Rosenida, Azlina, Hafidz & Co. · Advocates & Solicitors · Syarie Counsel
Back to articles
Property

RUMAH CANTIK TAPI STATUS BERMASALAH

Ms Ida Collection 20267 min read · estimate
Editorial illustration for RUMAH CANTIK TAPI STATUS BERMASALAH
RAHCo reading room

RUMAH CANTIK TAPI STATUS BERMASALAH – MACAM MANA NAK CHECK?

Rumah yang cantik sememangnya menjadi idaman dan kriteria penting dalam pemilihan dan pembelian rumah. Namun perlu difahami bahawa rumah yang cantik dari segi luaran belum tentu “cantik” dari segi status undang -undang. Bak kata pepatah melayu “rupa tidak melambangkan isi” yang mengajar untuk tidak cepat menghukum atau mengagumi hanya berdasarkan rupa paras.

Ini kerana pembeli yang hanya membeli rumah dengan melihat secara luaran sahaja berisiko tinggi untuk membeli rumah yang bermasalah antaranya penjual rumah yang dibeli tersebut belum membuat pindahmilik ke atas namanya yang mana boleh jadi masih atas nama pemaju atau nama pemilik yang telah meninggal dan ini memberi kesan kepada proses pindahmilik yang terlibat.

Selain itu, antara masalah lain yang boleh timbul apabila terdapat kaveat persendirian atau kaveat pendaftar ke atas geran rumah tersebut yang kemudiannya memerlukan proses tarik balik kaveat dibuat. Kedua -dua contoh masalah tersebut ini sememangnya suatu masalah yang boleh diselesaikan namun i anya melibatkan proses yang lebih panjang serta kos tambahan kepada penjual maupun pembeli.

Jadi, apa lagi kesan dan risiko kepada pembeli yang membeli rumah berstatus masalah ini ? Apabila pembeli ini baru tersedar rumah berstatus masalah selepas bayaran deposit dibayar, sudah terlambat untuk pembeli membatalkan pembelian rumah tersebut memandangkan sebarang pembatalan tanpa alasan yang sah boleh menyebabkan bayaran deposit dilucuthakkan dan tidak akan dipulangkan oleh penjual.

Oleh itu, amat penting bagi pembeli untuk menyemak status rumah terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan pembelian hartanah. Antara perkara penting yang wajib disemak oleh pembeli sebelum pembelian rumah dibuat antaranya:-

1) Membuat semakan status Geran atau Hakmilik

Pembeli perlu menyemak status geran tersebut samaada ianya geran individu, geran strata atau geran induk. Setiap jenis geran ini melibatkan proses dan dokumen yang berbeza. Melalui semakan geran ini, pembeli dapat menyemak samaada nama pemilik di dalam geran sama seperti nama penjual yang tertera di dalam perjanjian jual beli.

Sekiranya nam a pemilik pada geran masih atas nama pemaju, ianya memerlukan penjual untuk mendapatkan pengesahan pemaju samaada pemaju membenarkan membuat proses pindahmilik secara terus kepada pembeli atau perlu membuat penyempurnaan pindahmilik kepada penjual terlebih dahulu sebelum dipindahmilik kepada pembeli.

Selain itu, sekiranya geran masih atas nama pemilik yang telah meninggal, proses pelantikan pentadbir perlu dibuat dengan mendapatkan geran surat kuasa mentadbir dan seterusnya mendapatkan perintah jualan samaada daripada mahkamah atau pejabat pusaka kecil.

Oleh kerana itu, penting untuk memastikan maklumat dalam geran sepadan dengan butiran nama penjual dan sekiranya tidak sama, perlu buat semakan lanjut untuk mendapatkan penjelasan dan dokomun sokongan berkaitan.

2) Menyemak status gadaian atau pajakan Bank pada Geran

Tidak semua penjual yang menjual hartanah telah selesai pinjaman bank mereka. Malah, kebanyakan penjual menjual rumah yang masih mempunyai hutang dengan bank dan ingin menjual rumah tersebut untuk menyelesaikan hutang rumah tersebut bagi mengurangkan komitmen mereka.

