Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

APA ITU HAK MILIK STRATA DAN KENAPA IANYA PENTING KEPADA PEMILIK RUMAH?

Collection 20245 min read · estimate
Editorial illustration for APA ITU HAK MILIK STRATA DAN KENAPA IANYA PENTING KEPADA PEMILIK RUMAH?
RAHCo reading room

Hak milik strata merupakan salah satu daripada tiga jenis hak milik tanah yang digunakan di Malaysia, manakala dua yang lain ialah hak milik induk dan hak milik individu. Hak milik tanah adalah dokumen penting bagi pemilik rumah. Berikut adalah sebabnya.

Desas-desus kedengaran dalam berita akhir-akhir ini bahawa masih ramai lagi pemilik rumah yang belum menerima hak milik strata bagi hartanah mereka walaupun pembelian hartanah tersebut sudah bertahun. Anda pasti tertanya-tanya kenapa pentingnya hak milik strata ini. Lagipun anda sudah menerima kunci rumah dan sudah pun menetap di situ dengan selesa tanpa sebarang isu. Jadi kenapa perlu persoalkan jika masih tidak menerima hak milik strata tepat pada masanya?

Mari lihat dengan lebih terperinci beberapa fakta utama kenapa pemilik rumah perlu tahu tentang hak milik strata:

APA ITU HAK MILIK STRATA?

Secara ringkasnya, hak milik strata adalah jenis hak milik tanah yang dikeluarkan untuk hartanah berstrata. Ini bermaksud, anda dan pemilik apartment/kondo memiliki unit/petak tertentu dan bertanggungjawab ke atas harta bersama yang dikenali sebagai kawasan sepunya termasuk kolam renang, gim, lif, tempat istirahat dan mana-mana kawasan yang bukan kepunyaan pemegang unit strata individu.

Kebanyakan hak milik strata mempunyai petak aksesori yang mungkin merangkumi belebas penghawa dingin dan petak tempat letak kereta. Penjadualan petak atau dikenali sebagai pelan strata juga akan dilampirkan pada hak milik strata.

KENAPA HAK MILIK STRATA PENTING KEPADA PEMILIK RUMAH?

Mempunyai hak milik strata adalah penting kerana:

Berfungsi sebagai bukti pemilikan apartment/kondo.

Digunakan sebagai alat cagaran kepada bank untuk pinjaman.

Pengeluaran hak milik strata akan memulakan formasi Perbadanan Pengurusan (MC) oleh pemilik apartment/kondo.

Berfungsi sebagai bukti kawasan binaan unit anda dan pembahagian bahagian anda dalam jumlah unit agregat. Ini membolehkan pengiraan yuran penyelenggaraan oleh Jawatankuasa Pengurusan.

Mempunyai hak milik strata boleh mencegah komplikasi jika pemaju berada dalam pembubaran atau tidak solven

Sebab utama kelewatan dalam pengeluaran hak milik strata menurut hak milik induk ialah,mengikut undang-undang tanah itu adalah kepunyaan pemaju (atau empunya yang berdaftar) dan pemilik rumah hanya ada pemilikan benefisial terhadap petak masing-masing. Ini boleh menjadi satu masalah apabila pemilik rumah tidak dapat membuktikan pemilikan terhadap petak masing-masing tanpa hak milik strata berdaftar di bawah nama mereka.

BILAKAH SEPATUTNYA HAK MILIK STRATA DIKELUARKAN?

Di bawah Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013, hakmilik strata akan dikeluarkan selepas serahan pemilikan kosong (VP) hartanah itu. Ini bermakna pemilik rumah boleh menjangkakan untuk menerima hak milik strata mereka apabila mereka diberitahu bahawa serahan milikan kosong boleh diperoleh daripada pemaju bersama-sama dengan kunci dan dokumen pemilikan yang lain.

Sebelum ini, dibawah Akta Hak Milik Strata 1985, pemaju terpaksa memohon hak milik strata individu dalam masa enam bulan daripada pengeluaran Perakuan Siap dan Kepatuhan atau keadaan wajib lain sepertimana yang tertera di dalam Akta.

Di bawah sistem baharu, proses memohon hak milik strata bermula daripada saat pembinaan peringkat superstruktur telah siap, contohnya pembinaan dinding yang telah siap dan struktur yang diperlukan bagi pengukuran kesemua petak termasuk apa-apa aksesori dan harta milik bersama yang perlu ditunjukkan di dalam pelan strata. Setelah lengkapnya peringkat superstruktur, pemaju harus memohon dan memperoleh Sijil Cadangan Pelan Strata (CPSP) daripada Pengarah Pemeriksaan dan memulakan permohonan untuk hak milik strata dalam masa satu bulan selepas pengeluaran Sijil Cadangan Pelan Strata (CPSP).

