CKHT VS RPGT – JANGAN KELIRU!
Istilah CKHT dan RPGT mungkin sudah biasa didengari oleh pemilik hartanah, penjual dan pembeli.
Namun masih ramai yang keliru antara CKHT dan RPGT. Ada yang menyangka CKHT dan RPGT adalah cukai berbeza ataupun dikenakan serentak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pada hakikatnya, CKHT dan RPGT merujuk kepada maksud yang sama, hanya berbeza dari segi istilah bahasa.
CKHT atau Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) merupakan istilah bahasa melayu yang bermaksud cukai yang dikenakan oleh LHDN ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada pelupusan aset atau penjualan hartanah yang boleh dikenakan cukai seperti rumah, bangunan komersil, ladang dan tanah kosong. Istilah CKHT tersebut diterjemahkan di dalam bahasa inggeris sebagai RPGT atau Real Property Gain Tax (RPGT) yang merujuk kepada maksud yang sama. Jadi, dapat kita fahami CKHT dan RPGT adalah suatu cukai yang sama dan hanya berbeza nama dalam istilah bahasa melayu dan bahasa inggeris sahaja.
CKHT atau RPGT dikenakan apabila aset atau hartanah dijual, terdapat keuntungan daripada penjualan dan jualan yang dibuat dalam tempoh pegangan tertentu. Aset termasuk mana -mana tanah yang terletak di Malaysia, dan apa-apa kepentingan, opsyen atau hak lain dalam atau atas tanah tersebut.
Semakin singkat tempoh pegangan hartanah tersebut, semakin tinggi kadar CKHT.
Kadar CKHT bergantung kepada tempoh pemilikan hartanah atau status penjual tersebut samaada dia seorang individu, warganegara, pemastautin tetap atau merupakan sebuah syarikat. Kadar CKHT ini ditetapkan di bawah Jadual 5 ACKHT bahawa penjual hartanah boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti di bawah:
- Bahagian I Jadual 5 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT) adalah bagi penjualan aset atau hartanah oleh penjual yang merupakan individ u warganegara Malaysia dan perkongsian yang mana kadar CKHT dikira seperti di bawah:
Tempoh Pelupusan Kadar Cukai (%) 1.1.2010 hingga
- 12.2011
- 1.2012 hingga
- 12.2012
- 1.2013 hingga
- 12.2013
- 1.2014 hingga
- 12.2018
- 1.2019 hingga
- 12.2021
Mulai
- 1.2022
Dalam tempoh 2 tahun
5 10 15 30 30 30
Dalam tahun ke-3 5 5 10 30 30
30
Dalam tahun ke-4 5 5 10 20 20
20
Dalam tahun ke-5 5 5 10 15 15
15
Dalam tahun ke-6 atau seterusnya 5 * 5 ** 5 *** 0 5 Tiada
- Bahagian II Jadual 5 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT) adalah bagi penjualan aset atau hartanah oleh syarikat yang diperbadankan di Malaysia, pemegang amanah bagi suatu amanah, dan kumpulan orang yang didaftarkan di bawah mana – mana undang – undang bertulis di Malaysia yang mana kadar CKHT dikira seperti di bawah:
Tempoh Pelupusan Kadar Cukai (%) 1.1.2010 hingga
- 12.2011
- 1.2012 hingga
- 12.2012
- 1.2013 hingga
- 12.2013
- 1.2014 hingga 31.12.2018 Mulai 1.1.2019 Dalam tempoh 2 tahun 5 10 15 30 30 Dalam tahun ke-3 5 5 10 30 30 Dalam tahun ke-4 5 5 10 20 20 Dalam tahun ke-5 5 5 10 15 15 Dalam tahun ke-6 atau seterusnya
5 * 5 ** 5 *** 5 10
- Bahagian II I Jadual 5 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT) adalah bagi penjualan aset atau hartanah oleh individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, atau harta pusaka si mati yang bukan warganegara dan bukan juga pemastautin tetap ata u syarikat yang tidak diperbadankan di Malaysia yang mana kadar CKHT dikira seperti di bawah:
Tempoh Pelupusan Kadar Cukai (%) 1.1.2010 hingga
- 12.2011
- 1.2012 hingga
- 12.2012
- 1.2013 hingga
- 12.2013
- 1.2014 hingga 31.12.2018 Mulai 1.1.2019 Dalam tempoh 2 tahun
5 10 15 30 30
Dalam tahun ke-3 5 5 10 30 30 Dalam tahun ke-4 5 5 10 30 30 Dalam tahun ke-5 5 5 10 30 30 Dalam tahun ke-6 atau seterusnya
5 * 5 ** 5 *** 5 10
Terdapat beberapa pengecualian yang dibenarkan di bawah peruntukan ACKHT iaitu yang Pertama, pengecualian Perenggan 2 Jadual 4 ACKHT yang hanya dinikmati oleh individu di mana diberikan pengecualian bagi penjualan keseluruhan bahagian milik individu sebanyak RM10,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang mana lebih tinggi atau penjualan sebahagian daripada keseluruhan bahagian yang dimiliki (bagi pelupusan mulai 31.12.2015).
Pengecualian yang Kedua ialah pengecualian keuntungan daripada pelupusan kediaman persendirian di bawah Seksyen 8 ACKHT yang mana pengecualian diberikan pada keuntungan yang diperolehi daripada penjualan kediaman persendirian dan hanya layak dinikmati oleh individu sekali seumur hidup sahaja.
Kediaman persendirian ditakrifkan sebagai bangunan atau sebahagian daripada bangunan di Malaysia yang dimiliki oleh seseorang individu dan diduduki atau disahkan layak untuk diduduki sebagai tempat kediaman.
Oleh yang demikian, dapat kita fahami bahawa CKHT boleh dikenakan ke atas sebarang penjualan aset atau hartanah yang terdapat keuntungan daripadanya. Sebaliknya, jika harga jualan melebihi daripada harga pembelian aset atau hartanah tersebut, penjual tersebut dianggap mengalami kerugian maka tiada cukai akan dikenakan. Sama juga di dalam situasi di mana harga jualan aset sama dengan harga pembelian aset tersebut, ia dikira tiada keuntungan.
Maka, penting untuk penjual hartanah memahami dan mengambil kira perkara -perkara berkenaan CKHT ini sebelum memasuki suatu transaksi jualan bagi merancang masa yang terbaik untuk menjual hartanah, mengira kos seb enar penjualan serta bagi mengelakkan masalah atau penalti yang boleh dikenakan oleh LHDN.
Kesimpulannya, tidak perlu keliru lagi dengan istilah CKHT dan RPGT me mandangkan kedua-duanya membawa maksud yang sama cuma berbeza dari segi bahasa dan pastikan anda betul-betul memahami implikasi CKHT sebelum menjual hartanah agar sebarang keputusan yang dibuat lebi h bijak dan terancang.