Namun begitu, tidak menjadi masalah bagi pembeli untuk membeli rumah yang masih terdapat gadaian bank kerana apa yang penting ialah memastikan baki pinjaman bank penjual diselesaikan semasa p roses jual beli samaada dengan men ebus hutang melalui jumlah pinjaman bank pembeli atau dengan penyelesaian secara tunai yang kemudiannya bank penjual akan menandatangani borang pelepasan gadaian (Borang 16N) dan mengemukakan geran asal untuk membuat pendaftaran di pejabat tanah.

Antara perkara penting untuk disemak sekiranya masih terdapat gadaian bank pada geran ialah untuk memastikan penjual membayar jumlah ansuran bulanan pinjaman bank secara konsisten dan tiada tunggakan yang boleh menyebabkan tindakan lelong diambil ke atas rumah tersebut serta memastikan baki hutang pinjaman bank penjual tidak melebihi harga jualan rumah oleh penjual sehingga menyebabkan penjual perlu membuat bayaran tambahan dan mengalami kerugian jualan hartanah melainkan penjual memang bersedia untuk membuat bayaran tambahan tersebut.

3) Rumah dalam geran berstatus sekatan kepentingan

Kebiasaannya pembeli akan dimaklumkan samaada rumah yang ingin dibeli berstatus ‘Freehold’ iaitu selama-lamanya atau ‘Leasehold’ iaitu pajakan sahaja. Namun begitu, penting untuk pembeli menyemak status s ekatan kepentingan pada geran dan bukan sekadar merujuk kepada status ‘Freehold’ atau ‘Leasehold’ kerana ada juga sesetengah rumah ‘freehold’ yang terdapat sekatan kepentingan dan sebaliknya rumah berstatus ‘Leasehold’ namun tiada sekatan kepentingan .

Jadi penting untuk difahami bahawa sekatan kepentingan merupakan batasan atau sekatan ke atas hak - hak tuan tanah bagi maksud mengawal kepentingan tanah tersebut. Sekatan Kepentingan boleh dikenakan buat selama-lamanya atau untuk satu tempoh yang ditetapkan contoh pajakan 99 tahun.

Rumah yang terdapat sekatan kepentingan tidak boleh dijual tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri boleh jadi kerana ia merupakan projek tertentu yang dikawal di bawah pihak berkuasa negeri samaada ia berstatus rumah mampu milik atau terdapat kuota tertentu yang telah ditetapkan ke atas projek tersebut.

Sekatan kepentingan ini boleh melambatkan proses jual beli sekiranya pembeli tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan p ihak berkuasa negeri sehingga permohonan kebenaran tersebut ditolak oleh pihak berkuasa negeri.

Jadi, pembeli b oleh me mbeli ruma h yang mempunyai sekatan ke pentingan tetapi perlu lah semak dan pastikan terl ebih dahu lu pembeli memenuhi syarat dan k riteria yang di tetapkan pe jabat tanah bagi mendapatkan kebenaran pindahmilik maupun menggadai rumah tersebut kepada pihak bank.

4) Rumah berstatus Lot Bumiputera

Selain itu, pembeli juga perlu membuat semakan samaada rumah tersebut merupakan lot bumiputera. Ini penting kerana penjualan rumah lot bumiputera kepada pembeli yang bukan bumiputera kebiasaannya tidak dibenarkan atas alasan akan menyebabkan kuota bumiputera dan ianya memerlukan kelulusan khas daripada Menteri Besar negeri tersebut yang mana ianya sukar untuk diperolehi dan mengambil masa yang lama serta melibatkan kos yang banyak sek iranya permohonan ditolak dan seterusnya meneruskan dengan proses rayuan berkali-kali.

