Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

APAKAH ITU CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)?

Ms Nad Collection 20254 min read · estimate
Editorial illustration for APAKAH ITU CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)?
RAHCo reading room

APAKAH ITU CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)?Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang diperoleh daripada pelupusan atau penjualan hartanah dan perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN). Oleh itu, CKHT hanya dikenakan kepada penjual hartanah.

Berdasarkan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, CKHT adalah cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan dari pelupusan harta tanah. Anda hanya akan dikenakan cukai ke atas keuntungan bersih.

Apa itu keuntungan bersih?

Keuntungan bersih maksudnya, perbezaan di antara harga yang penjual beli hartanah tersebut sebelum ini, dengan harga yang penjual jual hartanah tersebut sekarang, dan dikurangkan lagi dengan pelbagai caj dan kos yang penjual kena tanggung sepanjang penjual memiliki hartanah tersebut seperti duti setem, bayaran guaman, caj renovation, caj komisen ejen dan sebagainya.

Tempoh pegangan akan dikira dari tarikh SPA penjual beli hartanah ini, sehingga tarikh pelupusan iaitu tarikh SPA penjual menjual hartanah ini.

CKHT hanya boleh dikenakan jika terdapat keuntungan yang diperoleh dari pelupusan harta tersebut. Oleh itu, jika harga pelupusan lebih rendah daripada harga pemerolehan, tiada keuntungan yang diperoleh dan oleh itu tiada CKHT yang perlu dibayar.

Begitu juga, jika harga pelupusan adalah sama dengan harga pemerolehan, tidak ada keuntungan yang boleh dikenakan cukai ataupun kerugian yang dibenarkan. Oleh itu, tiada CKHT perlu dibayar.

Seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, peguam cara pembeli dikehendaki mengekalkan 3% dari harga belian dari deposit dan menghantarnya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh perjanjian jual beli untuk memenuhi RPGT yang kena dibayar.

Namun jangan risau, terdapat beberapa pengecualian yang dibenarkan untuk tidak perlu membayar CKHT.

Antaranya adalah:

  1. Pengecualian sekali seumur hidup untuk hartanah kediaman sahaja kepada individu (Sila gunakan peluang ini sekali dalam seumur hidup dengan bijak!)
  1. Pengecualian ke atas keuntungan yang terhasil daripada pelupusan harta tanah antara anggota keluarga @ pindahmilik kasih sayang (contohnya suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak dan datuk nenek dan cucu)

Dalam keadaan ini, pemindah itu dianggap tidak mendapat untung dan tidak mengalami kerugian dan penerima pindahan dianggap telah memperoleh harta itu pada harga perolehan yang sama dengan harga perolehan yang dibayar oleh pemindah bersama-sama dengan segala perbelanjaan yang dibenarkan yang dilakukan oleh pemindah itu. Selain daripada pemindahan di atas, sebarang bentuk pemindahan antara ahli keluarga tidak berhak bagi permohonan pengecualian, seperti pemindahan antara adik-beradik.

  1. Pengecualian untuk jumlah bersamaan dengan 10% daripada keuntungan terkena cukai, atau RM10,000 (yang mana lebih tinggi) untuk setiap transaksi tak akan dikenakan cukai.
  1. Aset yang hendak dilupuskan selepas 5 tahun pemilikan tidak dikenakan bayaran RPGT oleh LHDN. Namun, bagi penduduk bukan pemastautin ataupun syarikat, mereka masih kena bayar sebanyak 10% untuk pelupusan hartanah lepas dari 5 tahun pertama.Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang juga dikenali sebagai Real Property Gains Tax (RPGT) adalah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang diperolehi daripada pelupusan hartanah. Ini bermaksud, apabila anda menjual rumah anda, keuntungan bersih (jika ada) hasil penjualan itu akan dikenakan cukai.

Menurut LHDN, kadar CHKT yang terkini dari tahun 2022 adalah seperti berikut:

Tempoh PelupusanWarganegara/PRBukan WarganegaraSyarikat
Bawah 3 tahun30%30%30%
Bawah 4 tahun20%30%20%
Bawah 5 tahun15%30%15%
Bawah 6 tahun0%10%10%

Tanggungjawab Pelupus Dan Cara Nak Hantar Bayaran CKHT/RPGT

Isi dulu borang Pelupusan Harta Tanah (CKHT 1A). Dengan borang ni kena lampirkan sekali Perjanjian Jual Beli (SPA) dan semua dokumen yang menyokong potongan yang anda nak mohon dari CKHT/ RPGT. Salah satu contohnya Memorandum Pindah Milik.

Kalau nak mohon untuk pengecualian CKHT, kena isi juga borang Notis Pemberitahuan Maklumat di bawah Seksyen 27 A CKHT 1976 (CKHT 3).

Dah siap isi semua, serahkannya berserta dengan semua dokumen sokongan di cawangan LHDN yang berdekatan dalam tempoh 60 hari.

Sediakan salinan dokumen tersebut untuk diserah kepada pemeroleh atau pembeli. Pembeli perlu mengisi dan menyerahkan pula Borang CKHT 2A sebagai pemeroleh kepada pejabat LHDN cawangan pelupus atau penjual.

Untuk dapatkan borang-borang di atas, pergi saja mana-mana cawangan LHDN ataupun download dari laman web LHDN.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.