelbagai kos lain seperti yuran guaman, duti setem, kos penilaian, c ukai pintu tertunggak, bil utiliti, serta kos pengubahsuaian. Kegagalan merancang bajet secara menyeluruh boleh menyebabkan tekanan kewangan selepas pembelian dilakukan.

Di samping itu, pembeli juga sering membuat keputusan berdasarkan emosi tanpa kajian pasaran yang mencukupi. Keinginan memiliki rumah sendiri dengan segera atau takut terlepas peluang menyebabkan pembeli bersetuju dengan harga yang tidak selaras dengan nilai pasaran semasa.

Tanpa perbandingan harga rumah di kawasan sekitar atau nasihat ejen hartanah berlesen, pembeli berisiko membayar harga yang terlalu tinggi dan sukar menjual semula rumah tersebut pada masa hadapan.

Akhir sekali, kesilapan memilih ejen atau pihak pengurusan yang tidak berpengalaman turut memberi kesan besar . Ejen yang tida k beretika atau kurang mahir boleh menyebabkan maklumat tidak tepat disampaikan kepada pembeli, seterusnya menjejaskan proses jual beli. Pembeli seharusnya memastikan urusan dilakukan dengan ejen berlesen serta mendapatkan khidmat peguam yang berpengalaman bagi melindungi kepentingan mereka.

Kesimpulannya, pembelian rumah subsale sememangnya menawarkan pelbagai kelebihan, namun ia memerlukan penelitian dan persediaan yang rapi. Kesilapan seperti mengabaikan pemeriksaan rumah, aspek undang -undang, perancanga n kewangan, kajian pasaran dan pemilihan pihak pengurusan boleh membawa padah. Oleh itu, pembeli perlu bersikap lebih berhati -hati, berpengetahuan dan rasional agar pembelian rumah subsale menjadi satu pelaburan yang bijak dan menguntungkan pada masa hadapan.

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.