Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Semua artikel
Hartanah

ANSURAN BANK TELAH MULA DIBAYAR OLEH PEMBELI – ADAKAH HARTANAH TELAH MENJADI HAKMILIK PEMBELI?

Ms Liana Koleksi 20253 min bacaan · anggaran
Ilustrasi editorial untuk ANSURAN BANK TELAH MULA DIBAYAR OLEH PEMBELI – ADAKAH HARTANAH TELAH MENJADI HAKMILIK PEMBELI?
Ruang bacaan RAHCo

Selaku peguam, persoalan di atas sering ditujukan oleh pihak Pembeli kepada saya apabila mereka telah mula perlu untuk membuat bayaran ansuran bulanan di bank bagi pembelian sesuatu Hartanah walhal urusan jual beli Hartanah tersebut masih belum sempurna dan pihak Pembeli masih belum menerima kunci dan pemilikan kosong Hartanah yang dibeli.

Dari sudut amalan standard guaman hartanah, walaupun pihak Pembeli telah mula membuat pembayaran ansuran bulanan di bank di atas pembelian sesuatu Hartanah, ia tidak bermakna Hartanah tersebut sudah dimiliki secara rasmi oleh pihak Pembeli tersebut. Hal ini adalah kerana pihak bank Pembeli telah melepaskan sebahagian pinjaman perumahan pihak Pembeli bagi tujuan menjelaskan bayaran tebus hutang (redemption sum) pinjaman perumahan Penjual kepada pihak bank Penjual.

Maka dengan itu, pihak bank Pembeli berhak untuk menuntut supaya pihak Pembeli membuat pembayaran ansuran bulanan tersebut sebagai sekuriti bagi pihak bank Pembeli. Perkara ini telah dinyatakan di dalam surat tawaran bank yang telah ditandatangani oleh pihak Pembeli berkenaan terma dan syarat pembeli bagi membuat pinjaman perumahan di bank.

Untuk makluman, setelah bayaran tebus hutang pinjaman perumahan pihak Penjual dilakukan, masih terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan sebelum Hartanah boleh didaftarkan dan dipindahmilik kepada nama Pembeli dan bank Pembeli boleh melepaskan baki keseluruhan pinjaman perumahan tersebut antaranya urusan pihak bank Penjual menandatangani borang melepaskan gadaian, penyerahan geran dan dokumen-dokumen asal (security documents) daripada pihak bank Penjual kepada peguam, proses adjudikasi pembayaran duti setem dan sebagainya.

Setelah Hartanah telah didaftarkan dan dipindahmilik ke atas nama pihak Pembeli dan gadaian telah didaftarkan ke atas nama pihak bank Pembeli, bank Pembeli akan melepaskan baki keseluruhan pinjaman perumahan tersebut kepada peguam penjual sebagai pemegang pertaruhan (stakeholder) untuk diuruskan dan dilepaskan kepada pihak Penjual.

Berbalik kepada persoalan di atas, memandangkan Hartanah masih belum didaftarkan dan dipindahmilik kepada nama Pembeli dan pihak Penjual masih belum menerima baki keseluruhan pinjaman perumahan daripada bank Pembeli, pihak Penjual masih berhak ke atas Hartanah tersebut dan juga berhak untuk tidak menyerahkan kunci dan pemilikan kosong Hartanah tersebut kepada Pembeli.

Oleh yang demikian, Hartanah tersebut masih belum rasmi menjadi milik pihak Pembeli dan pihak Pembeli tiada hak untuk memasuki Hartanah tersebut atau menyewakan Hartanah tersebut kepada orang lain memandangkan urusan pindahmilik dan bayaran baki harga jual beli masih belum dijelaskan sepenuhnya kepada pihak Penjual oleh bank Pembeli walaupun ansuran bulanan bank telah mula dibayar oleh pihak Pembeli.

Walaubagaimanapun, pihak Pembeli boleh mendapatkan persetujuan dan berbincang dengan pihak Penjual untuk mencapai kata sepakat sekiranya pihak Pembeli ingin memasuki Hartanah lebih awal dengan cara penyewaan Hartanah tersebut dengan pihak Penjual. Namun demikian, pihak Pembeli dan Penjual haruslah membuat satu perjanjian sewaan secara rasmi dan kedua-dua pihak perlu mematuhi prosedur sewaan tersebut.

Walaupun begitu, pihak Pembeli adalah tidak digalakkan sama sekali untuk membuat sebarang proses pengubahsuaian ke atas Hartanah tersebut atau menyewakan Hartanah tersebut kepada pihak ketiga semasa penyewaan sehinggalah urusan pindahmilik dan bayaran baki harga jual beli telah dijelaskan sepenuhnya kepada pihak Penjual daripada bank Pembeli dan kunci serta pemilikan kosong telah diserahkan secara rasmi kepada pihak Pembeli.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua bakal Pembeli di luar sana.

Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa daripada kami warga Tetuan Rosenida Azlina Hafidz & Co.

Mazliana Ahmad Jalaludin

Anda telah selesai membaca artikel ini. Terokai artikel lain atau bincangkan urusan anda dengan pasukan kami.Ke atas
SAMBUNG BACA

Artikel Berkaitan

Ilustrasi editorial untuk MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Hartanah

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Hartanah

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Baca artikel
Ilustrasi editorial untuk VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Hartanah

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Baca artikel
RAHCO · PERANCANGAN HARTANAH

Kiraan yang lebih jelas.

