Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

KEPENTINGAN PERJANJIAN PEMBINAAN RUMAH YANG SAH

Zahidah Zulkapli Collection 20253 min read · estimate
Editorial illustration for KEPENTINGAN PERJANJIAN PEMBINAAN RUMAH YANG SAH
RAHCo reading room

Ditulis oleh: Zahidah Zulkapli

07/02/2025, 5.00am

Antara perkara yang penting sebelum bermulanya proses pembinaan rumah adalah perjanjian pembinaan yang sah dari segi undang-undang bagi memastikan projek pembinaan rumah berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan. Perjanjian ini bukan sahaja berfungsi sebagai panduan kerja tetapi sebagai panduan dan penjaga kepentingan kedua-dua pihak iaitu pemilik tanah dan kontraktor.

Mengapa perjanjian pembinaan ini penting? Pertama, perjanjian ini dapat melindungi hak pemilik tanah dan kontraktor. Perjanjian pembinaan yang sah dari segi undang-undang mengikut pihak-pihak yang telah menandatanganinya selepas perjanjian tersebut disetem. Perjanjian ini mengandungi semua terma dan syarat penting seperti jumlah skop kerja, kos pembinaan, tempoh siap dan kaedah penyelesaian pertikaian.

Oleh yang demikian, pihak-pihak yang telah terikat dengan perjanjian perlu mematuhi dan menjalankan peranan masing-masing sesuai dengan terma dan syarat yang telah dipersetujui bagi mengelakkan penalti maupun tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

Kepentingan kedua adalah bagi membolehkan pemilik tanah mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan. Kebanyakan bank dan institusi kewangan memerlukan salinan perjanjian pembinaan yang sah sebagai dokumen sokongan dalam mendapatkan kelulusan pinjaman pembinaan rumah. Selain itu, kepentingan ketiga pula perjanjian ini juga dapat memastikan projek berjalan dengan lancar. Kandungan di dalam perjanjian ini yang merangkumi setiap aspek projek dari skop kerja hingga kepada pembayaran dan penyelesaian masalah sehingga projek dapat diuruskan dengan teliti.

Keempat, perjanjian ini mengikat kontraktor supaya mematuhi spesifikasi dan kos pembinaan yang dipersetujui. Projek pembinaan yang dijalankan lebih terancang dan tidak diubah dengan sewenang-wenangnya oleh pihak kontraktor. Pemilik tanah lebih mudah untuk memantau berdasarkan perjanjian ini kerana perlu diingat bahawa sebaarang perubahan akan memberikan kesan kepada projek serta akan menyebabkan penambahan kos kepada pemilik tanah.

Oleh itu, dengan perjanjian ini, pihak kontraktor perlu berbincang, memaklumkan dan mendapatkan pengesahan daripada pemilik tanah terlebih dahulu untuk mambuat sebarang perubahan kepada projek pembinaan.

Bagi kepentingan terakhir, perjanjian pembinaan juga dapat mengelakkan kelewatan tempoh siap projek pembinaan tersebut. Pihak kontraktor perlu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh siap yang telah ditetapkan kerana sebarang kelewatan, penalti boleh dikenakan ke atas kontraktor.

Apa kesan atau akibat yang kemungkinan boleh terjadi sekiranya projek pembinaan dijalankan tanpa perjanjian pembinaan? Pertama, kesan yang mungkin terjadi adalah risiko projek terbengkalai. Projek pembinaan sememangnya berisiko dan terdedah kepada terbengkalai sekiranya tiada perancangan yang teratur, pemantauan yang berkala dan pelbagai faktor-faktor lain. Walaubagaimanapun, risiko tersebut dapat dikurangkan dan dikawal sekiranya terdapat perjanjian yang mengikat pihak-pihak.

Kesan kedua yang boleh terjadi adalah pertikaian dengan kontraktor. Perjanjian pembinaan yang telah menggariskan skop kerja, kos pembinaan dan lain-lain perlu dipatuhi oleh pihak-pihak dan menjadi garis panduan kepada pihak-pihak bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan yang mungkin timbul sepanjang projek berlangsung. Perjanjian yang lengkap juga mengandungi klausa berkaitan penyelesaian pertikaian maka sekiranya terdapat pertikaian di antara kontraktor dan pemilik tanah, pihak-pihak boleh lah merujuk kepada perjanjian ini bagi mendapatkan penyelesaian.

Selain itu, projek yang dijalankan tanpa perjanjian ini berisiko terjadinya kos melebihi bajet asal. Ini kerana tiada garis panduan yang mengikat kontraktor sehingga kontraktor boleh membuat perubahan dan penambahan kos dengan mudah dan sewenangnya. Kesan lain pemilik tanah juga akan sukar untuk mendapatkan pembiayaan daripada bank maupun institusi kewangan memandangkan perjanjian pembinaan berserta dokumen-dokumen sokongan lain diperlukan bagi permohonan pembiayaan daripada bank.

Pihak pembiaya sememangnya menetapkan sebarang transaksi perlulah dibuat dengan sah dan mematuhi undang-undang, Jadi, bagi memastikan projek pembinaan akan dibiayai oleh bank selamat, terjamin dan melindungi kepentingan bank, perjanjian pembinaan ini sangat penting dan diperlukan oleh bank.

Kesimpulannya, pemilik tanah dan kontraktor dinasihatkan agar mengambil maklum dan memahami butiran-butiran dan klausa-klausa di dalam perjanjian pembinaan serta memastikan perjanjian tersebut adalah sah dan mengikat kedua-dua pihak dari segi undang-undang sebelum menandatanganinya bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Ia bukan sahaja melindungi pemilik tanah dari risiko kehilangan kewangan, tetapi juga menjamin bahawa rumah yang dibina adalah sesuai dengan kehendak dan spesifikasi yang dipersetujui.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.