Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Business

7 PERKARA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU JIKA HENDAK MEMBELI HARTANAH MELALUI SYARIKAT SDN BHD

Sir Amir Collection 20255 min read · estimate
Editorial illustration for 7 PERKARA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU JIKA HENDAK MEMBELI HARTANAH MELALUI SYARIKAT SDN BHD
RAHCo reading room

Amir Irshad Bin Abdul Rashid

6 Februari 2025

Jika anda sedang merancang untuk membeli hartanah melalui syarikat Sdn Bhd (Sendirian Berhad), ada tujuh (7) perkara penting yang anda perlu ambil tahu yang kami nak kongsikan.

KELEBIHAN MEMBELI HARTANAH MELALUI SYARIKAT SDN BHD

Jadi, apa kelebihan kalau nak beli hartanah menggunakan nama Syarikat Sdn Bhd. Antaranya:

Membantu Diversifikasi Portfolio Pembelian hartanah melalui syarikat memudahkan untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan, sama ada untuk tujuan perniagaan atau pelaburan. Ini dapat membantu untuk mengurangkan kebergantungan Syarikat kepada satu jenis asset sahaja.

Liabiliti TerhadDalam membeli hartanah menggunakan syarikat, liabiliti kewangan dan undang-undang hanya terbatas kepada syarikat tersebut, bukan kepada pemilik atau pengarah syarikat secara peribadi.

Tapi, kalau anda mengambil pinjaman dari bank, anda masih akan menjadi penjamin (guarantor) bagi pinjaman yang diambil, walaupun pinjaman tersebut berada di bawah nama syarikat. Sekiranya syarikat gagal dan anda tidak mampu membayar balik pinjaman, pihak bank akan mengambil tindakan terhadap Syarikat dan juga penjamin untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Kemudahan Menarik PelaburanSyarikat yang memiliki hartanah juga berpotensi untuk menarik lebih banyak pelabur kerana ia menunjukkan kestabilan kewangan dan potensi pulangan yang jelas, berbanding pemilikan hartanah secara individu.

PROSES UNTUK PERJANJIAN JUAL BELI:

Dari segi proses perjanjian jual beli, ada beza ke dengan beli guna nama individu?

Secara amnya, proses Perjanjian Beli (SPA) hampir sama dengan pembelian melalui nama individu. Ianya sebenarnya bergantung pada jenis hakmilik dan status hartanah tersebut sama ada leasehold atau freehold, dll. Apa yang membezakan adalah syarat-syarat pembelian dan juga dokumen-dokumen tambahan yang perlu disediakan oleh pihak syarikat.

SYARAT-SYARAT UNTUK SYARIKAT MEMBELI HARTANAH

Di bawah Akta Syarikat 2016, ada beberapa pertimbangan utama bagi sesebuah syarikat untuk membeli hartanah di Malaysia:

Pembelian mematuhi perlembagaan Syarikat

Di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 2016, syarikat dibenarkan untuk membeli hartanah, selagi transaksi tersebut tidak bertentangan dengan peraturan atau peruntukan dalam Memorandum & Article of Association syarikat atau perlembagaan Syarikat.

Jika perlembagaan syarikat tidak menyebut perkara ini, secara umumnya, syarikat boleh membeli hartanah selaras dengan peruntukan dalam Akta Syarikat 2016.

Kelulusan Lembaga Pengarah:

Pembelian hartanah oleh syarikat perlu mendapat kelulusan Lembaga Pengarah. Keputusan ini perlu dibuat dalam mesyuarat lembaga pengarah dan direkodkan dalam minit mesyuarat.

Pihak setiausaha akan menyediakan ‘Board of Director’s Resolution’ untuk pengarah Syarikat tandatangan bagi membenarkan pihak Syarikat untuk membeli hartanah yang hendak dibeli.

Kelulusan Pemegang Saham:

Dalam beberapa keadaan, syarikat juga perlu mendapatkan kelulusan pemegang saham (melalui mesyuarat agung), terutamanya jika pembelian hartanah melibatkan pelaburan yang besar atau melebihi had kewangan tertentu yang ditetapkan dalam perlembagaan syarikat atau jika melibatkan transaksi pihak berkaitan.

Pematuhan undang-undang:

Syarikat perlu memastikan hartanah tersebut adalah layak untuk dibeli dan transaksi tersebut mematuhi undang-undang Malaysia, termasuk hal yang berkaitan dengan hak milik tanah, atau sekatan yang berkaitan dengan pemilikan asing (jika berkenaan).

Syarikat juga perlu mematuhi syarat-syarat tertentu terutamanya jika syarikat anda mempunyai warga asing sebagai pemegang saham. Sesetengah hartanah di Malaysia, terutama tanah, mempunyai sekatan terhadap pemilikan asing.

