ARTIKEL: 10 TIPS MEMILIH PEGUAM HART ANAH
Dalam dunia perundangan hartanah yang kompleks, seorang peguam hartanah yang berpengetahuan dan berkelayakan merupakan satu figura penting buat individu -individu yang terlibat dalam urusan jual beli hartanah. Memilih seorang peguam yang tepat bukanlah satu keputusan yang mudah bahkan isu penipuan dan tipu helah dalam berurusan tidak asing lagi. Ia melibatkan banyak pertimbangan rasional yang harus diambil kira untuk memastikan transaksi hartanah berjalan lancar dan dalam kepatuhan undang-undang.
Oleh itu, kami akan membincangkan dan menghuraikan “10 Tips” yang penting untuk dipertimbangkan apabila memilih seorang peguam hartanah yang sesua i. Dari pengalaman hingga kepada integrit i, setiap Tips yang kami kongsikan adalah boleh dijadikan panduan untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak dalam pemilihan peguam hartanah anda.
1. Pengalaman
Pertama sekali, perkara yang paling penting dalam memilih seorang peguam hartanah adalah Pengalaman. Pilihlah peguam hartanah yang mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam bidang hartanah. Seorang peguam yang berpengalaman akan dapat menangani isu-isu kompleks dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, peguam hartanah yang telah lama dan banyak mengendalikan kes -kes jual beli hartanah ini akan lebih efisien dalam menangani masalah -masalah kompleks yang timbul ketika atau selepas suatu transaksi jual beli yang melibatkan hartanah berbanding dengan peguam -peguam yang kurang berpengalaman.
2. Reputasi
Kedua, semak reputasi peguam hartanah tersebut dengan mana-mana pihak seperti agen hartanah dan sebagainya. Carilah ulasan dan testimoni dari pelanggan terdahulu untuk mendapatkan Gambaran yang lebih jelas tentang kualiti perkhidmatan yang mereka tawarkan. Seorang peguam hartanah yang mempunyai reputasi yang baik ini kebiasaanya lebih terjamin hasil kerja mereka. Dengan erti kata lain, jika terdapat banyak ulasan atau “review” yang positif mengenai kemahiran dan kebolehpercayaan seorang peguam hartanah, itu menjadi petunjuk bahawa mereka ini adalah pilihan yang baik.
3. Keselamatan
Ketiga, pastikan peguam hartanah yang ingin dilantik berada di bawah naungan Lembaga Peguam Malaysia dan mempunyai lesen yang sah. Ini adalah penting untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan yang sah. Ini akan memberikan keyakinan kepada anda bahawa mereka mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memberi khidmat nasihat undang -undang dalam bidang hartanah.
Perkara ini boleh dilakukan dengan menyemak status kelayakan dan lesen peguam hartanah dengan Lembaga Peguam Malaysia melalui laman sesawang di bawah ini:
https://legaldirectory.malaysianbar.org.my/v/search-result
- Kepakaran:
Keempat, setiap peguam mempunyai kepakaran yang berbeza. Ada peguam yang menumpukan praktis mereka bagi kes-kes sivil, dan ada yang menumpukan praktis mereka dalam bidang hartanah. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda melantik peguam yang kepakarannya tertumpu pada perkara-perkara yang melibatkan hartanah. Selain itu, pastikan juga peguam yang anda akan lantik itu mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam aspek -aspek tertentu seperti kontrak jual beli dan juga undang- undang hartanah.
Misalnya, jika anda ingin memb eli rumah baru, anda mungkin ingin berurusan dengan peguam hartanah yang mempunyai kepakaran serta pengalaman bagi transaksi hartanah melalui pemaju. Sama juga jika anda ingin membeli rumah “subsale” , adalah lebih baik jika anda berurusan dengan peguam yang selalu mengendalikan kes-kes sedemikian.
