Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

CUKAI TANAH TERTUNGGAK: APAKAH IMPLIKASINYA?

Ms Syazwani Collection 20253 min read · estimate
Editorial illustration for CUKAI TANAH TERTUNGGAK: APAKAH IMPLIKASINYA?
RAHCo reading room

Cukai Tanah ataupun biasanya disebut dengan terma cukai hasil tanah oleh masyarakat setempat merupakan salah satu cukai di mana setiap pemilik tanah bertanggungjawab untuk menjelaskannya dengan pihak Pejabat Tanah. Dalam Bahasa Inggeris ianya disebut sebagai “Quit Rent”. Bagi hartanah di bawah pegangan Hakmilik Strata, ianya dipanggil sebagai “Cukai Petak”.

Secara ringkasnya, apabila mendengar istilah “Quit Rent”, “Cukai Hasil Tanah”, “Cukai Tanah” dan “Cukai Petak”, iainya merujuk pada perkara yang sama. Di bawah peruntukan undang-undang di Malaysia, Cukai Tanah disebut sebagai “Sewa” di mana Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 mentafsirkan sewa sebagai;

apa-apa jumlah wang tahunan yang akan dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai sewa;

apa-apa pembayaran tahunan lain yang akan dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri yang mengikut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; dan apa-apa fee yang akan dibayar kepada pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.

Cukai Tanah hendahlah dibayar oleh pemilik tanah di pejabat Tanah atau mana-mana tempat lain yang pentadbir tanah sifatkan sebagai sesuai atau di tempat lain tertentu dalam negeri sebagaimana yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, samada secara sengaja atau tidak, terdapat juga situasi di mana pemilik tanah gagal membuat pembayaran cukai tanah dan akhirnya menyebabkan tunggakan pada pembayaran cukai tanah.

Apabila terdapat tunggakan pada cukai tanah, pemilik tanah akan menerima suatu notis tuntutan tunggakan sewa iaitu Borang 6A Kanun Tanah Negara oleh Pentadbir Tanah. Pada borang tersebut dinyatakan bahawa pemilik tanah hendaklah membuat pembayaran menurut jumlah wang yang dinyatakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tersebut disampaikan.

Pada notis tersebut juga dinyatakan amaran sekiranya pembayaran tersebut gagal diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan tersebut, tanah tersebut akan dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri. Selain dari pemilik tanah, Notis Tuntutan Tunggakan Sewa tersebut juga disampaikan kepada pihak-pihak yang berikut;-

(a) mana-mana orang atau badan yang mempunyai kepentingan berdaftar yang menyentuh tanah itu (termasuklah pemegang gadaian/pajakan);

(b) mana-mana orang atau badan yang mempunyai satu lien ke atas tanah itu, atau ke atas mana-mana pajakan atau pajakan kecil;

(c) mana-mana orang atau badan yang menduduki mana-mana bahagian di bawah mana-mana tenansi yang bebas daripada pendaftaran yang dilindungi oleh suatu pengendorsan atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah itu di bawah Seksyen 317 Kanun Tanah Negara; dan

(d) mana-mana orang atau badan yang mempunyai tuntutan yang dilindungi oleh kaveat yang menyentuh tanah itu atau mana-mana kepentingan dalamnya.

Pada notis yang disampaikan kepada pihak-pihak yang dinyatakan pada (a)-(d), dilampirkan juga notis tambahan yang menyatakan kaedah penebusan semula jumlah wang yang dibayar oleh mana-mana pihak (a)-(d) tersebut atau oleh mana-mana pihak yang lain. Walaupun pembayaran cukai tanah adalah kewajipan penuh pemilik tanah, peruntukan undang-undang di Malaysia membenarkan mana-mana pihak yang lain untuk menyelesaikan tunggakan cukai tanah dan memberi jalan kepada pihak tersebut untuk menuntut penebusan bagi pembayaran tersebut.

Namun demikian, sekiranya tunggakan cukai tanah sepertimana yang dituntut pada Borang 6A Kanun Tanah Negara tidak diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan tersebut, Notis Rampasan akan disampaikan kepada pemilik tanah dan pihak-pihak (a)-(d) dan seterusnya tanah tersebut akan dilucuthak daripada pemilik tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri. Dalam kata lain, ini bermaksud tuan tanah tidak lagi mempunyai sebarang hak, kepentingan atau faedah terhadap tanah tersebut.

Kesimpulannya, pemilik tanah hendaklah peka dengan tanggungjawabnya untuk membayar cukai bagi tanah yang dimiliki untuk mengelakkan kerugian yang besar terhadap diri sendiri dan pihak-pihak yang berkepentingan.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.