Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

JUAL RUMAH: INI LANGKAH-LANGKAH MUDAH YANG ANDA MESTI AMBIL

Collection 20244 min read · estimate
Editorial illustration for JUAL RUMAH: INI LANGKAH-LANGKAH MUDAH YANG ANDA MESTI AMBIL
RAHCo reading room

Tidak mudah untuk jual rumah. Ia boleh menjadi satu proses yang mencabar dan merenyahkan jika tidak kena cara serta tidak tahu prosedur yang betul. Namun, dengan perancangan betul dan langkah tepat, ia boleh menjadi pengalaman yang lancar dan memuaskan. Untuk ini, kita akan memperincikan beberapa langkah mudah yang perlu diambil untuk jual rumah.

JUAL RUMAH: PASARAN DAN HARGA

Langkah pertama dalam proses menjual rumah adalah memahami nilai pasaran semasa. Untuk ini, anda sebagai penjual rumah perlu melakukan sedikit sebanyak penyelidikan mengenai harga rumah di kawasan anda.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah berpengalaman untuk menilai harga rumah. Sangat penting untuk menetapkan harga yang realistik. Ini untuk menarik minat pembeli serta memastikan anda berjaya jual rumah cepat.

JUAL RUMAH: KEADAAN RUMAH

Sebelum mula jual rumah, anda perlu pastikan rumah berkenaan berada dalam keadaan terbaik. Justeru, anda atau wakil perlu antaranya membersihkan rumah secara menyeluruh, membaiki kerosakan kecil dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu.

Anda juga mungkin perlu mengecat semula dinding atau menambah hiasan dalaman yang boleh meningkatkan daya tarikan rumah berkenaan pada mata pembeli. Dan, pastikan juga halaman rumah dibersihkan dan disusun kemas. Ingat kesan pertama di mata pembeli akan bermula di sini - halaman rumah.

JUAL RUMAH: DOKUMEN-DOKUMEN PENTING

Kumpulkan semua dokumen yang diperlukan untuk proses jual beli rumah. Ini termasuk geran tanah, pelan rumah, sijil layak menduduki (CFO) dan rekod penyelenggaraan.

Mempunyai dokumen-dokumen ini siap sedia akan mempercepatkan proses jual beli dan mengelakkan sebarang kelewatan yang tidak diingini. Ini juga elemen penting untuk memastikan anda berjaya jual rumah cepat. Untuk memahami terma-terma penting jual rumah, anda boleh baca artikel kami di sini.

JUAL RUMAH: DAPATKAN EJEN HARTANAH TERBAIK

Sangat penting memilih ejen hartanah berpengalaman dan boleh dipercayai untuk memastikan proses jual beli rumah berjalan lancar. Ini juga akan menentukan tempoh dapat duit jual rumah. Lambat atau cepat dapat duit jual rumah turut bergantung kepada bagaimana ejen hartanah berperanan.

Ejen hartanah ini akan membantu anda dari segi pemasaran, rundingan harga dan urusan dokumen berkaitan. Mereka lazimnya mempunyai rangkaian prospek atau pembeli yang luas. Ini dapat membantu mempercepatkan mendapatkan pembeli.

JUAL RUMAH: PEMASARAN RUMAH

Urusan pemasaran rumah lazimnya diuruskan dan dikendalikan oleh ejen hartanah. Namun, anda sebagai pemilik rumah boleh mengambil inisiatif sendiri dari segi pemasaran. Ini termasuklah dengan memanfaatkan media sosial atau apa sahaja platform jual beli rumah dalam talian.

Untuk pemasaran, anda mesti memastikan foto rumah yang diambil adalah bagus dan menyerlahkan kelebihan serta kecantikan rumah anda. Pastikan juga anda sertakan maklumat lengkap mengenai rumah berkenaan dalam bahan promo dan pemasaran. Ini termasuklah saiz atau keluasan rumah dan halaman, jumlah bilik, kemudahan berdekatan dan seumpamanya.