5. Lokasi
Kelima, pilihlah peguam hartanah yang beroperasi di kawasan yang berdekatan atau berkaitan dengan hartanah anda. Mereka yang berada di kawasan tersebut kebiasaannya mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam mengenai undang-undang tempatan dan prosedur hartanah. Contohnya, jika hartanah anda terletak di Negeri Selangor, memilih peguam hartanah yang mempunyai pengalaman dalam menangani kes-kes hartanah di kawasan Selangor adalah lebih baik kerana mereka sudah biasa dengan prosedur-prosedur di situ.
6. Komunikasi
Keenam, kebolehan untuk berkomunikasi dengan peguam hartanah anda juga merupakan satu aspek yang penting untuk dipertimbangkan. Pastikan peguam yang anda ingin lantik boleh dihubungi dengan mudah dan memberikan maklum balas yang tepat dalam masa yang munasabah. Contohnya, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan sesuatu perkara, penting untuk mendapatkan respons yang pantas dan jelas dari peguam hartanah anda.
Jika pada awalnya lagi seseorang peguam itu sukar untuk dihubungi, adalah lebih baik jika anda elakkan daripada melantik mereka untuk menguruskan transaksi jual beli hartanah yang anda ingin lakukan.
7. Yuran
Ketujuh, jelaskan dengan peguam hartanah anda mengenai struktur yuran mereka sebelum memulakan proses seperti meminta sebut harga dan perincian kos -kos di dalam bil. Pastikan anda faham kos-kos yang terlibat dan apa yang termasuk dalam yuran guaman anda. Bagi kos -kos yuran guaman, anda boleh semak di dalam “So licitor’s Remuneration Order 2023” atau di pautan di bawah ini:
https://www.malaysianbar.org.my/cms/upload_files/document/Solicitors%20Remuneration%20Or der%202023.pdf
8. Perhatian Peribadi
Kelapan, pilihlah peguam hartanah yang memberikan perhatian peribadi kepada keperluan anda. Hal ini kerana, anda mungkin ingin bekerjasama dengan seseorang yang akan memberikan tumpuan kepada kes anda secara individu dan bukanlah sekadar satu nombor dalam senarai pelanggan mereka.
Kebiasaanya, peguam hartanah yang memberikan perhatian peribadi kepada kes anda akan lebih peka terhadap keperluan anda dan akan memberikan nasihat yang lebih teliti dan relevan. Mereka juga akan lebih mesra dan ramah dalam menjawab persoalan-persoalan yang anda ajukan.
9. Rujukan
Kesembilan, mintalah rujukan daripada kenalan atau ahli keluarga yang pernah menggunakan perkhidmatan peguam hartanah sebelum ini. Cadangan daripada individu-individu yang anda percayai boleh menjadi panduan untuk anda dalam memilih peguam hartanah yang sesuai. Contohnya, jika sebelum ini kenalan anda pernah menggunakan khidmat seorang peguam hartanah ini dan dia sangat berpuas hati dengan hasil kerjanya, mungkin peguam itu juga adalah pilihan yang baik untuk anda.
10. Sokongan Pasca-Jualan
Akhir sekali, pastikan peguam hartanah yang anda ingin lantik menyediakan khidmat sokongan selepas transaksi jual beli atau sewa hartanah. Sokongan ini termasuk membantu menyelesaikan sebarang isu undang-undang yang mungkin timbul selepas proses transaksi selesai. Sebagai contoh, jika terdapat sebarang masalah yang timbul selepas pembelian rumah, adalah penting untuk memp unyai seorang peguam hartanah yang bersedia untuk memberikan nasihat dan bantuan dalam menangani isu tersebut dan bukannya memilih untuk lepas tangan.
Konklusinya, anda boleh membuat keputusan yang lebih baik dalam memilih peguam hartanah yang sesuai dengan keperluan anda dengan mempertimbangkan “10 Tips” yang kami kongsikan. Ingatlah bahawa pemilihan yang baik boleh membuat perbezaan besar dalam proses jual beli atau sewa hartanah anda.



