Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

DEFINISI RUMAH KEDUA DALAM PENENTUAN KADAR DUTI SETEM : ELAKKAN KEKELIRUAN

Ms Amalia Koleksi 20252 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk DEFINISI RUMAH KEDUA DALAM PENENTUAN KADAR DUTI SETEM : ELAKKAN KEKELIRUAN
Ruang bacaan RAHCo

Ramai pembeli keliru mengenai definisi rumah pertama dan rumah kedua. Rumah kedua bukan hanya merujuk kepada pembelian rumah kedua, tetapi juga mengambil kira sebarang hartanah lain yang telah dimiliki atas nama pembeli.

Sebagai contoh, jika seseorang pernah membeli tanah kosong dan ia didaftarkan atas namanya, kemudian membeli sebuah rumah, rumah tersebut dikira sebagai rumah kedua. Jika seseorang memiliki sebuah rumah dan membeli satu lagi rumah, pembelian terbaru itu juga dikira sebagai rumah kedua.

Oleh itu, jika pembeli sudah memiliki sebarang hartanah (sama ada rumah, tanah, atau bangunan), pembelian rumah seterusnya akan dikira sebagai rumah kedua dan tertakluk kepada kadar duti setem yang yang telah ditetapkan oleh LHDN.

Selain itu, hartanah yang diperolehi melalui penurunan milik daripada harta pusaka (tarekah) juga boleh mempengaruhi status pemilikan dan kadar duti setem yang perlu dibayar. Jika individu yang menerima hartanah daripada pusaka ingin membeli rumah lain, rumah yang dibeli itu akan dikira sebagai rumah kedua, walaupun hartanah pertama hanya sebidang tanah atau rumah yang diwarisi. Ini bermakna pembeli tidak layak untuk pengecualian duti setem rumah pertama dan perlu membayar duti setem penuh.

Duti setem adalah salah satu kos yang perlu diambil kira sebelum membeli rumah, terutamanya jika harga rumah melebihi RM500,000 atau jika pembeli sudah memiliki hartanah lain. Justeru itu, sebelum membuat pembelian, adalah penting untuk memahami struktur duti setem bagi mengelakkan kejutan kewangan. Jika tidak pasti, pembeli boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam hartanah atau ejen hartanah untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai duti setem dan kos tambahan lain yang berkaitan.

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.