Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

KENAPA REFINANCE & DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Koleksi 20262 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk KENAPA REFINANCE & DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Ruang bacaan RAHCo

KENAPA REFINANCE & DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 1. KENAPA REFINANCE

Refinance atau pembiayaan semula bermaksud menggantikan pinjaman yang sedia ada seperti pinjaman rumah, kereta atau kad kredit dengan pinjaman baharu yang biasanya mempunyai terma lebih baik, seperti kadar faedah lebih rendah atau ansuran bulanan yang lebih kecil. Tujuannya adalah untuk mendapatkan faedah kewangan yang lebih baik atau memenuhi keperluan kewangan semasa dengan syarat pinjaman yang baharu.

2. TUJUAN UTAMA REFINANCE

  1. 1 Mendapatkan Kadar Faedah Lebih Rendah Pemilik hartanah boleh memohon refinance untuk menikmati kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman asal. Jika kadar faedah pasaran semasa lebih rendah daripada kadar pinjaman asal, anda boleh menjimatkan ribuan ringgit dalam jangka masa panjang.
  1. 2 Mengeluarkan Tunai (Cashout):

Apabila nilai pasaran rumah meningkat, pemilik boleh refinance untuk mendapatkan tunai tambahan (lebihan daripada baki pinjaman asal) bagi tujuan pengubahsuaian rumah, pendidikan, atau pelaburan lain-lain.

  1. 3 Menyatukan Hutang (Debt Consolidation):

Hutang-hutang lain yang berkadar faedah tinggi seperti kad kredit atau pinjaman peribadi boleh digabungkan ke dalam satu pinjaman rumah dengan kadar faedah yang lebih rendah, menjadikan bayaran bulanan lebih terurus.

  1. 4 Mengurangkan Bayaran Bulanan:

Dengan tempoh pinjaman baharu atau kadar faedah lebih rendah, ansuran bulanan boleh dikurangkan, sekaligus meningkatkan aliran tunai bulanan.

  1. 5 Mengubah Tempoh Pinjaman:

Refinance membolehkan anda untuk menstruktur semula pinjaman anda bagi memendekkan tempoh untuk cepat bebas hutang atau memanjangkannya bagi mengurangkan komitmen bulanan.

  1. 6 Menukar Jenis Pinjaman:

Contohnya, menukar daripada kadar faedah berubah (variable rate) kepada kadar tetap (fixed rate) untuk kestabilan bayaran bulanan.

3. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan refinance adalah:

3.1 Individu Bergaji (Salaried)

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  • Slip gaji 3 bulan terkini (6 bulan jika ada komisen).
  • Penyata bank 3 hingga 6 bulan yang menunjukkan kemasukan gaji.
  • Penyata KWSP terkini.
  • Borang EA / BE serta resit pembayaran cukai pendapatan.
  • Salinan Geran/Hak Milik hartanah dan Perjanjian Jual Beli (SPA).

3.2 Bekerja Sendiri / Pemilik Perniagaan

  • Salinan MyKad pemilik/pengarah.
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM).
  • Penyata bank syarikat 6 bulan terkini.
  • Borang B serta resit pembayaran cukai pendapatan.

3.3 Dokumen Tambahan (Jika Berkaitan)

  • Penyata pinjaman perumahan sedia ada bagi 12 bulan terkini.
  • Surat Tawaran (Letter of OƯer) daripada bank asal.
  • Bil utiliti terkini (elektrik/air) untuk pengesahan alamat.

4. KESIMPULAN

Refinance merupakan satu instrumen kewangan yang berkesan jika digunakan dengan perancangan yang teliti dan pemahaman yang jelas terhadap implikasi perundangannya. Dengan menyediakan dokumen yang lengkap dan mendapatkan nasihat profesional, proses refinance dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat dari segi undang-undang.

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.