Ramai beranggapan membeli rumah memerlukan deposit 10%, dan tanpa simpanan yang cukup, impian memiliki rumah sukar direalisasikan. Namun, adakah benar beli rumah tanpa deposit itu hanya mitos?
Bagi pembelian rumah daripada pemaju, konsep tanpa deposit sering ditawarkan melalui rebat harga, cashback, atau promosi khas. Secara teknikalnya, pembeli tidak mengeluarkan wang sendiri untuk deposit kerana kos tersebut ditampung melalui insentif pemaju. Walau bagaimanapun, pembeli masih perlu mengambil kira kos lain seperti yuran guaman, duti setem dan komitmen pinjaman jangka panjang.
Untuk rumah subsale, bank kebiasaannya membiayai sehingga 90% sahaja. Namun, pembeli boleh menggunakan KWSP Akaun 2, atau rundingan harga bagi menampung keperluan deposit. Walaupun bukan “percuma”, ia membantu pembeli memiliki rumah tanpa perlu menyediakan wang tunai yang besar. Sekiranya ingkar dengan perjanjian dalam sale and purchase agreement, deposit akan burn dan sekiranya deposit tidak pernah dibayar, pembeli hendaklah mengeluarkan duit sendiri sebagai ganti rugi kepada penjual.
Konsep tanpa deposit tidak bermaksud tanpa kos. Pembeli tetap perlu merancang kewangan dengan baik supaya tidak terbeban selepas pembelian, terutama dari segi bayaran bulanan dan kos penyelenggaraan.
Beli rumah tanpa deposit bukan mitos, tetapi ia bergantung kepada struktur pembelian dan kemampuan kewangan pembeli. Sama ada rumah developer atau subsale, pemahaman yang jelas adalah kunci untuk membuat keputusan yang bijak