5) Rumah dengan tunggakan cukai tanah, cukai pintu dan bil-bil utiliti yang banyak

Selain membuat semakan pada geran, amat penting untuk menyemak tunggakan cukai tanah, cukai pintu dan bil-bil utiliti rumah tersebut seperti bil elektrik, bil air dan bil pembentungan (‘Indah Water’) memandangkan kegagalan membuat semakan boleh menyebabk an pembeli terpaksa menanggung tunggakan-tunggakan serta penalti yang dikenakan ke atas penjual rumah tersebut.

Namun kebiasaannya, peguam yang dilantik akan menyemak tunggakan-tunggakan tersebut dan memastikan bayaran tunggakan terse but diselesaikan samaada oleh penjual sendiri atau dibayar menggunakan deposit rumah a tau baki harga jualan rumah penjual. Teta pi, tidak mustahi l juga terdapat peguam yang terlepas pandang untuk menyemak tung gakan-tunggakan ini.

Jadi, pembeli perlu berjaga -jaga dan memastikan peguam me mberikan bukti penyelesaian semua bayaran -bayaran tunggakan ini sekiranya pembeli membeli rumah subsale.

6) Rumah yang terlibat kes pusaka atau pertikaian

Rumah yang cantik boleh jadi bermasalah juga sekirany a melibatkan kes pusaka atau pertikaian sebagai contoh pert ikaian antara keluarga. Kerana itu lah penting untuk membuat semakan nama penjual pada geran kerana sekiranya masih atas nama pentadbir atau nama si mati, ianya a kan melibatkan kes pusaka samaada di pejabat pusaka atau mahkamah. Proses pusaka akan mengambil sedikit masa memandangkan ianya melibatkan proses bicara dan permohon an perintah di pejabat pusaka ataupun mahkamah.

Namun begi tu, proses pusaka tersebut b oleh menjadi lebih pan jang sekiranya terda pat isu atau pertikaian sep erti waris s imati yang ramai , waris yang h ilang atau tidak dapat dihubungi, tiada persetujuan antara waris-waris atau tiadanya surat kuasa mentadbir atau geran probet atau perintah pembahagian. Oleh itu, pe mbeli perlu memastikan peguam men anyakan dan mengambil tahu daripada peguam yang dilantik samaada terdapat isu atau pertikaian seperti contoh di atas sekiranya proses pembelian rumah tersebut melibatkan kes pusaka.

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa ter dapat banyak perkara yang perl u disemak dan dipa stikan sebelum me mbuat pembelian rumah bagi mengelakkan membeli rumah berstatus masalah. Jadi, cara paling selamat bagi pembeli untuk mengelakkan masalah yang timbul se perti di atas adalah dengan melantik ejen hartana h berda ftar dan peguam yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam proses jual beli hartanah.

Selain itu juga, dinasihatkan agar pembeli tidak terus membayar deposit tanpa semakan yang terperinci ke atas rumah yang ingin dibeli dan boleh juga dengan mendapatkan nasihat dan penjelasan daripada peguam mau pun ejen harta nah yang berpengetahuan luas dan berpengalaman maka pemilihan peguam dan ejen hartanah juga perlu lah dibuat dengan bijak dan berhati-hati.

Kesimpulannya, jangan biarkan rupa atau luaran rumah yang cantik mengaburi anda sedangkan rumah tersebut berstatus masalah. Rumah cantik tapi bermasalah boleh me lambatkan kelulusan pinjaman bank, melambatkan proses jual beli rumah, menyebabkan kerugian wang dan berisiko untuk urusan jual beli terbatal . Oleh itu, perlu semak status rumah dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah. Lebih baik lambat dan berhati-hati daripada menyesal kemudian.

You’ve reached the end. Explore another read or discuss your own situation.Back to top
KEEP EXPLORING

A little more on this topic.

Editorial illustration for MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?
Property

MOT: APA ITU DAN BILA IA PERLU DIBUAT?

