AGENT FEE: PENJUAL ATAU PEMBELI YANG BAYAR?
Bila masuk bab hartanah, isu agent fee atau komisen ni selalu jadi punca salah faham. Ada pembeli yang takut nak panggil ejen sebab ingat kena bayar mahal, dan ada penjual yang rasa rugi kena bayar komisen. Jom kita bedah satu-persatu biar semua jelas dan tak pening kepala.
- Penjual: Si Pelantik, Si Pembayar
Dalam 90% kes jual beli rumah kat Malaysia, penjual adalah pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya membayar yuran ejen. Logiknya mudah:
Penjual yang nak jual rumah dia, jadi dia perlukan kepakaran ejen untuk:
- Pemasaran yang efektif: Ejen akan buat iklan gempak dekat portal macam PropertyGuru atau iProperty yang selalunya berbayar untuk mencari pembeli yang berminat.
- Tapis Prospek: Ejen akan menolong untuk menapis siapa yang betul-betul mampu beli, bukan sekadar "joy buyer" yang suka-suka nak tengok rumah.
- Urusan Dokumentasi: Dari booking form sampai urusan dengan peguam, ejen tolong mudahkan.
Sebab tu, penjual kena sedia bayar maksimum 3% daripada harga jualan.
Kalau rumah harga RM500k, komisennya dalam RM15k. Nampak besar?
Tapi kalau fikir balik masa dan tenaga yang jimat, memang berbaloi!
- Pembeli: Selalunya "Free" Je
Kebanyakannya pembeli tak perlu bayar sesen pun kepada ejen. Ejen tu sebenarnya "bekerja" untuk penjual. Jadi, kalau anda nampak iklan rumah, pergi viewing, pastu setuju nak beli, anda cuma perlu sediakan duit untuk:
- Deposit (Earnest Deposit).
- Yuran peguam (Legal Fees).
Tapi, ada satu pengecualian. Kalau anda seorang yang sibuk, anda boleh lantik ejen khas yang dipanggil Buyer’s Agent untuk tolong carikan rumah ikut kriteria spesifik. Tapi yang ni anda kena bayar upah kat ejen tu sebab dia berkhidmat untuk anda, bukan untuk penjual.
3. Drama "Makan Dua Kolam"
Ini adalah undang-undang yang anda kena hadam. Mengikut peraturan LPPEH, seorang ejen haram ambil komisen daripada penjual DAN pembeli dalam satu transaksi yang sama.
Contohnya: Ejen dah ambil 3% dari penjual, tiba-tiba dia minta pula RM2,000 kat pembeli sebagai "duit proses" . Itu namanya melanggar etika.
Kalau anda terkena dalam situasi ini, anda ada hak untuk lapor sebab ejen tak boleh ada konflik kepentingan. Dia kena setia pada satu pihak sahaja.
- Sewa Rumah Macam Mana Pula?
Kalau bab sewa pula, biasanya tuan rumah (landlord) yang kena bayar.
Standard komisen adalah satu bulan sewa untuk kontrak setahun.
Penyewa biasanya cuma bayar deposit (2+1+utiliti) dan kos perjanjian sewa (Tenancy Agreement) sahaja. Kalau ejen minta "duit upah" kat penyewa, anda perlu tanya balik, dia wakil siapa sebenarnya?
- Pesanan Khidmat Masyarakat: Jangan Bank-In Personal!
Walaupun anda dah kawan baik dengan ejen tu, jangan sesekali bank-in yuran atau deposit ke akaun peribadi dia. Semua bayaran WAJIB masuk ke akaun agensi (contoh: ABC Realty Sdn Bhd). Ini untuk perlindungan anda kalau jadi apa-apa masalah di tengah jalan. Ejen yang jujur takkan minta duit masuk akaun sendiri.
Kesimpulannya?
Agent fee kebiasaannya dibayar oleh penjual, bukan pembeli. Pembeli hanya perlu membayar agent fee sekiranya terdapat pelantikan ejen secara khusus dan perjanjian bertulis yang jelas. Kefahaman yang betul mengenai perkara ini dapat mengelakkan salah faham dan pertikaian dalam urusan jual beli hartanah. Duit agent fee ni sebenarnya adalah untuk kelancaran urusan anda dalam urusan jual beli hartanah ini. Penjual bayar untuk servis, pembeli biasanya dapat servis percuma. Yang penting, pastikan ejen tu ada kad perakuan (REN tag) yang sah!