Duti Setem:

Syarikat perlu membayar duti setem ke atas dokumen pemindahan ketika membeli hartanah. Kadar duti setem bergantung kepada nilai hartanah. Setakat artikel ini ditulis, tiada pengecualian duti setem bagi dokumen pindahmilik walaupun hartanah yang dibeli tersebut adalah hartanah Syarikat yang pertama.

APA DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Selain daripada Perjanjian Jual Beli (SPA), anda juga perlu pastikan semua dokumen undang-undang disediakan dan disemak oleh peguam anda. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Kad pengenalan Pengarah, pemegang saham dan Setiausaha syarikat;

Memorandum & Article of Association/ Perlembagaan Syarikat atau surat pengesahan bertulis dari pengarah bahawa Syarikat tidak mempunyai perlembagaan;

Borang 9 (Perakuan Pemerbadanan Syarikat);

Borang 24 (Return of Allotment of Shares Form) / Annual Return atau Borang Sek 78 Akta Syarikat 2016;

Borang 44 (Notification of Change in the Registered Address Form) atau Borang Seksyen 46 Akta Syarikat 2016;

Borang 49 (Notification of Change in the Register of Directors, Managers and Secretaries Form) atau Borang Seksyen 58 Akta Syarikat 2016;

Director’ and Members’ Resolution yang membenarkan pembelian hartanah;

Carian SSM Syarikat, dll.

Sekiranya, anda mengambil pinjaman, pihak Syarikat juga perlu tandatangan dokumen sekuriti untuk melindungi kepentingan bank Dokumen-dokumen ini bergantung pada surat tawaran (letter offer), jenis pembiayaan dan jenis hartanah. Antara perjanjian/dokumen sekuriti yang lazimnya digunakan adalah Facility Agreement, Gadaian, Personal Guarantee, Corporate Guarantee, Debenture dan lain-lain.

CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)

Selepas proses pembelian selesai, jika anda ada rancangan untuk menjual hartanah tersebut pada masa hadapan, anda juga kena tahu bahawa cukai keuntungan harta tanah (CKHT) akan dikenakan untuk keuntungan yang dibuat daripada penjualan hartanah tesebut.

Di bawah akta CKHT, pihak LHDN akan mengenakan cukai pada kadar seperti di jadual di bawah mengikut tahun pelupusan hartanah teresebut.

Kadar CKHTWarganegara Malaysia & Pemastautin Tetap (PR)Syarikat berdaftar tempatan atau asing
Tahun pertama- tahun ke 330%30%
Tahun ke 420%20%
Tahun ke 515%15%
Tahun ke 60%10%

Berdasarkan jadual di atas, pelupusan hartanah pada tahun ke 6 untuk individu akan dapat pengeculaian tetapi Syarikat tidak layak untuk dapat pengecualian dan perlu bayar cukai sebanyak 10% sekiranya pelupusan tersebut adalah pada tahun ke 6 & ke atas.

Walaubagaimanpun, CKHT tidak akan dikenakan sekiranya harga jualan semula hartanah adalah sama atau lebih rendah daripada harga asal (harga masa pemerolehan).

APA AKAN JADI KEPADA HARTANAH DIMILIKI SEKIRANYA SYARIKAT DIGULUNGKAN

Apabila Syarikat telah digulungkan, semua asetnya, termasuk hartanah, akan diuruskan mengikut akta syarikat dan undang-undang Insolvensi.

Proses ini bergantung kepada sama ada penggulungan dilakukan secara sukarela atau melalui perintah mahkamah (paksaan). Pelikuidasi (liquidator) akan dilantik untuk mengambil alih pengurusan aset Syarikat dan Pelikuidasi akan menjual aset, termasuk hartanah, bagi menyelesaikan hutang dan liabiliti syarikat.

Hasil jualan hartanah akan diagihkan antaranya kepada Pemiutang bercagar (contohnya, bank yang mempunyai gadaian ke atas hartanah akan dibayar terlebih dahulu).

LANTIK PEGUAM BERTAULIAH

Pilih peguam/firma guaman yang mempunyai pengalaman dan reputasi yang baik dalam industri hartanah. Anda boleh semak testimoni atau ulasan/review daripada pelanggan/client lama untuk dapatkan gambaran tentang perkhidmatan/servis mereka.

Secara asasnya, peguam akan bantu anda untuk fahami dengan lebih terperinci memandangkan pembelian hartanah melalui syarikat melibatkan banyak proses dan dokumen.

Penafian:

Maklumat yang disediakan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian umum sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat guaman atau profesional. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat guaman yang khusus sebelum membuat sebarang keputusan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat berdasarkan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.