Read article
Editorial illustration for KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Property

KENAPA DOKUMEN HARTANAH TAK BOLEH AMBIL MUDAH

Read article
Editorial illustration for VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?
Property

VACANT POSSESSION: RUMAH KOSONG TAPI MASALAH ADA?

Read article
RAHCO · PROPERTY PLANNING

A clearer view of the numbers.

Your numbers. A clearer next step.

Start with the example inputs below. Change any value to see your estimate update.

PLAN YOUR NEXT MOVE

A home. A clearer budget.

Start with the property price. Your estimates update as you edit.

Your deposit
Deposit 10%Financing 90%
Property loan before MRTTRM270,000
Your financing
Use the quoted MRTT amount. Choose whether to add it to the monthly payments or pay upfront.
For financing, use the bank-confirmed legal fee only, excluding tax, duty and disbursements.
Valuation fee · estimation only

—Estimated valuation cost

Use amounts confirmed by your valuer.LPEPH · Valuation fee scale ↗
Additional financing
MRTT added to loanRM0
Legal fee added to loanRM0
Valuation added to loanRM0
Total addedRM0
Default limit · 5%RM15,000
Total financing for repaymentsRM270,000
Financed costs only. Subject to bank approval.

3.8% is an example. Actual rates and approval depend on your bank.

Quoted costs & extra documents · optional

Use your bank documents and the firm’s quotation. Only entered costs are added; avoid duplicating amounts.

Estimation only. Figures stay on this page unless you submit a quotation request.

Your repayment journeyView yearly breakdown ↓
Loan principal—
Interest over the full term—
Total loan repayment—

Constant rate, monthly interest rounded to cents; the final instalment may differ slightly. This is not the first-instalment split above.

YearPrincipal paidInterest paidBalance
Request a quotation
Estimate summary

Privacy policy

Use “Request full quotation” on your estimate to attach the figures.

Notes & references

A starting point for your plan

Use this as an estimate, not a quotation, tax assessment or bank approval. Review your transaction with the team.

Check the extra costs

SST, disbursements, insurance and other documents may be excluded. Add quoted extra costs if you have them.

Your inputs shape the estimate

Changing the price, deposit, rate or term changes your estimate. Special exemptions and discounts are not applied automatically.

View calculation scope
  • Illustrations use standard amortisation and the stated 2026 stamp-duty/CKHT rules.
  • Home buying: Malaysian/PR residential purchases up to RM7.5 million.
  • SPA professional fees: purchase price, under SRO 2023 First/Third Schedules.
  • The actual MRTT contribution may vary and is not necessarily capped at 5% of the total financing amount, as it is subject to the borrower’s age, financing tenure, coverage amount and the applicable rates imposed by the takaful operator. Enter the amount quoted by your operator. The default limit for combined financed costs is 5% of the property price. Use a higher amount only after your bank confirms it.
  • Improved-value scale, minimum RM400. No discount is assumed. SST applies to the valuation fee plus taxable disbursement. Keep non-taxable disbursements separate and confirm with the valuer.
  • Financed MRTT is added once to the property loan at the same rate and term. Cash MRTT is added to upfront costs only.
  • Home buying estimates the principal loan fee and duty using financing before MRTT. If the bank document shows a different secured amount, use that amount. HDA scales apply only when selected.
  • Principal loan duty: RM5 per RM1,000 or part, minimum RM10. Additional subsidiary/counterpart instruments: RM10 each when entered. No automatic MRTT deduction or fixed RM20 addition.
  • Quoted subsidiary fees, disbursements, SST and other cash costs are entered separately, counted once and not financed by this illustration. Confirm their tax treatment with the firm.
  • Ordinary legal fees: first RM500,000 × 1.25% (minimum RM500), next RM7 million × 1%. The SPA & Loan Legal Fees tab estimates professional fees only.
  • Transfer/MOT stamp duty: higher of purchase price or market value, subject to LHDN’s final valuation. This basis does not replace the SPA or loan professional-fee bases above.
  • No discretionary discount is assumed. SST, disbursements and special exemptions need a transaction-specific review.