Kiraan anda. Langkah lebih jelas.

Mulakan dengan contoh input di bawah. Ubah nilai untuk melihat anggaran dikemas kini.

RANCANG LANGKAH ANDA

Anggaran Kos Pembelian Rumah

Masukkan harga hartanah dan laraskan nilai untuk melihat anggaran kos anda.

Deposit anda
Deposit 10%Pembiayaan 90%
Pinjaman rumah sebelum MRTTRM270,000
Pembiayaan anda
Guna amaun MRTT dalam sebut harga. Pilih sama ada nak masukkan dalam ansuran atau bayar tunai.
Untuk pembiayaan, guna fi guaman disahkan bank sahaja, tanpa cukai, duti dan disbursement.
Fi penilaian · anggaran sahaja

—Anggaran kos penilaian

Gunakan amaun yang disahkan penilai anda.LPEPH · Skala fi penilaian ↗
Pembiayaan tambahan
MRTT ditambah dalam pinjamanRM0
Fi guaman ditambah dalam pinjamanRM0
Penilaian ditambah dalam pinjamanRM0
Jumlah tambahanRM0
Had lalai · 5%RM15,000
Jumlah pembiayaan untuk ansuranRM270,000
Kos yang ditambah ke pembiayaan sahaja. Tertakluk pada kelulusan bank.

3.8% ialah contoh. Kadar sebenar dan kelulusan tertakluk pada bank.

Kos disebut harga & dokumen tambahan · pilihan

Rujuk dokumen bank dan sebut harga firma. Hanya kos yang dimasukkan akan ditambah; elakkan amaun berulang.

Anggaran sahaja. Kiraan kekal di halaman ini kecuali anda menghantar permintaan sebut harga.

Perjalanan bayaran balik andaLihat pecahan tahunan ↓
Prinsipal pinjaman—
Faedah sepanjang tempoh—
Jumlah bayaran balik pinjaman—

Kadar tetap, faedah bulanan dibundarkan kepada sen; ansuran akhir mungkin sedikit berbeza. Ini pecahan sepanjang tempoh pinjaman.

TahunPrinsipal dibayarFaedah dibayarBaki
Minta sebut harga
Ringkasan kiraan

Polisi privasi

Tekan “Minta sebut harga penuh” pada anggaran untuk sertakan kiraan.

Nota & rujukan

Untuk Perancangan Awal Anda

Guna sebagai anggaran awal, bukan sebut harga, taksiran cukai atau kelulusan bank. Semak transaksi sebenar bersama pasukan.

Semak kos tambahan

SST, disbursement, insurans dan dokumen lain mungkin belum termasuk. Masukkan kos tambahan jika anda sudah ada sebut harga.

Kiraan ikut input anda

Ubah harga, deposit, kadar atau tempoh untuk bandingkan anggaran. Pengecualian khas dan diskaun tidak digunakan secara automatik.

Lihat skop & asas kiraan
  • Ilustrasi menggunakan formula amortisasi biasa dan peraturan duti setem/CKHT 2026 yang dinyatakan.
  • Pembelian rumah: kediaman Malaysia/PR sehingga RM7.5 juta.
  • Fi profesional SPA: harga belian, mengikut SRO 2023 Jadual Pertama/Ketiga.
  • Caruman MRTT sebenar mungkin berbeza dan tidak semestinya dihadkan kepada 5% daripada jumlah pembiayaan, kerana ia bergantung pada umur peminjam, tempoh pembiayaan, amaun perlindungan dan kadar yang dikenakan pengendali takaful. Masukkan amaun yang disebut harga pengendali anda. Had lalai untuk jumlah kos yang dibiayai ialah 5% daripada harga rumah. Guna amaun lebih tinggi selepas disahkan oleh bank.
  • Skala improved value, minimum RM400. Tiada diskaun diandaikan. SST dikenakan pada fi penilaian dan disbursement bercukai. Asingkan disbursement tidak bercukai dan sahkan dengan penilai.
  • MRTT dibiayai ditambah sekali pada pinjaman rumah dengan kadar dan tempoh yang sama. MRTT tunai ditambah pada kos awal sahaja.
  • Untuk pembelian rumah, anggaran fi dan duti pinjaman utama guna pembiayaan tanpa MRTT. Jika amaun dijamin dalam dokumen bank berbeza, guna amaun tersebut. Skala HDA hanya jika dipilih.
  • Duti pinjaman utama: RM5 setiap RM1,000 atau sebahagian, minimum RM10. Surat cara subsidiari/salinan tambahan: RM10 setiap satu jika dimasukkan. Tiada potongan MRTT atau tambahan tetap RM20 automatik.
  • Fi subsidiari, disbursement, SST dan kos tunai lain disebut harga dimasukkan berasingan, dikira sekali dan tidak dibiayai dalam ilustrasi ini. Sahkan layanan cukainya dengan firma.
  • Fi guaman biasa: RM500,000 pertama × 1.25% (minimum RM500), RM7 juta seterusnya × 1%. Tab Fi Guaman SPA dan Pinjaman menganggarkan fi profesional sahaja.
  • Duti setem pindah milik/MOT: harga belian atau nilai pasaran yang lebih tinggi, tertakluk pada nilaian akhir LHDN. Asas ini tidak menggantikan asas fi profesional SPA atau pinjaman di atas.
  • Tiada diskaun budi bicara diandaikan. SST, disbursement dan pengecualian khas perlu semakan mengikut transaksi.