Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

CARA KIRA DUTI SETEM MOT

Koleksi 20262 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk CARA KIRA DUTI SETEM MOT
Ruang bacaan RAHCo

CARA KIRA DUTI SETEM MOT (PINDAH MILIK HARTANAH)

Duti setem bagi pemindahan hak milik hartanah dikira berdasarkan Harga Belian atau Nilai Pasaran hartanah (yang mana lebih tinggi). Pengiraannya menggunakan sistem Kadar Berperingkat (Ad Valorem).

1. Struktur Kadar Duti Setem Terkini

Berikut adalah kadar yang diguna pakai untuk hartanah di Malaysia:

  • 1% bagi RM100,000 pertama.
  • 2% bagi RM100,001 hingga RM500,000.
  • 3% bagi RM500,001 hingga RM1,000,000.
  • 4% bagi setiap ringgit seterusnya melebihi RM1,000,000.

2. Contoh Pengiraan

Katakan anda membeli sebuah rumah berharga RM600,000.00. Berikut adalah pecahan pengiraannya:

Peringkat Nilai Kadar Pengiraan Jumlah RM100,000 Pertama 1% 1% × RM100,000 RM1,000 RM400,000 Berikutnya 2% 2% × RM400,000 RM8,000 RM100,000 Baki 3% 3% × RM100,000 RM3,000

JUMLAH KESELURUHAN RM12,000

3. Pengecualian dan Peremitan Duti Setem Penting

Sebelum anda membayar, pastikan anda menyemak kelayakan untuk inisiatif berikut:

  • Pembeli Rumah Pertama: Melalui Inisiatif Kediaman Keluarga Malaysia (i -Miliki), pembeli rumah pertama layak mendapat pengecualian duti setem 100% untuk hartanah bernilai RM500,000 ke bawah (tertakluk kepada tempoh kempen). (P.U.(A) 448/2025)
  • Pindah Milik Kasih Sayang: Pindahan antara suami dan isteri , ibu bapa kepada anak atau datuk nenek kepada cucu biasanya mendapat Pengecualian 100% untuk hartanah bernilai RM500 ,000 ke bawah . Baki hartanah yang melebihi RM1,000,000 , dikenakan kadar duti setem ad valorem (biasanya 4% bagi nilai melebihi RM1 juta) tetapi diberikan remisi/diskaun 50%. ((P.U.(A)

178/2023).

4. Proses Pembayaran Duti Setem MOT

Duti setem adalah bayaran mandatori sebelum hak milik sah boleh didaftarkan di Pejabat Tanah.

a) Adjudikasi: Peguam anda akan menghantar Borang 14A (MOT) dan Perjanjian Jual Beli (SPA) ke LHDN melalui portal MyTax Portal untuk proses penilaian (adjudication).

b) Notis Taksiran: LHDN akan mengeluarkan Notis Taksiran yang menyatakan jumlah duti setem yang perlu dibayar.

c) Pembayaran: Anda perlu membayar jumlah tersebut dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis untuk mengelakkan penalti bayaran lewat.

Kesimpulan Memahami cara mengira duti setem MOT membolehkan anda menyediakan dana yang mencukupi semasa proses pembelian rumah. Sentiasa berhubung rapat dengan peguam anda untuk memastikan pengiraan adalah tepat dan untuk memanfaatkan sebarang pengecualian duti setem terkini yang mungkin ditawarkan oleh kerajaan.

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.