Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

JUAL RUMAH: PANDUAN PILIH PEGUAM BERWIBAWA

Koleksi 20244 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk JUAL RUMAH: PANDUAN PILIH PEGUAM BERWIBAWA
Ruang bacaan RAHCo

Menjual rumah adalah antara tindakan kewangan terbesar yang mungkin perlu dilakukan seseorang. Dalam hal ini pwerlu diignat bahawa proses jual beli rumah akan membabitkan pelbagai aspek perundangan yang rumit serta memerlukan kepakaran khusus.

Justeru, mendapatkan khidmat seorang peguam berwibawa adalah penting bagi memastikan urusan jual beli rumah berjalan lancar serta sah di sisi undang-undang. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan beberapa panduan penting dalam memilih peguam berwibawa untuk urusan jual beli rumah.

JUAL RUMAH: KEPAKARAN DAN PENGALAMAN

Kepakaran dan pengalaman adalah faktor utama dalam menentukan kecekapan seorang peguam. Peguam yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam urusan jual beli hartanah lazimnya lebih cekap dalam menangani pelbagai isu bwerkaitan sepanjang proses jual rumah. Untuk memastikan ini, anda boleh tanyakan kepada peguam terbabit berkenaan jumlah kes jual beli rumah yang telah mereka kendalikan setakat ini dan jenis-jenis transaksi yang mereka biasa uruskan.

Pastikan, peguam berkenaan mempunyai kepakaran khusus dalam undang-undang hartanah. Undang-undang hartanah berbeza berbanding undang-undang lain seperti undang-undang keluarga atau jenayah. Justeru, sangat perlu untuk memastikan peguam yang anda pilih benar-benar pakar dalam bidang hartanah.

JUAL RUMAH: REPUTASI DAN ULASAN

Reputasi peguam juga dapat memberikan gambaran mengenai tahap kualiti perkhidmatan yang mampu ditawarkan oleh seseorang peguam. Untuk tahu ini, anda dapat mencari ulasan atau testimoni daripada bekas klien peguam terbabit di pelbagai platform. Ini termasuklah di pelbagai enjin carian dan laman social.

Peguam dengan reputasi yang baik lazimnya mendapat ulasan positif daripada klien-klien mereka. Sebaliknya, ulasan negatif mungkin menjadi petanda bahawa peguam terbabit kurang berwibawa serta tidak memenuhi kualiti tertentu dari segi kepakaran dan pengalaman.

JUAL RUMAH: YURAN PERKHIDMATAN

Yuran perkhidmatan adalah antara aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam memilih peguam. Setiap peguam atau firma guaman mungkin mengenakan yuran atau fee guaman mengikut kadar yang berbeza bagi perkhidmatan yang sama. Justeru, sangat penting untuk mendapatkan anggaran fee daripada beberapa peguam sebelum membuat keputusan dalam memilih mana-mana peguam.

Bagaimanapun, jangan memilih peguam semata-mata kerana peguam berkenaan mengenakan fee rendah. Fee yang rendah mungkin mencerminkan perkhidmatan yang kurang berkualiti. Sebaliknya, pilihlah peguam yang menawarkan perkhidmatan terbaik pada harga berpatutan.

JUAL RUMAH: KOMUNIKASI

Keupayaan peguam dalam berkomunikasi secara jelas dan tepat adalah juga sangat penting dalam proses jual rumah. Seorang peguam yang berkualiti perlu untuk mampu menjelaskan perkara-perkara perundangan yang rumit dengan cara yang mudah difahami klien mereka. Mereka juga perlu responsif terhadap pertanyaan dan keperluan klien.

Dalam hal ini, anda sepatutnya dapat menilai keupayaan komunikasi peguam ketika sesi perundingan awal. Semak adakah peguam berkenaan mampu menjawab soalan anda secara jelas dan menunjukkan komitmen untuk membantu anda memahami proses jual beli rumah terbabit. Ketahuilah bahawa peguam yang responsif dan mudah dihubungi akan memudahkan anda dalam urusan seumpama ini.

JUAL RUMAH: KELULUSAN DAN LESEN

Pastikan juga bahawa peguam yang anda pilih mempunyai kelulusan serta lesen praktis yang sah untuk menjalankan amalan guaman. Anda dapat memeriksa status lesen peguam berkenaan menerusi badan profesional, terutama Majlis Peguam (Bar Council).

Peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam telah memenuhi syarat ditetapkan serta diiktiraf sebagai layak untuk menjalankan amalan guaman. Ini memberikan jaminan bahawa seseorang peguam berkenaan mempunyai tahap profesionalisme yang diperlukan dalam urusan perundangan.

JUAL RUMAH: PEGUAM DAN PIHAK KETIGA

Selain peguam, proses jual beli rumah tentu akan membabitkan banyak pihak lain juga. Ini termasuklah ejen hartanah, bank dan pembeli atau penjual. Justeru, sangat penting untuk memilih peguam yang mempunyai hubungan baik dengan pihak-pihak berkenaan. Peguam berpengalaman lazimnya mempunyai hubungan profesional yang luas dan sangat bagus dengan pihak-pihak berkenaan.

JUAL RUMAH: KESERASIAN PEGUAM

Keserasian peribadi di antara anda sebagai pemilik rumah dan peguam juga antara faktor yang tidak boleh diremehkan. Ini kerana anda mungkin perlu berurusan dengan peguam terbabit dalam tempoh lama. Dalam hal ini, sangat penting untuk anda berasa selesa bekerja dengan peguam yang anda pilih.

JUAL RUMAH: JANGAN TERBURU-BURU

Ini juga penting; jangan terburu-buru dalam memilih peguam. Dengan mematuhi panduan di atas, anda dapat memastikan urusan menjual rumah dapat berjalan lancar, selamat serta sah di sisi undang-undang.

Juga, jangan terburu-buru dalam membuat keputusan, sebaliknya luangkan masa untuk menilai pilihan-pilihan yang ada, termasuklah dalam memilih peguam yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda. Dengan pemilihan peguam yang tepat, proses menjual rumah anda boleh menjadi pengalaman yang lebih mudah dan kurang tekanan.

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.