BAGAIMANA UNTUK MENYEMAK PENGELUARAN HAK MILIK STRATA?

Menyemak pengeluaran strata adalah mudah. Pemilik rumah selalunya mempunyai maklumat hak milik induk di dalam Perjanjian Jual Beli mereka. Mereka boleh menghubungi pihak berkuasa tanah tempatan seperti Pejabat Tanah dan Galian Selangor atau membuat carian di sistem e-tanah menggunakan maklumat hak milik induk.

Disebabkan proses permohonan hak milik strata berada di tangan pemaju, kebanyakkan pemilik rumah tidak dapat mengesan peringkat permohonan yang banyak itu. Mereka boleh menghubungi pemaju dan bertanyakan jika pemaju telah memohon hak milik strata dan di peringkat mana pemohonan tersebut.

KENAPA ADA KELEWATAN DALAM PENGELUARAN HAK MILIK STRATA?

Ini secara tidak langsung, telah menjadi punca masalah bagi ramai pemilik rumah yang dibiarkan begitu sahaja tanpa tahu apa-apa tentang hak milik strata mereka.

Untuk hartanah yang dibina selepas pindaan Akta Hak Milik Strata, sebahagian besar kelewatan adalah disebabkan oleh pihak berkuasa tanah tempatan yang lambat atau sistem mereka tidak dapat memproses hak milik strata tersebut.

Untuk hartanah yang dibina sebelum pindaan pula, kebanyakan kelewatan datangnya daripada pemaju yang telah dibubarkan/tidak solven atau tidak mempunyai dana yang cukup untuk keseluruhan permohonan hak milik.

APA AKAN JADI SELEPAS HAK MILIK STRATA DIKELUARKAN?

Selepas hak milik strata dikeluarkan oleh pihak berkuasa tanah, pemaju hendaklah memindahkan hak milik tersebut kepada pembeli dalam masa 30 hari daripada tarikh pengeluaran. Ini adalah langkah penting yang selalu diabaikan oleh pemilik rumah.

Jika hak milik tidak dipindahkan kepada pemilik rumah, ini akan meletakkan mereka di dalam situasi dimana mereka bukanlah pemilik sah petak tersebut tapi hanyalah sebagai pemilik benefisial. Tambahan pula, mereka perlu mendapatkan persetujuan daripada pemaju jika mereka ingin menjual rumah mereka.

Pemilik rumah yang telah diberitahu untuk mengambil hak milik strata mereka perlu untuk membuat janji temu dengan peguam yang mengendalikan pembelian hartanah mereka untuk memulakan proses pemindahan hak milik.

Semasa melengkapkan pemindahan pemilikan, kesemua pemilik petak perlu bersama-sama dan menubuhkan Perbadanan Pengurusan (MC) untuk mengambil alih pengurusan fasiliti bersama daripada pemaju.

BOLEHKAH SAYA MENJUAL HARTANAH JIKA BELUM MENERIMA HAK MILIK STRATA?

Dalam kes sebegini, walaupun bekas pemilik rumah (sekarang penjual) belum menerima hak milik yang didaftarkan dibawah nama beliau, beliau boleh menyediakan dan menandatangani Surat Ikatan Tugasan yang dibuat di antara beliau dan pemilik baharu. Dokumen ini memberikan kesemua hak pemilikan benefisial kepada pemilik baharu. Apabila hak milik telah dikeluarkan, nama pemilik baharu akan didaftarkan sebagai pemilik petak tersebut.

Selain daripada Surat Ikatan Amanah (DOA). pemilik baharu mestilah memberikan notis penyerahan di bawah Seksyen 22D Akta Pembangunan Perumahan (Pengawalan dan Perlesenan) 1966. Notis ini memberitahu pemaju bahawa hak penjual telah diserahkan kepada pemilik baharu.

Surat Ikatan Amanah (DOA) adalah berbeza daripada Ikatan Perjanjian Bersama (DMC). Ikatan Perjanjian Bersama (DMC) adalah dokumen sah yang membentangkan semua aturan dan peraturan yang pemilik petak bersetuju untuk patuhi. Dokumen ini selalunya ditandatangai oleh pemaju dan pemilik rumah asal dan menjadi sebahagian set dokumen yang perlu disimpan oleh semua pemilik rumah selain daripada hak milik strata.

Walau bagaimanapun, dengan pengenalan kepada Peraturan Pengurusan Strata (Penyelenggaran dan Pengurusan) 2015, Ikatan Perjanjian Bersama tidak diperlukan kerana semua parti terikat dengan undang-undang di dalam penjadualan Peraturan Pengurusan Strata 2015 ketiga.

Artikel ini telah diolah semula dan pertama kali diterbitkan di Iproperty.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.