Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

JOINT LOAN RISIKO BILA SALAH SEORANG TAK BAYAR

Ms Ida Collection 20263 min read · estimate
Editorial illustration for JOINT LOAN RISIKO BILA SALAH SEORANG TAK BAYAR
RAHCo reading room

‘Joint Loan’: Risiko Bila Salah Seorang Tak Bayar

‘Joint Loan’ atau pinjaman bersama sering menjadi pilihan pasangan suami isteri, adik -beradik atau rakan kongsi untuk membeli rumah. Dengan gabungan pendapatan, kelulusan pinjaman bank biasanya lebih mudah.

Namun, apa jadi jika salah seorang gagal bayar ansuran bulanan? Tidak kira peminjam pertama atau peminjam kedua di dalam suatu pinjaman bersama, kedua-duanya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pinjaman tersebut. Sebab itulah sebelum bersetuju unt uk membuat pinjaman bersama, perlu difahami terlebih dahulu apa itu ‘joint loan’ dan risikonya.

‘Joint Loan’ atau pinjaman bersama ialah pinjaman perumahan yang dibuat oleh dua atau lebih peminjam di bawah satu akaun pinjaman yang sama. Setiap peminjam me mpunyai tanggungjawab penuh terhadap keseluruhan pinjaman bukan hanya terhadap bahagian masing -masing. Jadi, perlu ingat ianya merupakan tanggungan bersama, risiko bersama malah bank tidak m engira siapa yang sepatutnya membayar.

Berikut adalah antara risi ko keburukan ‘joint loan’ untuk anda ambil kira sebelum memutuskan samaada ia patut dilakukan:

1. Rekod Kredit Menjadi Rosak

Semakan laporan CCRIS (oleh Bank Negara Malaysia) dan CTOS (agensi swasta) adalah penting untuk menyemak status kredit, tunggakan pinjaman, dan kesihatan kewangan sebelum memohon pembiayaan atau sebelum pembelian hartanah. Jika ansuran bulanan bank tertunggak, semua nama peminjam akan terkesan dan boleh dilibatkan ke dalam sebarang tindakan yang diambil oleh bank termasuklah semua peminjam-peminjam yang mengambil ‘Joint Loan’.

Rekod CCRIS atau CTOS semua peminjam juga menjadi rosak walaupun hanya salah seorang peminjam yang gagal bayar, ianya tetap akan memberi kesan kepada semua peminjam. Kelewatan bayaran dan tunggakan tersebut akan direkodkan di dalam CCRIS dan CTOS semua peminjam-peminjam dan boleh diakses oleh semua pihak samaada indvidu atau syarikat memandangkan carian CCRIS boleh didapatkan secara percuma melalui e-CCRIS atau kiosk Bank Negara Malaysia (BNM) manakala carian CTOS pula boleh di dapatkan secara percuma atau berbayar melalui laman web CTOS atau applikasi MyCTOS.

2. Menjadi Beban Kewangan Kepada Pihak Yang Lain

Oleh kerana ada peminjam lain yang gagal membayar pinjaman bulanan bank, peminjam yang telah bayar bahagiannya terpaksa membayarkan bahagian peminjam ya ng gagal bayar tersebut bagi mengelakkan rekod kreditnya menjadi rosak. Ini menyebabkan dia terpaksa menanggung keseluruhan jumlah ansuran bank dan kemungkinan terpaksa menggunakan duit simpanan sehingga boleh menyebabkan menghadapi tekanan kewangan dalam jangka masa yang panjang. Situasi ini sering berlaku yang berpunca daripada perceraian, konflik antara keluarga atau kegagalan dalam perniagaan.

3. Risiko Tindakan Undang-Undang

Selain daripada risiko-risiko di atas, ia juga boleh membawa kepada tindakan undang-undang ke atas semua peminjam sekiranya tunggakan tersebut berterusan tidak dibayar oleh salah seorang peminjam atau peminjam yang lain. Bank boleh mengambil tindakan saman ke atas semua peminjam ke atas jumlah tunggakan pinjaman yang tidak dibaya r malah rumah peminjam tersebut juga boleh dilelong oleh bank. Jadi, semua peminjam bagi pinjaman bersama tersebut tetap bertanggungjawab ke atas tunggakan tersebut walaupun peminjam tidak tinggal di rumah tersebut.

4. Sukar Untuk Jual Atau Keluarkan Nama

Walaupun pinjaman telah selesai dibayar, peminjam yang membayar secara konsisten tersebut juga boleh menghadapi masalah kesukaran menjual dan mengeluarkan nama peminjam yang lain sekiranya di a berhasrat ingin meletakkan namanya seorang sebagai pemilik ke atas geran rumah tersebut. Selain itu juga, boleh menyebabkan kesukaran untuk membuat pembiayaan semula atau ‘refinance’. Memandangkan semua proses di atas memerlukan persetujuan semua peminjam dan jika hubungan sudah retak, proses akan jadi rumit.

Oleh itu, sebelum membuat ‘joint loan’, perlulah pertimbangkan dengan bijak dan pastikan membuat perjanjian bertulis antara peminjam dan menentukan secara jelas jumlah bayaran bulanan setiap peminjam. Selain itu, boleh juga menyediakan perancangan atau kaedah penyelesaian sebagai Langkah berjaga -jaga sekiranya salah seorang gagal membayar serta perlu mempertimbangkan jumlah insuran atau takaful yang mencukupi.

Kesimpulannya, Joint loan memang boleh memudahkan kelulusan pinjaman, tetapi risikonya tinggi jika salah seorang gagal bayar. Jadi perlu ingat bahawa pada bank hutang itu tanggungjawab bersama jadi sebelum setuju buat joint loan, pastikan anda faham sepenuhnya komitmen dan risikonya supaya tidak menyesal di kemudian hari.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.