Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

JUAL RUMAH: IKUTI PANDUAN DAN TIPS MUDAH INI UNTUK ELAK MASALAH

Collection 20244 min read · estimate
Editorial illustration for JUAL RUMAH: IKUTI PANDUAN DAN TIPS MUDAH INI UNTUK ELAK MASALAH
RAHCo reading room

Menjual rumah adalah satu keputusan besar yang memerlukan pertimbangan rapi dan tindakan tersusun. Dalam proses ini, banyak perkara perlu diuruskan secara teliti untuk mengelak masalah dan kesukaran kemudian. Sama ada anda seorang yang baru kali pertama menjual rumah atau sudah berpengalaman, panduan dan tips di bawah ini dapat membantu memastikan urusan jualan rumah berjalan lancar.

JUAL RUMAH: PERSIAPAN AWAL

Sebelum mempromo rumah anda di pasaran, pastikan anda telah membuat persiapan awal dengan baik. Ini termasuklah menyelesaikan sebarang pembaikan pada rumah dan memastikan rumah berkenaan berada dalam keadaan terbaik.

Pembeli yang berminat pasti ingin melihat rumah dalam keadaan kemas serta rapi. Selain itu, pastikan anda mempunyai semua dokumen penting seperti geran tanah, pelan rumah dan resit pembayaran cukai terkini. Ini akan lebih membantu mempercepatkan proses jual rumah sebaik memperolehi pembeli yang berminat.

JUAL RUMAH: HARGA REALISTIK

Menentukan harga jualan yang sesuai dan realistik adalah antara tindakan penting dan kritikal dalam menjual sesebuah rumah. Jika harga yang ditetapkan terlalu tinggi serta tidak realistik, rumah anda mungkin akan mengambil masa lama untuk mendapatkan pembeli.

Sebaliknya, jika harga terlalu rendah, anda mungkin akan mengalami kerugian. Justeru, lakukan kajian pasaran untuk mengetahui harga rumah setara di kawasan anda. Anda juga boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah atau penilai hartanah berpengalaman untuk menilai harga rumah anda dengan lebih tepat.

JUAL RUMAH: EJEN HARTANAH BERWIBAWA

Memilih ejen hartanah berwibawa dan berpengalaman juga mampu memberi makna besar dalam proses jualan rumah. Ejen hartanah yang baik akan berjaya membantu anda memasarkan rumah, mencari pembeli sesuai dan menguruskan semua aspek membabitkan urusan jual beli.

Justeru, pastikan anda memilih ejen hartanah yang mempunyai pengalaman lama dalam menjual rumah di kawasan anda. Pastikan juga ejen hartanah berkenaan mempunyai rekod kejayaan menjual rumah yang baik serta tidak membabitkan sebatang aktiviti penipuan. Jangan teragak-agak untuk bertanya mengenai strategi pemasaran yang dirancang atau lazim dilaksanakan oleh ejen berkenan dalam menjual sesebuah rumah.

JUAL RUMAH: PROSES PERUNDANGAN

Ya, proses jual beli rumah tentu sahaja akan membabitkan banyak aspek perundangan. Banyak aspek undang-unang perlu difahami dengan baik. Contohnya, anda perlu memahami prosedur pemindahan hakmilik, terma-terma dalam perjanjian jual beli dan keperluan membayar cukai berkaitan hartanah.

Dalam hal ini, mendapatkan nasihat peguam berpengalaman serta mempunya rekod baik dalam urusan jual beli hartanah adalah antara langkah bijak yang perlu anda ambil. Peguam berwibawa sudah tentu akan mampu membantu anda memastikan semua dokumen undang-undang disediakan secara betul dan lengkap serta tiada isu perundangan yang dapat menimbulkan masalah pada masa depan.

JUAL RUMAH: JANGAN TERGESA-GESA

Ini juga sangat penting - jangan gopoh dan jangan terlalu tergesa-gesa. Apabila ada pembeli berminat untuk membeli rumah anda, anda mungkin tergoda untuk cepat-cepat menerima tawaran berkenaan, Tenang dahulu. Sangat penting untuk tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan.

Pertimbangkan setiap tawaran secara teliti dan pastikan anda memahami semua syarat ditetapkan. Sangat perlu, untuk mengelak masalah masa depan, untuk anda berbincang dengan peguam atau ejen hartanah. Ini bagi memastikan tawaran berkenaan adalah yang terbaik untuk anda.

JUAL RUMAH: KEADAAN RUMAH

Kebersihan rumah juga adalah antara faktor penting. Ini sering sahaja diabaikan oleh sesetengah orang yang mahu menjual rumah. Sangat penting untuk memastikan rumah anda sentiasa dalam keadaan bersih serta kemas-teratur sepanjang proses promo dan jualan premis berkenaan.

Pembeli yang datang untuk melihat rumah berkenaan akan lebih tertarik jika rumah itu dalam keadaan bersih serta terjaga elok. Dari segi promo, pastikan rumah anda mudah ditemui dan dilihat pembeli berpotensi di pelbagai platform media sosial. Untuk ini, anda perlu memastikan anda memaparkan secara betul semua imej atau foto rumah berkenaan. Pastikan foto-foto berkenaan mempamerkan rumah dalam keadaan terbaik.

JUAL RUMAH: BERSEDIA UNTUK RUNDINGAN

Rundingan adalah bahagian yang sudah semestinya pasti akan berlaku dalam mana-mana proses menjual rumah. Justeru, bersedialah untuk berunding dengan pembeli dari segi harga dan terma-terma jualan.

Anda tidak perlu dan tidak semestinya menerima tawaran pertama yang diberikan. Namun, jangan terlalu keras kepala atau terlalu tegas sehingga menghalang potensi untuk berlaku jualan. Sangat penting untuk mencari titik persetujuan yang memuaskan di antara kedua-dua belah pihak, iaitu penjual dan pembeli. Ketahuilah bahawa rundingan yang berjaya memerlukan kesabaran dan fleksibiliti. Justeru, pastikan anda sentiasa bersedia untuk berbincang secara terbuka.

JUAL RUMAH: ELAK JANJI KOSONG

Sepanjang mempromosikan rumah anda di pelbagai media, pastikan anda jujur mengenai keadaan rumah dan apa sahaja info serta fakta berkaitan. Dan, paling penting, elakkan membuat janji yang anda tidak pasti boleh ditunaikan. Contohnya, jika ada sebarang kerosakan atau isu yang memerlukan perhatian, lebih baik anda nyatakan secara jelas kepada pembeli. Jangan sembunyikan fakta.

Ini dapat mengelak sebarang konflik atau masalah apabila pembeli mendapati keadaan sebenar rumah tidak seperti yang anda uar-uarkan ketika promo. Ingat, kejujuran sangat penting. Daripada semua di atas, dapatlah difahami bahawa menjual rumah memerlukan persediaan teliti serta pemahaman mendalam berhubung proses-proses yang perlu dilalui.

Dengan adanya persediaan yang baik dan maklumat yang mencukupi, anda bukan sahaja berjaya menjual rumah pada harga memuaskan, malah meminimumkan masalah dan halangan sepanjang proses terbabit. Ada juga bacaan lain untuk tambahan bagi mendapatkan panduan jual rumah.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.