APA ITU PERFECTION OF TRANSFER (POT) DAN MENGAPA IA PENTING?
Apabila anda membeli rumah daripada pemaju, selalunya geran hartanah tersebut masih di bawah Geran Induk (Master Title) . Perfection of Transfer adalah proses undang -undang untuk memindahkan nama pemaju kepada nama anda pada Geran Individu atau Geran Strata setelah ia dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.
- Bilakah Proses Ini Bermula?
Proses ini bermula apabila peguam anda menerima notis daripada pemaju bahawa Geran Individu /Strata telah pun dikeluarkan. Anda mempunyai tempoh masa tertentu (biasanya 12 bulan) untuk menyempurnakan pindah milik ini bagi mengelakkan bayaran tambahan atau denda.
2. Langkah-Langkah Utama
- Melantik Peguam: Anda boleh melantik peguam yang sama semasa urusan Perjanjian Jual Beli
(SPA) atau melantik peguam baru.
- Menandatangani Borang 14A: Dokumen ini dikenali sebagai Memorandum Pinda h Milik
(MOT). Ia perlu ditandatangani oleh pembeli dan pemaju.
- Pembayaran Duti Setem: Pejabat peguam akan embuat permohonan adjudikasi dokumen
MOT di dalam portal MyTax Portal (LHDN). Jika duti setem (ad velorem) belum dibayar semasa SPA, anda perlu membayarnya sekarang berdasarkan nilai hartanah yang dibeli.
- Pendaftaran di Pejabat Tanah: Setelah dokumen di adjudikasi dan bayaran dutis etem ad - velorem dibuat, peguam akan mendaftarkan nama anda di Pejabat Tanah untuk pengeluaran geran terkini.
3. Anggaran Kos yang Terlibat
- Yuran Guaman: Mengikut Perintah Saraan Peguam Cara (SRO) anda biasanya layak untuk mendapat pengurangan yuran:
- 25% daripada yuran berskala jika anda menggunakan peguam yang sama seperti semasa SPA.
- 50% daripada yuran berskala jika anda melantik peguam yang baharu.
- Duti Setem: Berdasarkan harga hartanah (1% untuk RM100k pertama, 2% untuk RM400k berikutnya, dan seterusnya).
- Kos Lain: Termasuk yuran pendaftaran pejabat tanah, carian rasmi, dan kos pengangkutan dan lain lain yang berkaitan (disbursements).
- Kenapa Anda Tidak Boleh Melengah-lengahkan POT?
- Hak Milik Sah: Tanpa POT, anda hanya pemilik benefisial. Nama anda tidak akan muncul dalam rekod Pejabat Tanah.
- Urusan Jual Beli: Jika anda ingin menjual rumah di masa hadapan, pembeli (terutamanya jika mereka mengambil pinjaman bank) akan memerlukan ger an atas nama anda. Proses jualan akan menjadi sangat lambat dan rumit jika POT belum selesai .
- Halangan Pembiayaan Semula (Refinance) : Kesukaran untuk pihak Bank meluluskan permohonan refinance selagi geran individu/strata tidak berada di bawah nama anda.
- Risiko Pemaju Muflis: Ini adalah risiko terbesar. Jika pemaju muflis sebelum anda sempat melakukan POT, geran tersebut mungkin terperangkap di bawah pengurusan pelikuidasi (Liquidator). Anda terpaksa membayar kos tambahan (biasanya 1% ke 2% dari harg a rumah) kepada pelikuidasi untuk mendapatkan pengesahan mereka.
Kesimpulan Melakukan Perfection of Transfer adalah tindakan bertanggungjawab untuk melindungi aset terbesar anda.
Sebaik sahaja menerima notis daripada pemaju, segera hubungi peguam untuk memulakan proses.