JUAL RUMAH: MENGATUR LAWATAN RUMAH

Apabila ada prospek berminat, aturkan sesi lawatan rumah. Namun, sebelum itu pastikan rumah berkenaan dalam keadaan kemas serta teratur. Ketika sesi lawatan prospek, anda sepatutnya jawab semua soalan bakal pembeli berkenaan secara jujur tanpa menyembunyikan apa juga maklumat berkaitan premis berkenaan.

Nyatakan juga apa sahaja info tambahan yang mungkin dapat membantu bakal pembeli membuat keputusan. Apa yang paling penting, pastikan sesi lawatan berkenaan mampu menjadi peluang terbaik untuk anda membuatkan bakal pembeli jatuh hati terhadap rumah yang anda mahu jual itu.

Dalam kata lain, ini turut menentukan tempoh dapat duit jual rumah. Lambat atau cepat dapat duit jual rumah turut bergantung kepada bagaimana berkesannya sesi lawatan berkenaan.

JUAL RUMAH: RUNDINGAN HARGA

Ini juga satu fasa penting dalam proses jual rumah. Rundingan harga adalah antara bahagian yang kritikal dalam proses jual beli rumah. Justeru, pastikan anda membuat keputusan yang bijak. Lazimnya, selepas mendapat sebanyak mungkin maklumat berkaitan dan mengadakan sesi lawatan ke premis kediaman terbabit, pembeli dan penjual akan memasuki fasa ini - fasa rundingan harga.

Pada peringkat ini, ejen hartanah anda akan membantu. Dan anda sendiri perlu bersikap fleksibel, tetapi tegas dalam menentukan harga yang anda mahu.

JUAL RUMAH: URUSAN KONTRAK

Setelah harga jualan dipersetujui, langkah seterusnya adalah menyediakan dan menandatangani perjanjian jual beli. Untuk ini, ejen hartanah dan peguam anda akan membantu. Ini termasuklah bagi menyediakan dokumen-dokumen berkaitan urusan jual beli berkenaan.

Paling penting untuk pastikan semua terma serta syarat dalam perjanjian telah difahami dengan sejelas-jelasnya oleh kedua-dua pihak sebelum semua dokumen berkaitan ditandatangani. Di sini peranan peguam sangat penting bagi mengelak sebarang kesilapan pematuhan perundangan dalam urusan jual beli rumah berkenaan.

JUAL RUMAH: PENILAIAN DAN PEMBIAYAAN

Bagaimanapun, ada lagi langkah lain yang juga perlu dalam proses jual rumah. Antaranya, bagi mendapatkan pinjaman bank untuk membeli sesebuah rumah, bank akan melakukan penilaian terhadap rumah terbabit.

Justeru, anda sebagai penjual perlu memastikan rumah terbabit dalam keadaan baik untuk memuaskan hati pihak bank, seterusnya meluluskan pinjaman berkenaan. Proses penilaian hartanah ini mungkin mengambil sedikit masa. Anda perlu bersabar.

JUAL RUMAH: PENUTUPAN JUAL BELI (CLOSE SALES)

Langkah terakhir adalah penutupan jual beli (close sales). Berikutan ini, hak milik rumah akan dipindahkan kepada pembeli baharu, manakala anda sebagai pemilik asal akan menerima pembayaran atas jualan premis berkenaan.

Dalam hal ini, peguam anda akan menguruskan semua dokumen berkaitan, sekali gus memastikan semua bayaran diterima secara sah dan betul. Setelah penutupan jualan selesai, kunci rumah bolehlah diserahkan kepada pembeli baharu. Daripada itu, perlu difahhami bahawa menjual rumah memerlukan perancangan dan perhatian terhadap segala butiran perlu.

Namun, dengan mengikuti langkah-langkah di atas, proses jual rumah akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Pastikan anda juga mendapatkan bantuan profesional seperti ejen hartanah dan peguam untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.